Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Wednesday, January 4, 2012

A belated birthday wish

assalamualaikum.

dah lama sangat2 aku tak update blog nih. memandangkan ada sedikit masa terluang sekarang, aku nak la update sket. tp nak update pun pasal bende yang personal. 

tanggal 1 Januari biasanye orang sambut tahun baru. tapi aku sambut hari lahir isteri aku. setiap kali tiba occasion mcm birthday ke anniversary ke ape ke, aku mesti pening nak pk nak beli hadiah ape. smpikan first anniversary aku hari tu aku mmg tak buat ape2. aku just wish jer kat wife aku. teruk kan? so, i make it up on her birthday. aku buat surprise. aku berlakon mcm aku tak igt langsung birthday dia. petang 31 Disember tu aku boleh siap kuar gi ofis lagi. (padahal aku kuar pegi beli hadiah dia. huhuhu.) aku dah plan lama cuma tak sempat nak pegi beli. sbb tu terpaksa beli last minute.

kebetulan ptg tu nak pegi umah kakak dia kat rawang and bermalam kat sana. so, malam 31 Disember tu, aku cuma bagi birthday wish thru phone:


then aku tunjuk je gambar hadiah yg aku belikan tu. she's very happy and excited. that's enough for me to see. smile on her face can make my problems go away, at least for that moment. hehehe. walaupun hadiah nih tak seromantik mana, aku puas hati sebab dia suka hadiah tu. hehehe.


yup. hanya sebuah mesin jahit. huhuhu.

p/s: lps nih tak yah tempah baju kat kedai dah. heheheh.

Sunday, January 9, 2011

HTC Smart: Belated Birthday Gift

assalamualaikum.



ulangtahun kelahiran cik isteri ialah pada 1 Januari yang lalu. tapi baru hari nih dpt bagi hadiah kat dia. sbb tu kira belated. no surprises sbb aku mintak dia pilih sendiri. kalau aku beli je nnt takut dia tak berkenan plak. kami beli kat the mines ptg td. original set, not AP.



itu lah rupa handphone baru cik isteri yang tersayang. tgh charge lagi. tak smpt nak explore lagi. sbnrnye HTC ni takde pun dalam wish list masa buat research malam smlm. yang ade dlm list ialah Nokia C3 dan Sony Ericsson Yendo.

so, bila smpi kat mines td, terus pegi ke store Sony Ericsson. tp salesman tu sendiri tak recommend Yendo tu. tinggal satu je la choice. terus ke store Nokia plak. on the way tu, cik isteri nih terpandang la HTC Smart nih. aku ckp jom tgk Nokia tu dulu. lepas tgk2 C3 tu, kitorang terus blah dari store Nokia tu. salesman dia pun tak baper friendly.

terus kitorang tuju ke booth2 yg byk kat tingkat 4 tu. nak cari C3 jugak tp sekali lagi cik isteri nampak HTC Smart tu. so, aku suh salesman tu amik dua2 phone. salesman nih pulak mulut manis. pandai melayan. kitorang pun bandingkan la Nokia C3 dan HTC Smart tu. keputusannya, cik isteri pilih HTC Smart. harga pun sama jer. aku belikan memory card 4GB sbb dia suka dgr mp3. tambah RM30 je. yg lain2 standard box set la.cik isteri sgt lah happy sbb dpt phone baru. tp nak kene ajar dia guna dulu. nnt aku sms dia tak reti nak balas plak. huhuhu.

p/s: aku pun sgt happy sbb dpt belikan sumting for her birthday. =)

Monday, October 11, 2010

aku dah tua

assalamualaikum.

pic from google search
hari ini, tanggal 11 Oktober 2010, genap lah usia ku yang ke 27 tahun. dah tua dah aku. alhamdulillah, syukur kepada Yang Maha Esa kerana memanjangkan usiaku buat sehari lagi.

pada usia 27 tahun ini, kali pertama menyambut hari lahir sebagai seorangs suami. betul2 sebulan selepas melangsungkan perkahwinan. buat isteriku yg tercinta, I will love you till the end of my life.

terima kasih kepada semua kawan2 yg meng'wish' birthday aku melalui facebook dan sms. terima kasih atas ingatan dan doa2 kalian. aku amat2 menghargainya.

apa aku nak untuk birthday ini? hmmm. tough question. rasanya aku cuma inginkan kebahagiaan dalam hidup bersama isteri dan keluarga. semoga kehidupan kami dirahmati dgn kasih sayang dan dan kemurahan rezeki yang berpanjangan. amin.

p/s: doa kalian juga hadiah yg bermakna buatku. TQ. =)