Monday, January 10, 2011

Anugerah Juara Lagu ke Juara Drama?

assalamualaikum.

aku percaya mmg ramai orang yg tgk juara lagu smlm. mesti berjuta2 orang punye la. dan aku jugak percaya byk entri2 blog akan menceritakan pasal juara lagu nih. termasuk lah aku. hehehe.

tahniah kepada semua pemenang especially Ana Rafalli yg menang Anugerah Juara Lagu menewaskan artis2 favourite lain. mmg mengejutkan. aku duk baca twitter smlm pun ramai yg duk menjerit tak percaya Ana Rafalli menang. ape2 pun, tahniah untuknya.

aku nak komen sket je pasal konsep. ini kan Anugerah Juara Lagu tp kenapa persembahan2 artis byk yg main drama. aku rasa Stacy ngan Bunkface je yg tak main drama. yg lain semuanye byk drama. paling poyo sekali drama Shahir dan Nasha Aziz. bermonolog, bersajak dan last sekali Shahir kene lempang  ngan Nasha. si Hafiz plak kene tembak pastu tukar baju. baju putih plak tu. konon dah masuk syurga la kot. tp drama terbaik dari Faizal Tahir la. siap menang best performance tu. buat magic trick lepaskan diri dalam air. siap basah2 pastu sambung nyanyi smpi lelah. mmg patut la menang.

kesimpulannya, aku tak suka bila menyanyi ade drama yg over2. menari dan menyanyi dah la. tak perlu la gimik2 lebih2. yg dinilai ialah lirik dan melodi lagu. best performance tu anugerah picisan jer. tak ade pun takpe. ruin the prestige of the award la. itu pendapat peribadi aku. sekian.

p/s: org dah bosan ngan pengacara 3 serangkai tu. Jozan for AJL 26!!!
Post a Comment