Tuesday, March 23, 2010

Earth Hour Malaysia 2010

assalamualaikum

masa tgh layan buletin utama tadi nmpk ada iklan Earth Hour ni. terus tanya pakcik google and dia tunjukkan website Earth Hour nih. terus bukak site Earth Hour Malaysia 2010.


ooppss. lupa plak nak bgtau ape itu Earth Hour. heheheh. tapi aku rasa mostly dah tau ape tu EH. tahun lepas baru 1st time Malaysia join kempen nih. aku rasa la. sbb sblm tu tak penah dgr pun pasal kempen nih. EH dianjurkan sebagai satu cara utk menunjukkan kasih sayang kita kepada Bumi kita. utk fight global warming jugak la. mcm mana nak join Earth Hour?? senang jer. tutup lampu selama satu jam. untuk tahun 2010, Earth Hour akan disambut pada 27 Mac 2010 dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. jadi, sama2 lah kita padamkan lampu rumah or pejabat kita. kalau ade yg boleh padam lampu jalan lagi bagus. hahahah.

pada 2009, dianggarkan hampir 5 juta rakyat malaysia padamkan lampu selama sejam. apa kata tahun nih kita pecahkan rekod itu dgn mengajak lebih ramai orang menutup lampu kediaman mereka. tapi aku nasihatkan jgn la tinggalkan kediaman korang. duduk la kat umah kejap. bukannya lama pun, sejam jer. pastu kalau nak kuar sampai pagi tu kuar la. bukannya apa, takut nnt ada plak org buat part time. kita nak pecahkan rekod, diorang pecahkan rumah kita. tak ke haru tu?? ape2 pun, safety first k?? hehehe

tahun nih ada pameran berkenaan EHM nih kat johor. 26 and 27 mac di kota iskandar johor. kalau nak tau lebih lanjut, lawati http://ehm.my/. kalau nak beli tshirt EHM pun boleh check it out kat website tu.

akhir kata, SAYANGI BUMI. PADAMKAN LAMPU KEDIAMAN ANDA.

p/s: nasib baik EHM ni buat hari sabtu. kalau hari khamis, mesti ade soalan2 nih, "Awal tutup lampu bang??" hahahah

2 comments:

zulaikhaablah said...

wktu tu konsert jom heboh kat klate.msti heboh ni!!

Saiyed said...

tu la pasal...berkonsert dalam gelap la diorang nnt kot..

tp kat kelantan boleh ke buat konsert?? huhuhu