Wednesday, August 18, 2010

Pos Kad Raya CUMA 50sen

assalamualaikum.

sedikit masa dulu, bulan lepas kot, aku ade buat satu posting tentang kenaikan kadar pos domestik. kalau terlepas, boleh baca kat sini. sekarang nih kalau nak anta surat paling murah pun 60 sen. itu surat biasa. kalau kad raya? 70 sen. poskad je yang kekal 30 sen (ye ke kekal?).

tapi tahun nih POS Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan memberikan diskaun 25% utk setem kad raya. oleh itu, kita cuma perlukan setem 50 sen utk menghantar kad raya ke mana2 destinasi di seluruh negara. walau sebesar mana atau sekecil mana pun kad raya itu, hanya setem 50 sen diperlukan. TAPI, beratnye mestilah tak lebih daripada 50 gram. dan kadar promosi ini bermula dari 1 Ogos tahun ini hingga 28 Februari tahun depan bagi meliputi perayaan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina. hmmmm.

setem ni xleh guna ye. tak laku. huhuhu. [sumber: pakcik google]

kalau jenis yg beli kad raya bundle 5 keping RM2 tu mesti rasa tak berbaloi nak pos kad raya, kan? setem lagi mahal dari kad raya. huhuhu. kalau jenis yg suka anta kad raya besar gedabak plak atau pun kad raya muzikal, sila lah bawak kad raya tu ke pejabat pos utk ditimbang dan ditentukan harga setemnye, tak pun, pegi la timbang kat kedai dan rujuk jadual kadar pos kat website pos malaysia atau link yg aku bg kat atas td utk mengetahui harga setem yg sepatutnye. kalau tak cukup setem nnt tak smpi plak surat or kad raya korang tu. penat je beli kad raya lawo2. huhuhu.

p/s: kad raya je ke ade promosi? kad kawin takde promosi ke? huhuhu



Post a Comment