Monday, August 2, 2010

ada apa Ramadan ini?

assalamualaikum.

dalam tak sedar, hari nih dah 21 Syaaban. dalam seminggu lagi Ramadan pulak akan datang. dah kene puasa sebulan bagi yang boleh. huhuhu. ramadan kali nih pastinya agak lain daripada yang lain. sekurang2nya lain utk aku la. sbb aku bukan sibuk nak buat persiapan utk sambut raya. tapi sibuk buat persiapan nak kawin. hehehe.

majlis pernikahan insya Allah pada malam hari raya kedua dan kenduri pada raya ketiga. majlis sebelah lelaki pulak pada raya ketujuh. kami pilih buat kenduri masa raya nih sbb senang nak kumpul sanak saudara mara yg kebanyakkannya mmg susah nak balik kampung kecuali raya. tp kawan2 la pulak susah nak dtg sbb nak balik raya kat kampung masing2. kecualilah klu kampung diorang dekat2 ngan kampung kami. so boleh la dtg kan? hehehe.

citer pasal puasa, raya and kenduri nih, mak aku la yg paling sibuk. last weekend aku balik kampung. terkejut aku tgk mak aku renovate umah tu. mcm2 dibuatnya. siap buat garaj kat luar lagi. lupa plak aku nak snap gmbr rumah aku tu. pastu masuk2 dlm umah dah ada set bilik pengantin. tp bilik pengantinnya takde lagi. betul2 surprise la aku kan. huhuhu. weekend nih maybe kene balik kg lagi. nak kemas lagi pape yg patut. tak abis kemas lg. ntah2 tiap2 weekend aku kene balik lps nih. huhuhu. penat la weh.

p/s: dapat cuti kawin + cuti raya 2 minggu setengah..huhuhu
Post a Comment