Friday, December 31, 2010

Selamat tinggal 2010

assalamualaikum.

tinggal lagi bbrp jam je untuk masuk ke tahun baru 2011. aku saja je nak menaip satu entri terakhir bagi tahun 2010. tahun yang paling bermakna dalam hidup aku setakat ini. tahun yang tak mungkin akan ku lupakan. insya Allah. kenape? sebab aku dah kawin. hehehe.

aku melamar wife aku pada 01/10/09. pada 04/10/09, aku jumpa kakak & abg iparnye. terus ditanye pasal kawin. so kami merancang dan akhirnya bertunang pada 14/02/10. setelah bersedia, kami dinikahkan pada 11/09/10 bersamaan 2 Syawal 1431H. kenduri pulak diadakan pada 12/09/10 dan 16/09/10. itulah tarikh2 penting bagi tahun 2010 untuk aku dan isteri aku.


tahun 2010 menyaksikan perubahan status aku dari bujang kepada berkahwin. tahun 2011 pula aku akan bergelar bapa. insya Allah. semoga kehidupan kami sekeluarga akan lebih diberkati dan dilimpahi rahmat olehNYA.

p/s: tak sabar nak tunggu Jun 2011. =)
Post a Comment