Saturday, August 28, 2010

Agenda balik kampung

assalamualaikum.

akhirnya dapat gak aku balik kampung ramadan nih. dah lepas separuh ramadan baru bleh balik merasa berpuasa, berbuka dan bersahur di kampung. huhuhuh. tapi aku tak cuti terus. balik weekend je. aku start cuti  minggu dpn. 4 September. insya Allah.

bertolak dari Kajang lebih kurang kul 6.30 pm. melalui lebuhraya LEKAS yang masih lengang, memang lekas betul la aku smpi kat Ampangan tu. tol pun RM4.90 jer. sepatutnye ade dua tol tp satu tol tu free lagi. pastu berenti isi minyak and beli air kat Petronas Ampangan sblm meneruskan perjalanan. pastu berenti kat Ulu Bendul jap untuk berbuka. dah suh adik aku beli juadah sblm bertolak. so berbuka dalam kereta kat tepi jalan je. pastu terus kan perjalanan smpi ke rompin. berenti pun utk solat je. sampai kat rumah lebih kurang kul 10.40 malam. terus pekene nasi dgn lauk sayur labu dan ikan masin. perghhhh. klu ikut nafsu mau berkali2 aku tambah. nasib baik boleh kawal nafsu makan tu. hehehe.

aktiviti hari sabtu nih nak pegi pasar. pagi2 nnt bawak mak aku gi pasar dulu cari lauk utk masak berbuka nnt. famili pakcik nak dtg dari JB. dia suruh mak aku buat otak masak kurma dgn perut cicah air asam. pergghhh. dengar pun meleleh air liur. korang penah makan otak masak kurma? aku tanye member2 aku ramai yg tak makan. klu aku igt nnt aku snap gmbr otak masak kurma tu. hehehe.

pastu aku nak pegi kedai pengantin. klu kedai tu bukak la. nak tgk dan settlekan pape yg patut. kenduri kat umah aku nih tinggal 17 hari je lagi nak prepare.aku plak bukan selalu bleh balik. klu nak tunggu next week aku cuti terus tu takut kelam kabut plak nnt. so alang2 dah balik nih settle la mana2 yg boleh. hehehe.

p/s: rasa mcm tak caya je nak kawin dlm masa 2 minggu lagi. neves plak rasanye. hahahaha.
Post a Comment