Wednesday, March 31, 2010

kemalasan melanda jiwa

assalamualaikum

ntah kenape secara tibe2 aku menjadi malas nak buat keje. tadi bukan main rajin lagi membuat keje yg aku kene buat tapi tiba2 jadi takde mood nk buat ape2. menaip entri nih pun dalam keadaan yg sgt2 la malas nye. adoiyai. keje nak kene setel hari ni nih. byk lagi nak kene buat. tapi kemalasan melanda jiwa. arghhh. tension nyer.

p/s: ade sape2 bleh tolong tak?

Tuesday, March 30, 2010

Din Beramboi sakit!!

assalamualaikum..

aku jarang memblog pasal artis tp kali nih aku buat pengecualian sbb aku mmg minat kat Din Beramboi nih. lawak dia mmg ade class walaupun ramai yg mengkritik. berbalik kepada tajuk, masa aku menjelajah kat GengBlogger tadi, terbaca la artikel bahawasanya Din Beramboi telah dimasukkan ke hospital. memula aku igt citer lawak or tipu2 jer. rupa2nye betul. menurut berita tu, keadaan beliau dikatakan agak kritikal. tapi punca sbnr masih belum diketahui. aku ada baca satu laman web nih ckp Afdhlin Shauki ckp Din Beramboi kene rats pee or kencing tikus masa buat penggambaran sebuah rancangan berbentuk pet show. tapi tak tau la sejauh mana kebenarannya. ape pun sama2 lah kita doakan supaya Din Beramboi cepat sembuh. Amin.
Din Beramboi bersama Bob Lokman dan Afdlin Shauki 
(pic asked from mr google)

p/s: bacaan lanjut kat sini dan sini.

Tribute to Geng Blogger

assalamualaikum

encik Faizal Anuar @ Sky0ne yang bertanggungjawab menyebabkan aku terjebak ke dunia GengBlogger nih. semua ni salah dia. eh. tapi dia tak salah. jadi GengBlogger pun tak salah. in fact, i should thank him. terima kasih abg Faizal. heheheh.

sejak aku join GengBlogger nih, dunia blogging aku pun semakin luas. follower makin ramai (ade la peningkatan drpd sblm nih). tukang jerit kat shoutbox pun bertambah2. trafik pun semakin meningkat. kalau sblm2 nih tak smpi 10 org pun sehari menyinggah kat blog aku nih tapi sejak join GengBlogger aku perasan ade sampai 30 unique hits sehari pun aku penah dpt. korang mmg best la. 

terima kasih kepada yang datang singgah kat blog aku nih. alang2 singgah tu tolong la klik kat nuffnang tu sekali ek. hehehe. klu malas takpe, aku tak amik hati. dont worry and please keep coming to this blog. klu korang nak aku buat kunjungan balas kat blog korang, jerit la kuat2 kat shoutbox tu. you follow me, i follow you. heheheh.

kepada yang belum join lagi GengBlogger nih, aku sarankan korang join. senang je nak join. tapi korang kene la ada akaun facebook untuk join. korang gi kat alamat http://www.gengblogger.com/rumah and klik pada link facebook connect kat top right corner browser korang. pastu masukkan la maklumat yang dia mintak. sikit jer field dia. senang kan? cuba la. pastu promote kat member2 lain. hehehe.

ayuh meriahkan dunia blog malaysia. hehehe.

p/s: aku bleh blog masa ofis jer. huhuhu.

Monday, March 29, 2010

Evolusi KL Drift 2

assalamualaikum...


malam minggu yang lalu tergerak hati nak pegi tgk Evolusi KL Drift 2 di pawagam. sbb aku ada dgr2 org review kata citer nih best giler and nak tgl smpi 2-3 kali. sblm2 nih aku mmg kurang2 sket layan citer2 mcm nih. Evolusi KL Drift 1 pun aku tak tgk. Impak Maksima tgk kat tv jer. tp bila dah ramai ckp best, so nak gak tgk smpi tahap mana bestnye tu.

so, masa aku tgk citer tu, aku dah geleng kepala dah. bukan sbb tak puas hati. tapi sbb mcm tak percaya yg itu production malaysia. gile best. gile gempak. tabik spring toing2 kat syamsul yusof and skop production. mmg puas hati dan berbaloi baloi la aku pegi tgk citer tu kat wayang. hehehe. 

