Monday, January 24, 2011

LTdL 2011: Stage 1 Results

assalamualaikum.

LTdL 2011 telah pun bermula secara rasminya semalam. aku ingatkan ada live telecast kat TV1, tapi hampeh. actually mmg ada live tapi bukan the whole race. aku tgk mcm dokumentari dah. pastu tunjuk masa finishing jer. mmg hampeh tul. menyumpah seranah gak la aku smlm. sukan terbaik hanya di RTM?? hmmmm. hampeh la.

malas nak menyumpah panjang2. ini keputusan rasmi perlumbaan peringkat pertama sejauh 94.3km yang berlangsung dari Dataran Lang ke Pekan Kuah di Langkawi.
sumber: www.ltdl.com.my
yang aku highlightkan dalam kotak merah tu adalah pelumba dari Malaysia. lebih tepat lagi dari pasukan Terengganu ProAsia Cycling. kalau tak silap aku, pasukan professional ni baru ditubuhkan hujung tahun lepas. so, agak membanggakan la bila pelumba tempatan dapat bersaing dengan jagoan2 dunia yang lain. tahniah diucapkan.

dari segi kedudukan pasukan (Team Overall Classification) pulak, pasukan Terengganu ProAsia Cycling menduduki tempat pertama keseluruhan. Le Tua Cycling Team pula menduduki tempat kelima dan Pasukan Kebangsaan Malaysia di tempat kelapan.

bagi kedudukan pasukan dari Asia (Asian Team Overall), Terengganu ProAsia Cycling di tempat pertama, Pasukan Kebangsaan Malaysia di tempat ketiga dan pasukan Le Tua Cycling Team di tempat kesepuluh.


p/s: makin naik la nama terengganu lepas nih.
Post a Comment