Thursday, December 16, 2010

Piala AFF Suzuki: Malaysia 2 Vietnam 0

assalamualaikum


itu lah keputusan perlawanan smlm. Malaysia membawa bekalan selesa untuk perlawanan separuh akhir kedua di Hanoi pada hari sabtu nnt. kedua dua gol malaysia dijaringkan oleh penyerang Selangor, Safee Sali.

gol pertama hasil sepakan percuma yg diambil oleh kapten Malaysia, Safiq Rahim dan ditanduk kencang oleh Safee. kesilapan penjaga gol vietnam yg gagal menampan kemas juga menyumbang kepada gol tersebut.

gol kedua juga bermula dari Safiq yg merembat kencang dari luar kotak penalti. penjaga gol vietnam hanya mampu menepis tetapi bola muntah itu disambar oleh Safee untuk gol keduanya sepnajang kempen Piala AFF ini.

keseluruhan permainan malaysia agak memuaskan tetapi sedikit longgar di bahagian tengah dan pertahanan kiri dan kanan. yang ketara ialah bahagian right back. Mahali Jasuli agak leka dan hilang fokus hingga satu ketika dimarahi Muslim Ahmad sbb membiarkan bola melepasinye untuk perangkap offside yg tak menjadi. akhirnya digantikan oleh Sabre Abu yg pada aku bermain baik ketika Malaysia menentang Laos hari tu. Asrarrudin Putra pun kadang2 goyang jugak tp boleh recover balik. yg lain2 ok la tp masih boleh diperbaiki.

Amri Yahyah masih suka menggelecek tp selalu kehilangan bola. pada aku, amri is a good finisher but not a good dribbler. dia patut main striker je. finishing mantap, rembatan jarak jauh pun power. main Liga Malaysia boleh la nak dribble byk2 tp main international jgn la. mudah sgt dibaca. lawan laos hari tu pun byk kali hilang bola sbb nak dribble. komen membina nih. bukan mengutuk yer. hehehe.

pape pun, tahniah utk pasukan Malaysia. harap2 layak ke final jumpa Indon untuk balas dendam!!

p/s: Malaysia sentiasa Boleh!!
Post a Comment