pada sesiapa yg tak tgk lagi, aku sarankan pegi la tgk. kete terbakar, meletup semua real punye. takde CGI. klu guna pun tak nmpk mcm CGI. tp aku rasa mmg diorang buat real la. bab gaduh mmg terbaik punye kongsi gelap style. pakai tukul belasah kaki org. main kejar2 and tembak2. paling best masa kete joe reverse laju gile pastu tembak polis face to face (betul ke ape aku ckp nih? korang paham ke? huhuhu). ape2 pun mmg terbaik la bagi aku. tahniah la. mmg best. boleh challenge kutipan box office meletup punye. hehehe.

but still aku ade sedikit komen la pasal citer nih. yang pertama, terasa kelakar yg amat sgt bile Shaheizy Sam ckp cina. mcm buat cite komedi pun ada. muka sah2 melayu tp ckp pelat cina. kelakar gile beb. apa salahnya biarkan diorang jadi melayu. tak logik ke klu drug lord tu org melayu. sama la aaron aziz pun. tp aaron tu nmpk la sket mcm2 cina2 so tak lah kelakar sgt kan. hehehe.

yang kedua, bab jiwang2. mcm tak kene timing laa. org tgh serius2, marah2 tiba2 si alya tu tangkap cintan plak. si zack pun sama. berbalas2 kasih sayang. berpeluk2 plak. timing sket salah laa aku rasa. masa aku tgk hari tu, satu panggung gelak masa babak tu. klu sorg2 dua je gelak aku paham la. tp klu dah ramai2 gelak, mesti la something wrong kan??

tp walau ape pun, nih filem yg berbaloi utk ditonton dari segi action or stunt dia. jalan citer nnt korang tgk la and nilai kan sendiri. ape2 pun, sokong lah industri filem tempatan. Wayang sapa klu bukan wayang kita kan? heheheh

p/s: terlayan filem nih sbb kecewa tak dpt main bowling. huhuhu.

Thursday, March 25, 2010

lengang

assalamualaikum

hari ni aku agak terkejut sbb alamanda kelihatan lengang di segenap sudut. especially kat panggung wayang. padahal hari nih hari rabu. tiket wayang hanya rm6. carrefour pun agak sunyi. nak beli barang pun hepi jer. sbb tak ramai beratur time nak bayar. bila dipikirkan balik, baru aku paham kenape keadaan agak lengang. sbb org gomen tak gaji lagi. gaji bulan 2 masuk awal sgt hari tu sbb nak raya cina. so esok mula la org2 gomen akan berpusu2 ke sana. kalau tak caya, pegi la tgk kat alamanda esok. aku tak leh gi sbb aku kene gi outstation. huhuhu.

p/s: aku org gomen gak. tp aku gi alamanda sbb temankan tunangku jalan2. hehehe

Tuesday, March 23, 2010

Earth Hour Malaysia 2010

assalamualaikum

masa tgh layan buletin utama tadi nmpk ada iklan Earth Hour ni. terus tanya pakcik google and dia tunjukkan website Earth Hour nih. terus bukak site Earth Hour Malaysia 2010.


ooppss. lupa plak nak bgtau ape itu Earth Hour. heheheh. tapi aku rasa mostly dah tau ape tu EH. tahun lepas baru 1st time Malaysia join kempen nih. aku rasa la. sbb sblm tu tak penah dgr pun pasal kempen nih. EH dianjurkan sebagai satu cara utk menunjukkan kasih sayang kita kepada Bumi kita. utk fight global warming jugak la. mcm mana nak join Earth Hour?? senang jer. tutup lampu selama satu jam. untuk tahun 2010, Earth Hour akan disambut pada 27 Mac 2010 dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. jadi, sama2 lah kita padamkan lampu rumah or pejabat kita. kalau ade yg boleh padam lampu jalan lagi bagus. hahahah.

pada 2009, dianggarkan hampir 5 juta rakyat malaysia padamkan lampu selama sejam. apa kata tahun nih kita pecahkan rekod itu dgn mengajak lebih ramai orang menutup lampu kediaman mereka. tapi aku nasihatkan jgn la tinggalkan kediaman korang. duduk la kat umah kejap. bukannya lama pun, sejam jer. pastu kalau nak kuar sampai pagi tu kuar la. bukannya apa, takut nnt ada plak org buat part time. kita nak pecahkan rekod, diorang pecahkan rumah kita. tak ke haru tu?? ape2 pun, safety first k?? hehehe

tahun nih ada pameran berkenaan EHM nih kat johor. 26 and 27 mac di kota iskandar johor. kalau nak tau lebih lanjut, lawati http://ehm.my/. kalau nak beli tshirt EHM pun boleh check it out kat website tu.

