Showing posts with label monthiversary. Show all posts
Showing posts with label monthiversary. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

4th Monthiversary

assalamualaikum

sedar tak sedar, hari nih dah genap 4 bulan aku melayari alam rumahtangga.aku bersyukur kerana aku dan isteri berjaya mengharungi segala ujian dan rintangan yang melanda sepanjang tempoh yang singkat ini. walaupun baru 4 bulan, macam2 dugaan yang telah kami lalui dan semuanya berjaya dilalui bersama. Alhamdulillah.

kandungan isteri aku pun dah hampir 4 bulan. aku dah nampak dah perutnye makin besar. tapi aku tak sabar nak tgk perut dia makin besar. tak sabar nak pegi scan dan tgk sendiri bakal anak kami tu. hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya hati aku menanti kehadiran orang baru dalam keluarga kami. 5 bulan je lagi. =)

p/s: kepada isteriku, Shamsiah Mat Seman, Selamat Ulang Bulan Perkahwinan yang ke 4. =)

Thursday, November 11, 2010

2nd Monthiversary

assalamualaikum.

hari ini genaplah 2 bulan usia perkahwinan kami. dan lebih menggembirakan kerana kami sedang menghitung hari usia kandungan isteri ku yang pada hari ini telah berusia 7 minggu 1 hari. alhamdulillah, syukur kepadanya kerana dikurniakan rezeki secepat ini. semoga rumahtangga yg kami bina ini akan berkekalan dan dirahmati olehNYA, insyaALLAH.

skema tak ayat kat atas? hehehe. jangan marah ek. bukan selalu buat ayat ayat cinta mcm tu. hehehe. kepada isteriku, Shamsiah binti Mat Seman, selamat ulang bulan perkahwinan kita yang kedua. terima kasih kerana menjadi isteri yg sangat penyayang dan terbaik untuk diriku. I will always love you.


p/s: sekali sekala berjiwang di khalayak ramai. hehehe.

Tuesday, October 12, 2010

1st Monthiversary

assalamualaikum.

actually dah lepas. tp nak post jugak. dan actually aku dah mention dalam post aku dah tua sblm nih. tp nak jugak buat post sendiri.

pada tanggal 11 Oktober 2010, genaplah sebulan perkahwinan aku dan isteri. kepada isteriku, Shamsiah binti Mat Seman, Selamat Ulang Bulan Perkahwinan yang pertama. semoga ikatan kasih sayang ini kekal hingga ke akhir hayat dan abadi selamanya.

p/s: one month had passed, another lifetime to go. =)