Tuesday, January 25, 2011

LTdL 2011: Stage 2 Results

assalamualaikum.

perlumbaan peringkat kedua. masih belum ada live telecast race di TV1. live kat finishing line jer. aku kecewa lagi. berikut keputusan perlumbaan setelah tamat peringkat kedua sejauh 145km dari Kangar, Perlis ke Butterworth, Pulau Pinang.
sumber: www.ltdl.com.my
tahniah buat Anuar Manan dan Mohd Hariff Salleh yang menjadi pelumba terbaik negara ketika ini. Anuar Manan berjaya menjadi pelumba Asia terbaik dan akan menyarung jersi putih MAS pada perlumbaan peringkat ketiga hari ini.

Kedudukan pasukan keseluruhan (Team General Classification):
Pasukan Terengganu ProAsia Cycling kekal di tempat pertama, Le Tua Cycling Team di tempat ketujuh dan Pasukan Kebangsaan Malaysia di tempat kesepuluh daripada 23 pasukan bertanding.

Kedudukan pasukan Asia keseluruhan (Asian Team Overall):
Pasukan Terengganu ProAsia Cycling unggul di tempat pertama, diikuti Pasukan Kebangsaan Malaysia di tempat kedua dan Le Tua Cycling Team di tempat kesepuluh.

p/s: Malaysia harapkan Terengganu.


Post a Comment