akhir kata, SAYANGI BUMI. PADAMKAN LAMPU KEDIAMAN ANDA.

p/s: nasib baik EHM ni buat hari sabtu. kalau hari khamis, mesti ade soalan2 nih, "Awal tutup lampu bang??" hahahah

GATSBY Deodorant Street Fair

GATSBY Deodorant Street Fair

assalamualaikum..


malam nih ade buat sket blog hopping, joging, walking, lepaking or whatever people called it. and terasa jeles plak bile ramai yg dapat invitation utk pegi Gatsby Street Fair nih. member aku (Sky0ne) yang mula2 bukak citer nih. dia pun dah dapat invitation. bila aku check kat nuffnang punye site, iklan GSF nih dah takde dah. rupanye iklan tu smpi hari ahad jer. patut la aku terlepas. aku tak bape online sgt last weekend. huhuhu. bunyi mcm best jer GSF nih. rasa rugi plak tak dpt join. ajak la aku wei. huhuhu


p/s: agak2 ade chance lagi tak untuk diinvite?? mcm mana ek??

Monday, March 22, 2010

teach me a lesson

assalamualaikum

masa kecik2 dulu org selalu tanya bila dah besar nnt nak jadi ape. masa tu mcm2 jenis profession la jadi pilihan. askar, engineer, arkitek, lawyer (ini cita2 aku masa darjah 6. hehehe.) dan mcm2 lagi la. tapi ade satu profesion yg aku mmg tak penah pilih. nak tau ape?? hehehe. aku tak penah bercita2 nak jadi cikgu. aku tak pasti kenape. 

bila aku dah masuk universiti, baru lah aku sedar kenape aku tak mau jadi cikgu. sebab aku tak pandai mengajar. hehehe. aku jugak kurang sabar kot. sbb tu tak leh jadi cikgu. tak percaya tanye Laila Ashikeen Mohammad. dia selalu mintak aku ajar dia. bila aku ajar, dia ckp dia paham tp mostly aku rasa dia buat2 paham sbb kesian kat aku walaupun sbnrnye dia tak paham pun ape yg aku ajar. huhuhu.

bile dapat keje gomen, igtkan dah tak payah la nak mengajar pape lagi. tp meleset plak jangkaan aku. sbbkan aku nih org IT, kene la ajar bende IT kat org. klu informal tu tak kisah la sgt. tp kene bagi kursus kat org  plak ramai2 plak tu. hmmm. ape nak buat. dah tugas. walaupun tak ikhlas, terpaksa ikhlaskan jugak. tanggungjawab. huhuhu.

bila tgk org lain mengajar, terasa betapa teruknya aku ini sbg seorang pengajar. kesian mereka2 yg diajar oleh aku. kalau ade yang pernah jadi mangsa ajaran aku, sori ler bebanyak kalau aku mengkusutkan kepala korang. i'm not a natural teacher. huhuhuhu.

p/s: satu sbb je aku suka mengajar. sbb dapat elaun. huhuhuhu

Sunday, March 21, 2010

badminton fever

assalamualaikum..

ini bukan demam All-England. bukan jugak demam Piala Thomas. badminton is just another sport i love. dah lama tak main sbb takde partner nak main. dulu selalu gak main tanpa net ngan ofismate lepas joging kat atas bukit kat putrajaya. tp sbb dah lama sgt dah tak joging so dah tak main sgt. ini baru nak renew semula semangat nak main badminton. one of the reason ialah sbb aku dah tak leh main bola or futsal or joging. kenape? sbb aku ade keretakan kat lutut kanan. main badminton nih aku boleh control mcm mana aku gerak. kalau main futsal or bola paham la. klu dah dapat bola tu mmg tak igt ape dah.

disebabkan keadaan cuaca yg tak menentu, aku try main dalam dewan. persekitaran lebih terkawal. takde angin, ribut or hujan. hehehe. dah dua kali main kat dalam dewan nih. best gak. nasib baik ade sparring partner, en layzree. tak ramai nak join kami. tak ramai member yang minat bersukan kot. hehehe. kalau dapat main beregu best gak. lebih seronok kot. the more the merrier, right??

by the way, masih belum terlambat kot nak wish tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei (Juara All-England) and Datuk Nicol Ann David (Juara Squash Terbuka Malaysia). dan Gud luck jugak kepada team Malaysia untuk Piala Thomas nnt. there's no better way to win back the Thomas Cup other than winning it on home soil. all the best.

