Sunday, March 21, 2010

badminton fever

assalamualaikum..

ini bukan demam All-England. bukan jugak demam Piala Thomas. badminton is just another sport i love. dah lama tak main sbb takde partner nak main. dulu selalu gak main tanpa net ngan ofismate lepas joging kat atas bukit kat putrajaya. tp sbb dah lama sgt dah tak joging so dah tak main sgt. ini baru nak renew semula semangat nak main badminton. one of the reason ialah sbb aku dah tak leh main bola or futsal or joging. kenape? sbb aku ade keretakan kat lutut kanan. main badminton nih aku boleh control mcm mana aku gerak. kalau main futsal or bola paham la. klu dah dapat bola tu mmg tak igt ape dah.

disebabkan keadaan cuaca yg tak menentu, aku try main dalam dewan. persekitaran lebih terkawal. takde angin, ribut or hujan. hehehe. dah dua kali main kat dalam dewan nih. best gak. nasib baik ade sparring partner, en layzree. tak ramai nak join kami. tak ramai member yang minat bersukan kot. hehehe. kalau dapat main beregu best gak. lebih seronok kot. the more the merrier, right??

by the way, masih belum terlambat kot nak wish tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei (Juara All-England) and Datuk Nicol Ann David (Juara Squash Terbuka Malaysia). dan Gud luck jugak kepada team Malaysia untuk Piala Thomas nnt. there's no better way to win back the Thomas Cup other than winning it on home soil. all the best.

p/s: majulah sukan untuk negara. hehehe
Post a Comment