Wednesday, January 26, 2011

LTdL 2011: Stage 3 Results

assalamualaikum.

malas nak mengomel panjang2. ini keputusan perlumbaan setelah tamat peringkat ketiga sejauh 144.9km dari Taiping ke Sitiawan, Perak.
sumber: www.ltdl.com.my

sekali lagi anuar manan menjadi pelumba terbaik Malaysia apabila memenangi tempat kedua pada peringkat ketiga ini dan meletakkannya di tempat kedua secara keseluruhannya. Loh Sea Keong dari Pasukan Kebangsaan Malaysia juga tiba2 menonjol hari ini dan berjaya menduduki tempat ketiga terbaik di kalangan pelumba Asia.
Kedudukan pelumba keseluruhan (General Classification):
Top 10 - Anuar Manan (Terengganu ProAsia Cycling) di tempat kedua, Loh Sea Keong (Malaysia) di tempat ketujuh dan Mohd Hariff Salleh (Terengganu ProAsia Cycling)

Kedudukan pasukan keseluruhan (Team General Classification):
Terengganu ProAsia Cycling Team masih unggul di tempat pertama, Le Tua Cycling Team di tempat kelapan dan Pasukan Kebangsaan Malaysia jatuh ke tempat ke 13.

Kedudukan pasukan Asia keseluruhan (Asian Team Overall):
Masih tidak berubah dengan Terengganu ProAsia Cycling Team di tempat pertama, Pasukan Kebangsaan Malaysia di tempat kedua dan Le Tua Cycling Team di tempat kesepuluh.
 
p/s: Pelumba Malaysia simpan tenaga nak panjat Genting.
Post a Comment