Friday, December 3, 2010

Tuan Rumah Piala Dunia 2018 & 2022

assalamualaikum.

sumber: google images
Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dah abis dan Sepanyol dah pun ditabalkan sebagai juara.Tahniah la diucapkan kepada seluruh penyokong sepanyol. yang tak berjaya, sokong lagi pada 2014 nanti yer. hehehe.

sumber: google images
 Piala Dunia edisi 2014 pula akan diadakan di negara kelahiran legenda bola sepak dunia, Pele, negara yang paling banyak memenangi Piala Dunia iaitu sebanyak 5 kali, Brazil.

Selain dari perebutan bergelar juara dunia, negara2 juga berlumba2 nak jadi tuan rumah piala dunia. sbb masyukkkk. seluruh dunia akan bertumpu ke negara tu walaupun hanya untuk sebulan. Semalam, FIFA dah umumkan tuan rumah untuk edisi 2018 dan 2022.

sumber: google images
RUSSIA akan menjadi tuan rumah pada edisi 2018. Russia menewaskan bidaan2 dari bbrp negara termasuk negara yg pada awalnye dianggap favourite, ENGLAND. Selain England, negara2 yg turut menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah pada 2018 ialah Belanda/Belgium (bersama) dan Sepanyol/Portugal (bersama). ini adalah kali pertama Russia akan menganjurkan Piala Dunia.

sumber: google images
pada edisi 2022 pula, QATAR telah dipilih untuk menjadi tuan rumah. Qatar berjaya meraih undi tertinggi menewaskan Australia, USA, Jepun dan Korea Selatan. Ini juga adalah kali pertama Qatar menganjurkan piala dunia dan kali pertama negara dari Timur Tengah akan menganjurkan kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.

p/s: Malaysia berani ke nak bid jadi tuan rumah?? Mantapkan pasukan Malaysia dulu ye!!
Post a Comment