Thursday, December 30, 2010

Harimau Malaya di mata aku

assalamualaikum.


aku nak komen pemain Malaysia satu persatu:

1. Khairul Fahmi a.k.a Apek (GK) - persembahan mantap dari anak muda ini. Selepas Khairul Azman Mohamad, aku rasa Malaysia kurang penjaga gol yg mantap. harap2 Apek boleh kekalkan prestasi mantap ini buat satu masa yang lama.

2. Asrarudin Putra Omar (LB) - persembahan memalukan pada perlawanan pertama apabila Malaysia tewas 1-5 kepada Indonesia. Malah Asra dikatakan punca utama kekalahan Malaysia. Namun, kepercayaan Rajagobal terhadapnya dibalas dengan persembahan2 mantap selepas itu. gud comeback from him.

3. Mahali Jasuli (RB) - mampu bertahan dan membantu bahagian tengah dengan baik. Paling diingati adalah hantaran tepat untuk Safee Sali menanduk masuk gol kedua ketika menentang Vietnam pada separuh akhir pertama yang lalu.

4. Muslim Ahmad (DC) - mantap. walaupun menjaringkan gol sendiri pada perlawanan akhir smlm, persembahan keseluruhan amat membanggakan. Muslim membuatkan kita lupa pada Norhafiz Zamani Misbah.

5. Mohd Fadhly Shas (DC) - pemain paling muda. baru 19 tahun. tapi permainan mantap dan matang mengemudi pertahanan Malaysia bersama Muslim Ahmad. terbaik!!

6. Amirulhadi Zainal (AMR) - right wing yang berkebolehan menggelecek pemain lawan dengan baik. larian pantas dan kawalan bola yang baik. mantap jugak!!

7. S. Kunanlan (AML) - aku rasa Kuna paling konsisten. stamina tinggi. skill menggelecek tinggi la jugak. boleh tahan laju dan kerap turun membantu Asra kalau Malaysia diasak. terbaik jugak!!

8. Safiq Rahim (MC) - kapten pasukan. perancang di bahagian tengah. tackle mantap. passing masih boleh diperbaiki. rembatan kencang. keep it up!!

9. Amar Rohidan (DMC) - terbaik!! ramai orang tak perasan dengan peranan penting Amar Rohidan. bak kata member2 aku, Rafiqin dan Hairaul, "Amar is the unsung hero for Malaysia." tugas dia adalah menahan asakan pemain lawan dan membantu pertahanan Malaysia. he has done a great job. 1st game lawan Indonesia dia tak start. game seterusnya dia start sehinggalah Malaysia berjaya menjulang Piala AFF Suzuki. kalau aku nak beli jersi malaysia, aku akan beli jersi Amar Rohidan! you're the man.

10. Norshahrul Idlan Talaha (FC) - dribbling skill yg agak mengkagumkan seperti ditunjukkan dalam perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil. boleh menjadi perancang dan penjaring gol yang baik. tidak tamak dan bergandingan mantap bersama Safee Sali.

11. Safee Sali (FC) - mempunyai fizikal yang tegap. finishing mantap. tandukan kencang. berjaya menjaringkan 5 gol di peringkat kalah mati dan menjadi penjaring terbanyak kejohanan. he's the hero.

12. Sharbinee Allawee (GK) - Sharbinee dah lama tak beraksi di pentas antarabangsa kerana kecederaan. aku pun terkejut kenape Rajagobal bergamble bagi Sharbinee main lawan Indonesia. mungkin tak dpt rhythm lg dan jugak tak bernasib baik sehingga mudah dibolosi sehingga 5 gol pada perlawanan itu.

13. Sabree Mat Abu (RB/LB) - utility player. boleh bermain di bahagian kiri dan kanan pertahanan. bermain baik setiap kali diturunkan. juga boleh bermain di bahagian tengah apabila diperlukan dalam perlawanan akhir semalam.

14. Mohd Amri Yahyah (AMC) - Amri ni bagus sbnrnye. passing skill mmg baik. finishing instinct and technique pun terbaik. contohnya dia berjaya menjaringkan 2 gol ketika menentang Laos. kelemahan dia di mata aku ialah ketika membawa bola. he's not a gud dribbler. banyak kali aku tgk dalam game Malaysia menentang Laos dan Vietnam. dia hilang bola sbb dia cuba nak gelecek pemain lawan. masa main lawan Indonesia smlm aku perasan dia dah tak banyak dribble bola. gud improvement. dan aku rasa pengalaman dia mmg byk membantu pemain2 muda yg rata2 nya berumur bawah 23 tahun.

secara keseluruhannya aku tgk permainan Malaysia banyak bergantung pada bahagian sayap kiri dan kanan. Malaysia banyak menggunakan winger dan fullback untuk menyerang. Norshahrul dan Safee Sali pun suka attack dari tepi. itu pada pemerhatian aku la. =)

aku tak boleh nak komen pemain lain sbb aku tak tgk sgt org lain yg main. tapi ada satu je benda aku nak tegaskan kat sini walaupun aku komen secara individu, kemenangan Malaysia adalah kemenangan secara berpasukan dan hasil teamwork yang baik.

Tahniah Malaysia!!
Tahniah Harimau Malaya!!

p/s: saya komen ikhlas. jangan marah ye. hehehe.

**added later.
alamak. aku tertinggal sorg player. nasib baik Hairaul igtkan. so aku letak komen dia je la utk Ashaari Shamsudin. hehehe

15. Ashaari Shamsuddin (AML/AMR) - player Terengganu...top scorer Liga Super 2010...tak byk main sepanjang kejohanan...tp kelibat masa final mmg memberi impak...skor 2nd goal masa 1st leg...and through ball canteknye pada Safee Sali masa 2nd leg seal off the tie...

TQ.
Post a Comment