Monday, December 20, 2010

Piala AFF Suzuki: Malaysia 0 Vietnam 0

assalamualaikum.

takde bende lain nak ckp selain ucapan tahniah buat pasukan Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010. ini adalah kali kedua pasukan negara layak selepas kali pertama pada tahun 1996, edisi pertama yang ketika itu dikenali sebagai Piala Tiger. aku baru Form 1 masa tu. huhuhu.


pada separuh akhir kedua, malaysia lebih banyak bertahan dan melakukan counter attack. walaupun ada beberapa keadaan yang mencemaskan, pemain2 malaysia berjaya mengawal dan bertahan dengan baik. vietnam sgt terdesak hingga seorang pemainnya dibuang padang kerana sengaja menjatuhkan diri di dalam kotak penalti Malaysia.

pada perlawanan akhir, Malaysia akan bertemu Indonesia. format perlawanan akhir juga dijalankan secara timbal balik. perlawanan pertama akan diadakan di kuala lumpur pada 26 disember dan perlawanan kedua di jakarta pada 29 disember. ini peluang baik untuk malaysia membalas dendam atas kekalahan memalukan 1-5 di tangan indonesia pada perlawanan kumpulan yang lalu.

semoga Malaysia menutup tahun 2010 dengan menjulang Piala Suzuki AFF.

p/s: Malaysia boleh lagi!!!

No comments: