Monday, December 27, 2010

Final Piala AFF Suzuki: Malaysia 3 Indonesia 0

assalamualaikum.

Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!!  Kita memperoleh kemenangan yang pertama!!! yahuuuuuu!!!! heheheh.


begitulah gembiranya rakyat malaysia apabila pasukan negara berjaya membenamkan keangkuhan pasukan indonesia dengan menewaskan pasukan garuda itu 3-0. walaupun ini baru perlawanan akhir peringkat yang pertama, malaysia membawa bekalan selesa untuk perlawanan kedua di jakarta kelak.

gol-gol malaysia dijaringkan oleh Safee Sali (2 gol) dan Ashaari Shamsudin yang masuk pada separuh masa kedua menggantikan Amirul Hadi Zainal. Nor Shahrul Idlan Talaha menjadi pemain penting apabila gol pertama Safee Sali dan Ashaari adalah hasil dari gerakan dan hantarannya. gol kedua Safee Sali pula adalah hasil umpanan cantik dari pemain pertahanan, Mahali Jasuli.

permainan nampak seimbang pada separuh masa pertama tetapi dicemari insiden pancaran laser ke arah penjaga gol Indonesia, Markus dan pemain Indonesia yang mengambil sepakan sudut. Markus membantah beberapa kali namun permainan tetap diteruskan.

pada separuh masa kedua pula, Indonesia bermula garang dan mengasak kubu Malaysia bertubi2. tetapi permainan sekali lagi diganggu dengan insiden laser ke arah Markus. Markus yang bengang mengajak pemain2 Indonesia meninggalkan padang. Pengadil juga sependapat dan mengarahkan semua pemain meninggalkan padang. permainan terhenti lebih kurang 5 minit akibat kebodohan dan kemangkokan penonton yang menggunakan laser itu.

KAMI PENYOKONG2 SEJATI BOLA SEPAK MALAYSIA MENGUTUK SESIAPA SAHAJA YANG MEMANCARKAN LASER ITU!!

selepas permainan disambung semula, Malaysia bagai mendapat semangat baru dan bertalu2 mengasak Indonesia. hasilnya ternyata memuaskan apabila tiga gol berjaya dijaringkan. tahniah buat pasukan malaysia. diharapkan kita tidak terlalu berpuas hati kerana 90 minit di stadium gelora bung karno pasti amat dinantikan oleh pasukan indonesia. kita harapkan yang terbaik dari pasukan malaysia. jumpa di jakarta rabu ini. MALAYSIA BOLEH!!

p/s: kalau Malaysia menang, boleh dapat cuti peristiwa tak?

5 comments:

Saiyed said...

kadang2 kecederaan tak boleh dielakkan...huuhu

shazmonaz said...

majulah sukan utk Malaysia..

Saiyed said...

yup!!

Hiduplah bola sepak Malaysia...

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik

Saiyed said...

biase jer...
terima kasih..