Thursday, December 30, 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010!!

assalamualaikum

TAHNIAH MALAYSIA!! 
TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!

dah lama rasanye negara kita Malaysia tidak mengalami atmosfera yang sebegini hangat. seluruh rakyat malaysia bersatu padu memberikan sokongan tidak berbelah bagi dan mendoakan pasukan negara pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010. Alhamdulillah hasilnya berbaloi baloi.

Keputusan Perlawanan Akhir:

Pusingan 1: Malaysia 3 Indonesia 0
Pusingan 2: Malaysia 1 Indonesia 2

Malaysia JUARA dengan agregat 4-2

walaupun pelbagai dugaan dihadapi pasukan Malaysia di indonesia, semangat Harimau Malaya tetap utuh dan kekal fokus untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih serta pengurusan pasukan. semoga kejayaan ini akan menjadi permulaan era baru kegemilangan bola sepak Malaysia. MALAYSIA BOLEH!!

about the game. Kedua2 pasukan mempamerkan permainan mantap dan menghiburkan. walaupun malaysia mempunyai kelebihan 3 gol, mereka tidak bertahan semata2. serangan2 malaysia juga cukup membahayakan.

namun, malaysia hampir dikejutkan di awal permainan apabila indonesia dihadiahkan sepakan penalti selepas Sabre Mat Abu dikatakan menahan bola dengan tangan. tetapi ketenangan dan ketangkasan Khairul Fahmi a.k.a Apek menyelamatkan sepakan Firman Utina amat melegakan seluruh penyokong Malaysia.

hasil kesungguhan para pemain, akhirnya Malaysia berjaya menjaringkan satu gol menerusi Safee Sali  pada minit ke 54 sblm Nasuha menyamakan kedudukan buat Indonesia pada minit ke 73. Di minit2 akhir permainan, kesilapan benteng pertahanan membolehkan Indonesia mendahului 2-1 hasil jaringan sendiri Muslim Ahmad pada minit ke 87.

walaupun tewas 2-1, malaysia tetap menang dengan agregat 4-2. sekali lagi tahniah kepada pasukan Harimau Malaya.

Juara:
Malaysia

Naib Juara:
Indonesia

Top Goalscorer:
Mohd Safee Sali (Malaysia) - 5 gol

Most Valuable Player:
Firman Utina (Indonesia)

Fairplay Award:
Filipina

ini gmbr2 yg aku snap dari kaca tv rumah aku. hehehe.

inilah pasukan juara, MALAYSIA - HARIMAU MALAYA
Kapten Malaysia, Safiq Rahim menjulang Piala AFF Suzuki.
Khairul Fahmi a.k.a Apek.
Pemain Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki
Jurulatih Malaysia, K Rajagobal.


p/s: agak2 K Rajagobal dapat Dato' tak? huhuhu
Post a Comment