Monday, March 22, 2010

teach me a lesson

assalamualaikum

masa kecik2 dulu org selalu tanya bila dah besar nnt nak jadi ape. masa tu mcm2 jenis profession la jadi pilihan. askar, engineer, arkitek, lawyer (ini cita2 aku masa darjah 6. hehehe.) dan mcm2 lagi la. tapi ade satu profesion yg aku mmg tak penah pilih. nak tau ape?? hehehe. aku tak penah bercita2 nak jadi cikgu. aku tak pasti kenape. 

bila aku dah masuk universiti, baru lah aku sedar kenape aku tak mau jadi cikgu. sebab aku tak pandai mengajar. hehehe. aku jugak kurang sabar kot. sbb tu tak leh jadi cikgu. tak percaya tanye Laila Ashikeen Mohammad. dia selalu mintak aku ajar dia. bila aku ajar, dia ckp dia paham tp mostly aku rasa dia buat2 paham sbb kesian kat aku walaupun sbnrnye dia tak paham pun ape yg aku ajar. huhuhu.

bile dapat keje gomen, igtkan dah tak payah la nak mengajar pape lagi. tp meleset plak jangkaan aku. sbbkan aku nih org IT, kene la ajar bende IT kat org. klu informal tu tak kisah la sgt. tp kene bagi kursus kat org  plak ramai2 plak tu. hmmm. ape nak buat. dah tugas. walaupun tak ikhlas, terpaksa ikhlaskan jugak. tanggungjawab. huhuhu.

bila tgk org lain mengajar, terasa betapa teruknya aku ini sbg seorang pengajar. kesian mereka2 yg diajar oleh aku. kalau ade yang pernah jadi mangsa ajaran aku, sori ler bebanyak kalau aku mengkusutkan kepala korang. i'm not a natural teacher. huhuhuhu.

p/s: satu sbb je aku suka mengajar. sbb dapat elaun. huhuhuhu
Post a Comment