Monday, August 23, 2010

dah ready nak raya??

assalamualaikum.

sabtu yg lepas aku ke alamanda dan ioi mall. membuat persiapan terakhir utk hari bersejarah. hehehe. ape yg menariknye, belum pun 2 minggu kite berpuasa, pusat2 membeli belah nih dah pun mula memainkan lagu2 raya. tak sabar nak raya dah agaknye. huhuhu. masa jalan2 kat parkson @ alamanda, terserempak dgn ramai org berpakaian tshirt biru. rupanye org2 MBSB yg bawak budak2 (maybe anak yatim) membeli belah sempena hari raya. alhamdulillah. seronok tgk budak2 tu seronok membeli belah. ye la, ade org tolong bayar. huhuhu.

tapi minggu nih aku rasa tak ramai sgt org. alamanda or IOI Mall pun sama jer. tak sesak sgt. agaknye sbb tak gaji lagi kot. and biasalah rakyat malaysia kan suka tunggu last minit. shopping pun last minit. aku rasa minggu dpn mesti sesak gile lah tempat2 tumpuan utk shopping. tunang aku pegi Jalan TAR hari ahad pun tak sesak sgt. minggu dpn confirm la jem gile. sbb minggu nih dah dapat gaji. nasib baik la aku nk balik kg hujung minggu nih. huhuhu. selamat bershopping kepada semua. hehehe.

p/s: sebenarnye nak pegi Sunway Pyramid, tp nmpk IOI, singgah IOI dulu. pastu dah tak larat nk gi Sunway. huhuhu.

No comments: