Showing posts with label wife. Show all posts
Showing posts with label wife. Show all posts

Wednesday, January 4, 2012

A belated birthday wish

assalamualaikum.

dah lama sangat2 aku tak update blog nih. memandangkan ada sedikit masa terluang sekarang, aku nak la update sket. tp nak update pun pasal bende yang personal. 

tanggal 1 Januari biasanye orang sambut tahun baru. tapi aku sambut hari lahir isteri aku. setiap kali tiba occasion mcm birthday ke anniversary ke ape ke, aku mesti pening nak pk nak beli hadiah ape. smpikan first anniversary aku hari tu aku mmg tak buat ape2. aku just wish jer kat wife aku. teruk kan? so, i make it up on her birthday. aku buat surprise. aku berlakon mcm aku tak igt langsung birthday dia. petang 31 Disember tu aku boleh siap kuar gi ofis lagi. (padahal aku kuar pegi beli hadiah dia. huhuhu.) aku dah plan lama cuma tak sempat nak pegi beli. sbb tu terpaksa beli last minute.

kebetulan ptg tu nak pegi umah kakak dia kat rawang and bermalam kat sana. so, malam 31 Disember tu, aku cuma bagi birthday wish thru phone:


then aku tunjuk je gambar hadiah yg aku belikan tu. she's very happy and excited. that's enough for me to see. smile on her face can make my problems go away, at least for that moment. hehehe. walaupun hadiah nih tak seromantik mana, aku puas hati sebab dia suka hadiah tu. hehehe.


yup. hanya sebuah mesin jahit. huhuhu.

p/s: lps nih tak yah tempah baju kat kedai dah. heheheh.

Wednesday, August 10, 2011

Syarifah 'Aisya Qaisara dah besar

assalamualaikum.

dalam diam, usia anak kami dah mencapai 6 minggu. Alhamdulillah, setakat nih semuanya ok dan dia pun nampak sihat. last week pegi klinik untuk follow up lepas sebulan. kene injection hepatitis B. berat 'Aisya Qaisara masa tu 4.9 kg. naik 1.1kg lepas sebulan dilahirkan. nurse tu cakap semuanya ok so aku tak risau sgt. baby mmg cepat besar kan? hehehe.

sekarang nih kami sedang menyediakan keperluan utk dia. keperluan dari pelbagai segi la. last week dah beli stroller dia kat Jusco Equinne Park. mmg dari wife aku bersalin lagi aku dah target nak beli stroller tu. walaupun agak murah, tp aku rasa ok la untuk dia. cuma agak besar sket la bila dah masuk dalam bonet kete aku tu. huhuhu.

last weekend plak kami bawak dia pegi Emas Sri Pinang di Metro Point Kajang. wife aku nak belikan dia gelang tangan. sblm nih pernah gi tanya kat Tomei The Mines tp mcm mahal jer. Emas Sri Pinang gak jadi pilihan. sejak kami bertunang smpi la dapat anak, semuanya beli kat situ. dapat la anak aku seutas gelang tangan untuk dipakai ketika hari raya nanti. aku? apa pun tak dpt lg. huhuhu.

anak aku nih kuat menyusu la. sampai penat ibunya bagi breast feeding. terpaksa bagi susu botol jugak. mak aku suh aku bagi nestum yang halus jer. aku tak berani sbb anak aku tu baru sebulan lebih. melalui bacaan aku, biasanya dah 3-4 bulan baru boleh bagi nestum. tp mak aku cakap aku dan adik beradik aku dulu masa sebulan lebih dah makan nestum. elok jer hidup besar smpi skrg. hmmmm. dilema gak aku. tp aku tgk dulu la mcm mana. kalau wife aku dah tak larat sgt nnt maybe aku beli jugak la nestum tu kot. we'll see.

p/s: baju raya takde lagi nih. huhuhu.

Saturday, June 25, 2011

Overdue

assalamualaikum.

isteri aku masih mengandung. expected due date yg doktor berikan pada kami ialah 22 Jun 2011. tapi hari ni dah 25 Jun 2011. maknanye isteri aku dah overdue to deliver selama 3 hari. takde tanda2 sakit nak bersalin lagi. kalau 30 Jun 2011 isteri aku masih belum bersalin, doktor suh masuk wad. tak tau lah. skrg nih kami pasrah dan redha je dengan ketentuan Allah.

kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi sesungguhnya sebaik2 perancang dan yang menentukan segalanya adalah Allah swt.

walaupun sbnrnye aku agak nerveous tp dalam masa yg sama aku tak sabar nak jadi seorang ayah. huhuhu.

p/s: sekian entri pendek kali ini.

