Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Syarifah 'Aisya Qaisara dah besar

assalamualaikum.

dalam diam, usia anak kami dah mencapai 6 minggu. Alhamdulillah, setakat nih semuanya ok dan dia pun nampak sihat. last week pegi klinik untuk follow up lepas sebulan. kene injection hepatitis B. berat 'Aisya Qaisara masa tu 4.9 kg. naik 1.1kg lepas sebulan dilahirkan. nurse tu cakap semuanya ok so aku tak risau sgt. baby mmg cepat besar kan? hehehe.

sekarang nih kami sedang menyediakan keperluan utk dia. keperluan dari pelbagai segi la. last week dah beli stroller dia kat Jusco Equinne Park. mmg dari wife aku bersalin lagi aku dah target nak beli stroller tu. walaupun agak murah, tp aku rasa ok la untuk dia. cuma agak besar sket la bila dah masuk dalam bonet kete aku tu. huhuhu.

last weekend plak kami bawak dia pegi Emas Sri Pinang di Metro Point Kajang. wife aku nak belikan dia gelang tangan. sblm nih pernah gi tanya kat Tomei The Mines tp mcm mahal jer. Emas Sri Pinang gak jadi pilihan. sejak kami bertunang smpi la dapat anak, semuanya beli kat situ. dapat la anak aku seutas gelang tangan untuk dipakai ketika hari raya nanti. aku? apa pun tak dpt lg. huhuhu.

anak aku nih kuat menyusu la. sampai penat ibunya bagi breast feeding. terpaksa bagi susu botol jugak. mak aku suh aku bagi nestum yang halus jer. aku tak berani sbb anak aku tu baru sebulan lebih. melalui bacaan aku, biasanya dah 3-4 bulan baru boleh bagi nestum. tp mak aku cakap aku dan adik beradik aku dulu masa sebulan lebih dah makan nestum. elok jer hidup besar smpi skrg. hmmmm. dilema gak aku. tp aku tgk dulu la mcm mana. kalau wife aku dah tak larat sgt nnt maybe aku beli jugak la nestum tu kot. we'll see.

p/s: baju raya takde lagi nih. huhuhu.

Tuesday, December 14, 2010

Update 2: Adinda

assalamualaikum.

update yang seterusnya adalah tentang adinda isteri dan bakal cahaya mata kami. kandungan adinda dah pun mencapai usia 3 bulan. alhamdulillah tiada apa2 yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh ni. setakat tahap kemengidaman adinda yang pelbagai tu biasa la. nasib baik takde yg pelik2.  hehehe.

last check up hari tu doktor kata baby sihat. walaupun berat badan adinda turun tp baby sihat. so, next appointment untuk buat buku merah je la. tak perlu nk jumpa selalu dah. aku plak smpi skrg xdpt tgk lagi baby discan secara live. tp takpe. aku boleh sabar lagi. hehehe. tunggu perut adinda besar sket nnt aku nak bawak dia pegi scan kat klinik supaya aku boleh tgk jugak. hehehe. kat hospital tu payah doktor nak bagi tgk sbb org ramai. suami takleh masuk.

dari segi persiapan untuk baby belum ada apa2 lagi. cuma adinda dah start amik suplement dan ubat2 untuk baby dalam kandungan. slow and steady. adinda dah ngadu kain and seluar dia byk dah ketat. so, last sunday pegi jalan2 kat sunway. jalan2 kat jusco tp tak jumpa plak yg berkenan. kat parkson xde maternity punye section. kat VMum ade yg berkenan tp mahal giler. cari ModernMum tak jumpa2. last2 balik dengan hampa sbb adinda mengadu dah sakit kaki. lain kali la plak pegi cari. ehehehe.

aku? aku xde pape. xde muntah2 ke ape ke. hehehe. adinda ada mengadu sakit pinggang and kaki. aku pun sakit gak. tp bukan sbb berjangkit ngan adinda. nnt aku cerita dalam update seterusnya. hehehe.

p/s: ntah kenape aku rasa nak makan durian smpi termimpi2. mengidam ke?? hahaha.

Monday, August 23, 2010

dah ready nak raya??

assalamualaikum.

sabtu yg lepas aku ke alamanda dan ioi mall. membuat persiapan terakhir utk hari bersejarah. hehehe. ape yg menariknye, belum pun 2 minggu kite berpuasa, pusat2 membeli belah nih dah pun mula memainkan lagu2 raya. tak sabar nak raya dah agaknye. huhuhu. masa jalan2 kat parkson @ alamanda, terserempak dgn ramai org berpakaian tshirt biru. rupanye org2 MBSB yg bawak budak2 (maybe anak yatim) membeli belah sempena hari raya. alhamdulillah. seronok tgk budak2 tu seronok membeli belah. ye la, ade org tolong bayar. huhuhu.

tapi minggu nih aku rasa tak ramai sgt org. alamanda or IOI Mall pun sama jer. tak sesak sgt. agaknye sbb tak gaji lagi kot. and biasalah rakyat malaysia kan suka tunggu last minit. shopping pun last minit. aku rasa minggu dpn mesti sesak gile lah tempat2 tumpuan utk shopping. tunang aku pegi Jalan TAR hari ahad pun tak sesak sgt. minggu dpn confirm la jem gile. sbb minggu nih dah dapat gaji. nasib baik la aku nk balik kg hujung minggu nih. huhuhu. selamat bershopping kepada semua. hehehe.

p/s: sebenarnye nak pegi Sunway Pyramid, tp nmpk IOI, singgah IOI dulu. pastu dah tak larat nk gi Sunway. huhuhu.