p/s: majulah sukan untuk negara. hehehe

Belon Udara Panas

assalamualaikum..

sabtu lepas pegi tgk Hot Air Balloon Fiesta kat putrajaya. ni kali kedua diorang buat kat putrajaya. tahun lepas pun berkesempatan pegi tgk dgn sahabat2 dunia akhirat. tahun nih pegi tgk ngan miss fiance. hehehe.

memule plan nak tgk hari ahad pagi. tp memandangkan miss fiance duk kat ampang and takut tak sempat nak tgk belon naik kul 7.45, maka plan ditukar kepada hari sabtu petang. mengikut jadual, belon sepatutnya bertebaran di ruang angkasa putrajaya pada jam 5.30 ptg. so aku ngan miss fiance pun pegi la dlm kul 5ptg. itu pun dah susah nak cari parking. org ramai giler. lebih ramai daripada tahun lepas. belon pun lebih byk dari tahun lepas. 

maka kami pun menunggu lah dgn penuh sabar. dapat plak berdiri barisan dpn kat pagar tu. mmg clear view la. TETAPI, memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu, belon pertama hanya naik hampir kul 6.30 ptg. lenguh gile berdiri menunggu lebih sejam kat situ. namun still tak dapat tgk belon Darth Vader or seluar jeans terbang. hampeh tul. ape nak buat. cuaca di luar kawalan kita. miss fiance seronok dpt tgk belon naik dari dekat. thats all that matters.

p/s: tahun nih ade helicopter ride tp tak smpt nak naik. we'll see how's it gonna be next year. hehehe.

Wednesday, March 17, 2010

life is a maze

assalamualaikum...
balik je dari luar stesen, life resume as usual. cumanya aku tersangat la penat and tak berdaya. sakit blkg and sakit lutut 2-3 hari gak la. tp sakit blkg nih mmg tak ilang2. hadoiyai.

last monday main badminton ngan encik Layzree kat 'Bukit Layzree'. dah lama takde sparring partner badminton nih. so lps nih nak try main dlm dewan gak. mana la tau bleh represent malaysia pi all england edisi ke 200 nnt. hahahahah. just kidding.

actually aku cuma nak bersenam. nak jogging dah tak boleh. nak pegi gym rasa mcm tak berbaloi. so main badminton ringan2 nih boleh la kot. try cuba test dulu. sbb sejak aku tak leh jogging and main futsal nih rasa mcm lemah2 je badan nih.[perut pun dah makin kembang..huhuhu.] sbb dah lama tak exercise kot. so harap2 pasnih feeling better la. insya Allah.

p/s: Bukit Layzree = Taman Putra Perdana, Putrajaya. heheheh

Monday, March 8, 2010

luar stesen

assalamualaikum.

minggu nih aku tak berada di pejabat. tiada di sekitar lembah kelang. aku di utara semenanjung malaysia. menunaikan tugas2 yang perlu. masih melakukan tugas2 rasmi pejabat. arahan yang diterima ialah buat kerja smpi siap. kalau tak siap, jgn balik. huhuhu. baik boss. saya yang menurut perintah.

p/s: semakin jauh semakin rindu. sayang anak tangan2 kan, sayang tunang tinggal2 kan. baru lah bertambah erat kasih sayang. hehehe

Wednesday, March 3, 2010

retirement

assalamualaikum.

smlm pegi klinik and terus refer ke hospital putrajaya. igt nak amik appointment je tp doktor nak jumpa terus. ade retak kat lutut aku. chip fracture at the proximal end of tibia. doktor ckp retak dah lama and almost heal. but still, i'm not allowed to play football or futsal again. i can jog but not on the hard surface and must stop if i feel the pain. so, there it goes. 

hmmm.

p/s: never thought i will not play again. i just love football. ;-(

Tuesday, March 2, 2010

lutut oh lutut

assalamualaikum

smlm aku cuba nak joging sbb dah lama sgt aku tak exercise. bukannya malas tp sbb sakit lutut. sakit tu tak lega lagi tp aku saje nk try test. in the end, aku cuma smpt jog 10 minit jer. my knees hurt badly. skrg aku jalan pun agak terhencot hencot. hmmm. ubat yg doktor suh amik tu mcm tak berkesan. kopi susu kambing yg mak aku suh minum tu pun mcm buat aku makin sakit.

hmmm.

p/s: nak gi klinik. nk mintak refer hospital. klu boleh.