Wednesday, January 19, 2011

Planning a Vacation to Langkawi

assalamualaikum.

aku dan cik wife tgh plan nak pegi holiday. most probable location is Langkawi. sejak kawin hari tu tak smpt nak gi honeymoon. skrg cik wife dah pregnant pun. huhuhu. plan asal nak naik flight je sbb nak jimat masa and tak penat sgt. tp ade member ckp tak boleh sbb cik wife tgh pregnant. tak tau la mcm mana.

tujuan aku menaip entri nih adalah untuk mintak pendapat korang tentang the best place to stay kat langkawi and ape yg best kat langkawi tu. aku tak penah lagi pi langkawi. hehehe. aku target nak naik cable car jer. cik wife of coz la nak shopping. huhuhu. lain2 aktiviti tak tau lagi. 

sesape yg sudi berkongsi info tu amat2 lah dihargai. hehehe.

p/s: kalau tak jadi ke langkawi nak ke mana ye?? hmmm.

Tuesday, January 11, 2011

4th Monthiversary

assalamualaikum

sedar tak sedar, hari nih dah genap 4 bulan aku melayari alam rumahtangga.aku bersyukur kerana aku dan isteri berjaya mengharungi segala ujian dan rintangan yang melanda sepanjang tempoh yang singkat ini. walaupun baru 4 bulan, macam2 dugaan yang telah kami lalui dan semuanya berjaya dilalui bersama. Alhamdulillah.

kandungan isteri aku pun dah hampir 4 bulan. aku dah nampak dah perutnye makin besar. tapi aku tak sabar nak tgk perut dia makin besar. tak sabar nak pegi scan dan tgk sendiri bakal anak kami tu. hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya hati aku menanti kehadiran orang baru dalam keluarga kami. 5 bulan je lagi. =)

p/s: kepada isteriku, Shamsiah Mat Seman, Selamat Ulang Bulan Perkahwinan yang ke 4. =)

Sunday, January 9, 2011

HTC Smart: Belated Birthday Gift

assalamualaikum.



ulangtahun kelahiran cik isteri ialah pada 1 Januari yang lalu. tapi baru hari nih dpt bagi hadiah kat dia. sbb tu kira belated. no surprises sbb aku mintak dia pilih sendiri. kalau aku beli je nnt takut dia tak berkenan plak. kami beli kat the mines ptg td. original set, not AP.



itu lah rupa handphone baru cik isteri yang tersayang. tgh charge lagi. tak smpt nak explore lagi. sbnrnye HTC ni takde pun dalam wish list masa buat research malam smlm. yang ade dlm list ialah Nokia C3 dan Sony Ericsson Yendo.

so, bila smpi kat mines td, terus pegi ke store Sony Ericsson. tp salesman tu sendiri tak recommend Yendo tu. tinggal satu je la choice. terus ke store Nokia plak. on the way tu, cik isteri nih terpandang la HTC Smart nih. aku ckp jom tgk Nokia tu dulu. lepas tgk2 C3 tu, kitorang terus blah dari store Nokia tu. salesman dia pun tak baper friendly.

terus kitorang tuju ke booth2 yg byk kat tingkat 4 tu. nak cari C3 jugak tp sekali lagi cik isteri nampak HTC Smart tu. so, aku suh salesman tu amik dua2 phone. salesman nih pulak mulut manis. pandai melayan. kitorang pun bandingkan la Nokia C3 dan HTC Smart tu. keputusannya, cik isteri pilih HTC Smart. harga pun sama jer. aku belikan memory card 4GB sbb dia suka dgr mp3. tambah RM30 je. yg lain2 standard box set la.cik isteri sgt lah happy sbb dpt phone baru. tp nak kene ajar dia guna dulu. nnt aku sms dia tak reti nak balas plak. huhuhu.

p/s: aku pun sgt happy sbb dpt belikan sumting for her birthday. =)