Sunday, January 23, 2011

Le Tour De Langkawi 2011

assalamualaikum.

hari ini bermulalah dengan rasminya perlumbaan basikal yang dinanti-nantikan, Le Tour De Langkawi 2011. perlumbaan kali ini akan bermula di Langkawi 23 Januari dan berakhir di Kuala Lumpur pada 1 Februari 2011. terdapat 138 peserta mewakili 23 pasukan yang bertanding. Malaysia diwakili tiga pasukan iaitu pasukan kebangsaan Malaysia, pasukan professional Le Tua Cycling Team dan pasukan professional yang baru ditubuhkan, Terengganu Cycling Team.

Pasukan Kebangsaan Malaysia tentunya terdiri dari 6 orang pelumba kebangsaan. Le Tua Cycling Team diwakili oleh 3 pelumba Malaysia dan masing2 1 pelumba dari Asutralia, Colombia dan Sepanyol. Pasukan Terengganu Cycling Team pula terdiri daripada 4 pelumba Malaysia, 1 pelumba Jepun dan 1 dari Thailand. Pelumba Malaysia pertama yang memenangi peringkat perlumbaan dan gelaran Raja Pecut pada LTdL 2010, iaitu Anuar Manan akan mewakili pasukan Terengganu Cycling Team pada edisi kali ini.

LTdL 2011 juga akhirnya kembali menjadikan Langkawi sebagai salah satu peringkat perlumbaan setelah beberapa edisi diabaikan. ini adalah peta untuk laluan keseluruhan LTdL 2011.

sumber: www.ltdl.com.my
hari ini adalah peringkat pertama perlumbaan di Langkawi. perlumbaan akan bermula di Dataran Lang dan berakhir di Pekan Kuah sejauh 94.3 km. TV1 adalah penyiar rasmi LTdL2011. jadual siaran langsung berikut boleh didapati di http://www.ltdl.com.my/2011/tv.asp


untuk live streaming, boleh tgk kat sini: http://www.rtm.gov.my/new/bm/index_ls1.php

follow twitter LTdL2011 di twitter.com/myltdl

p/s: harapan peribadi aku adalah nak tgk pelumba Malaysia menang mana2 jersi utama dan peringkat perlumbaan. Malaysia Boleh!!

No comments: