Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Morning Sickness

assalamualaikum...

sejak kebelakangan nih aku selalu sakit kepala. rasa mcm berpusing-pusing. kadang2 sakit sebelah, kadang2 sakit kat depan. tapi pagi nih aku rasa the worst. memula sakit sebelah kiri je. then sakit kat bahagian depan. rasa nak muntah pun ada. mcm mual2 gitu. 

tak tau la sama ada ini takdir atau kebetulan (mcm lagu la pulak) sbb skrg nih wife aku tgh pregnant. baru nak masuk 2 bulan. adakah kemungkinan morning sickness dia dah berjangkit kat aku? kalau betul, aku rasa ok la sbb aku tak tahan tgk dia tak bermaya and lemah longlai masa pregnant anak pertama dulu. kurang sket seksa aku tgk dia mcm tu tanpa aku boleh bantu apa2. huhuhu.

kalau kebetulan je maknanya aku ada penyakit lain laa. nak pegi klinik tapi malas. klu dapat mc pun bukan boleh mc. meeting bersepah-sepah. huhuhu. sabor je laa.

p/s: kalau pegi klinik confirm dapat mc. hehehe

Saturday, June 25, 2011

Overdue

assalamualaikum.

isteri aku masih mengandung. expected due date yg doktor berikan pada kami ialah 22 Jun 2011. tapi hari ni dah 25 Jun 2011. maknanye isteri aku dah overdue to deliver selama 3 hari. takde tanda2 sakit nak bersalin lagi. kalau 30 Jun 2011 isteri aku masih belum bersalin, doktor suh masuk wad. tak tau lah. skrg nih kami pasrah dan redha je dengan ketentuan Allah.

kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi sesungguhnya sebaik2 perancang dan yang menentukan segalanya adalah Allah swt.

walaupun sbnrnye aku agak nerveous tp dalam masa yg sama aku tak sabar nak jadi seorang ayah. huhuhu.

p/s: sekian entri pendek kali ini.

Friday, May 27, 2011

Dah 36 minggu

assalamualaikum.

yup. sedar tak sedar dah lebih 36 minggu pun usia kandungan isteri aku. last check up last week doktor kata baby and ibu sihat. alhamdulillah. syukur. doktor suruh bersedia dari segi fizikal dan mental sbb dalam keadaan sekarang, bila2 masa je boleh bersalin. wow!! berdebar jugak rasanya.

tp syukur la semua persiapan dah dibuat dari awal. skrg nih mmg betul2 tunggu masa jer. harap2 semuanye berjalan lancar dan baik2 sayang saja hendaknye. of coz la aku cuak dan berdebar. anak pertama la katakan. aku pun anak sulong jugak. takde pengalaman tunggu kelahiran anak2 sedara pun sblm nih. huhuhu.

perancangannya isteri aku akan bersalin di Putrajaya. lepas 2-3 hari baru aku hantar dia balik kampung. dia nak berpantang kat kampung dia. aku ikut je la. sbb anak sulong. hmmm.

Tuesday, December 14, 2010

Update 2: Adinda

assalamualaikum.

update yang seterusnya adalah tentang adinda isteri dan bakal cahaya mata kami. kandungan adinda dah pun mencapai usia 3 bulan. alhamdulillah tiada apa2 yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh ni. setakat tahap kemengidaman adinda yang pelbagai tu biasa la. nasib baik takde yg pelik2.  hehehe.

last check up hari tu doktor kata baby sihat. walaupun berat badan adinda turun tp baby sihat. so, next appointment untuk buat buku merah je la. tak perlu nk jumpa selalu dah. aku plak smpi skrg xdpt tgk lagi baby discan secara live. tp takpe. aku boleh sabar lagi. hehehe. tunggu perut adinda besar sket nnt aku nak bawak dia pegi scan kat klinik supaya aku boleh tgk jugak. hehehe. kat hospital tu payah doktor nak bagi tgk sbb org ramai. suami takleh masuk.

dari segi persiapan untuk baby belum ada apa2 lagi. cuma adinda dah start amik suplement dan ubat2 untuk baby dalam kandungan. slow and steady. adinda dah ngadu kain and seluar dia byk dah ketat. so, last sunday pegi jalan2 kat sunway. jalan2 kat jusco tp tak jumpa plak yg berkenan. kat parkson xde maternity punye section. kat VMum ade yg berkenan tp mahal giler. cari ModernMum tak jumpa2. last2 balik dengan hampa sbb adinda mengadu dah sakit kaki. lain kali la plak pegi cari. ehehehe.

aku? aku xde pape. xde muntah2 ke ape ke. hehehe. adinda ada mengadu sakit pinggang and kaki. aku pun sakit gak. tp bukan sbb berjangkit ngan adinda. nnt aku cerita dalam update seterusnya. hehehe.

p/s: ntah kenape aku rasa nak makan durian smpi termimpi2. mengidam ke?? hahaha.

Tuesday, November 9, 2010

Imbasan Pertama

assalamualaikum.

walaupun agak terlewat, aku tetap nak tunjuk jugak gambaran pertama bakal cahaya mata kami. usia kandungan masa discan ialah 5 minggu 5 hari. usia kandungan sewaktu entri ini ditulis ialah 6 minggu 6 hari. usia kandungan sewaktu anda membaca entri ini, sila lihat ticker di bahagian atas page ini. heheheh.

nampak ke?
itu saja yg ingin ku kongsikan kali ini. hati gumbira. =)

p/s: isteri semakin ok walaupun ade loya2 and muntah2 lagi. =)

Monday, November 1, 2010

Quick update: 5 minggu 5 hari

assalamualaikum.

baru pg td aku blog pasal wife aku kene masuk ward. tghari nih dapat tahu yg dia dah boleh kuar ward hari nih. maybe petang nnt. alhamdulillah. xde ape yg serius sgt. tp doktor pesan suh makan byk sket sbb baby nmpk tak cukup besar utk usianye skrg.

5 minggu 5 hari! itu usia baby kami hari nih. pagi td wife aku pegi scan sekali lagi and sekali lagi aku terlepas peluang nak tgk baby kami. hopefully next time dapat tgk sendiri. huhuhu.

p/s: syukur alhamdulillah.

Isteriku pulak masuk ward

assalamualaikum.

alhamdulillah, pada tanggal 19 Oktober lalu isteriku telah disahkan mengandung. happy giler kami masa tu. namun, sejak itu jugak isteriku selalu tak sihat. biasalah org mengandung. anak pertama pulak tu. setakat loya2 and rasa nak muntah tu org kata biasa la.

tp lama kelamaan aku makin risau tgk keadaan dia. apa yg dimakan semuanya keluar balik. dia cuma boleh minum air kosong je. bila bawak gi klinik, doktor ckp demam and sakit biasa je sbb mengandung. so doktor bagi ubat and vitamin je.

hari sabtu baru2 nih makin teruk plak. sakit kepala dia menjadi2. hari ahad pagi tu dia makan ubat pun muntah balik. so aku pujuk dia pegi hospital. kene masuk air sbb doktor kata dia dehidrasi. buat urine test and doktor ckp ade kuman. thats why dia kene tahan kat wad.

oleh kerana dia dimasukkan ke wad obstetrik, aku tak boleh tunggu. peraturan wad. so malam td 1st time la tdo berasingan sejak kawin. kesian isteriku. dah la sakit. kene tdo sorang plak tu. huhuhu.

harap2 tak lama la dia kat wad tu. nih baru dapat msg dari dia. doktor dah test urine lagi and urine dah ok. takde kuman dah. so boleh kurangkan masuk air and hopefully balik cpt. =)

p/s: waktu dalam emergency ward smlm, doktor dah scan baby kami. tp aku tak dpt tgk lg. huhuhu.