Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts
Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

Isu Tan Sri Annuar Musa

assalamualaikum 

 umum dah tau bahawa Tan Sri Annuar Musa (TSAM) telah dijatuhi hukuman oleh lembaga disiplin FAM. beliau digantung selama 30bulan drpd jawatan timbalan presiden FAM dan Presiden KAFA. puncanya adalah kerana mengkritik skuad kebangsaan dan FAM sendiri. 

pendapat aku. TSAM adalah antara pemegang jawatan tertinggi dalam FAM. so dia tak patut kritik secara terbuka. masalah dalaman patut diselesaikan peringkat dalaman. tp mungkin jugak dia dah suarakan peringkat dalaman tp xde respon so dia luahkan kat umum. 

pasal kritikan pada skuad kebangsaan tu pulak aku rasa lebih kepada cabaran. dan aku rasa cabaran tu perlu utk elakkan pemain2 kite leka dibuai status pasukan terbaik asia tenggara. its for their own good. 

pasal hukuman. aku rasa xadil utk gantung TSAM dr jawatan dalam KAFA. dia kritik FAM dan skuad kebangsaan. bukan KAFA and Kelantan. sepatutnya biarkan TSAM teruskan pegang KAFA sbb aku rasa dia antara pemimpin bola sepak yg berkaliber. atau mungkinkah ada pemimpin dalam FAM rasa tercabar dgn TSAM? jeng jeng jeng. 

p/s: majulah bola sepak untuk negara.

Tuesday, January 4, 2011

Tukar nama Harimau Malaya??

assalamualaikum.

aku tak setuju kalau gelaran Harimau Malaya yg diberikan kepada skuad bola sepak Malaysia ditukar kepada Harimau Malaysia. ini bukan masalah perkauman atau politik.  ini adalah bola sepak. kalau tak tukar nama, korang tak nak sokong ke? ko warganegara mana??

1st of all, yang mintak nak tukar tu sbb katanya perkataan Malaya tu merujuk kepada Semenanjung Malaysia. sbb tu je?? tau tak yang Harimau Malaya (panthera tigris jacksoni) tu adalah nama satu spesis harimau yang terdapat di semenanjung. mmg dah satu dunia panggil dia Malayan Tiger. dah register pun dalam buku daftar spesis2 binatang kat dunia nih. ko nak kata ape? yg tu pun nak ubah jugak ke? Harimau Malaya adalah simbol keberanian dan kekuatan, bukan geografi. yg tu pun tak leh paham ke? 

jgn la nak politikkan sukan bola sepak yg baru mula nak mendaki tangga kejayaan nih. Skuad bola sepak kita sejak dulu lagi digelar Harimau Malaya. its a tradition. it has a long history and proud tradition. why must we change the tradition just to accomodate such a narrow minded people?? football is a game. dont mixed it up with politics. dont let people with personal interest taking over the game. 

kesimpulannya, aku membantah sekeras2nya kalau diorang tukar nama Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia. Bola sepak adalah tradisi yang akan menjadi legasi buat semua generasi.

sekian, terima kasih.

p/s: tak nak mintak Malayan Banking Berhad tukar nama ke?