Thursday, December 31, 2009

azam berazam

assalamualaikum.

dalam masa bbrp jam lagi, tahun 2009 akan berlalu dan tahun 2010 akan datang bertamu. setiap kali tiba tahun baru, orang akan sibuk bercakap pasal azam tahun baru. aku?? hmmm. aku tak igt aku pernah ada azam tahun baru ke tak. pada aku, setiap kali tahun baru sama je mcm hari2 biasa. lepas hari isnin hari selasa. lepas tu hari rabu diikuti hari khamis dan jumaat. then hari sabtu and lastly hari ahad. bukannye bertukar pun nama2 hari tu or ade tambahan jadi 8 hari seminggu (macam tajuk lagu plak. heheh). same je kan? hehehe.

bile hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, semestinye umur kita pun semakin meningkat. so, secara tak langsung cara pemikiran dan cara kita melihat dunia juga akan  berubah serta terkesan dengan peningkatan usia kita (fuhh, bahasa. huhuhu). jadi aku rasa tahun ni aku nak buat satu azam baru. satu jer?? yer, satu je. cukup la satu sebagai permulaan. kalau nk buat list mmg la byk. tapi boleh ke tercapai semuanya? haaa. itu yang kita tak tau. hehehhe.

azam aku utk tahun 2010 ini ialah untuk menamatkan zaman bujang aku. insya Allah.
sekian, terima kasih.

p/s: tolong doakan agar dipermudahkan urusan kami ye. amin.

malaysia menang lagi

assalamualaikum.

aku rasa ramai yang tak aware nih. mlm td ade perlawanan persahabatan kat stadium bukit jalil. Malaysia lawan Syria. perlawanan ni sbg persediaan before lawan UAE pada 6 januari nnt untuk Kelayakan Piala Asia. harapan malaysia untuk layak mmg amatlah tipisnye sbb game2 sblm nih asyik kene tapau jer. tapi as people always said, anything can happen in football. bola tu kan bulat. hehehe.

by the way, game mlm td Malaysia menang 4-1. dua gol sepakan penalti jaringan Safiq Rahim, satu gol jaringan Zaquan Adha dan satu gol cantik 'cip' ala francesco totti oleh Gurusamy. hehehe. gol saguhati Syria pun hasil jaringan penalti jugak. walau bagaimanapun, zaquan adha sekali lagi kene buang padang hasil kad kuning kedua sbb celebrate yg melampau kot. lepas score plak tu kene buang padang. huhuhu.

apa2 pun, tahniah buat Skuad Kebangsaan Malaysia. teruskan lah membanggakan peminat bola sepak tanah air mcm aku nih. hehehe.

p/s: ade harapan ke malaysia layak world cup 2018??

Wednesday, December 30, 2009

wajah baru

assalamualaikum...

memandangkan hari ni aku takde keje melainkan menge'test' 20 bijik laptop yg baru sampai kat opis td, maka aku membuang masa dgn mencari2 template baru dan mengeditnye. inilah hasilnya. aku dah lama mencari and nak guna template 3 column mcm nih. cuma sblm nih takde masa nk mengedit. hari ni aku mmg determine nk siapkan jugak dan akhirnya berjaya.

hope you'll enjoy it as much as i do. =)

p/s: yes i am a coffee/caffeine addict. hehehe.

Tuesday, December 29, 2009

layan movie

assalamualaikum...

smlm aku pi tgk wayang ngan sahabat2 dunia akhirat. heheh. dah lama gak aku tak tgk wayang. last hari tu rasanye citer senario. so, bila diorang ajak layan sherlock holmes, aku pun setuju saja. lagi pun mmg takde ape nk buat ape mlm smlm kecuali menonton televisyen. tp takpe, NCIS ngan awan dania tu lain2 kali bleh tgk. hahaha.

aku mmg suka citer bercorak penyiasatan nih. especially cerite yg digarap sebegini. mmg class. dipaparkan ceritanye sepintas lalu kemudian diflashback dengan penerangan yg begitu detail about the mystery. ade action. ade comedy. ade saspen. ade sedih. romantik?? errr..xde sgt kot.. hehehe. nak suh aku review?? sorry. pegi tgk sendiri kat panggung. hahahaha. tp pada aku citer nih mmg best and tak menyesal klu ke panggung untuk menontonnya.

p/s 1: org kata citer avatar best gak. aku layan dvd je. tp sherlock holmes lg mabeles. heheh.
p/s 2: agak2 nnt ade movie detective conan plak tak?? hahaha

Monday, December 28, 2009

karok giler

assalamualaikum...

cuti panjang 3 hari weekend nih bosan gak ar. tak byk aktiviti boleh buat memandangkan musim hujan yg tak menentu skrg nih. wlu bagaimana pun, selain pegi dating dan mengemas rumah, the most notable activity of the weekend ialah berkaraoke. hahahaha.

dah lama meninggalkan aktiviti masa lapang nih. dulu2 rajin gak ar. lokasi ialah superstar karaoke @ alamanda putrajaya. org2 yg menyebabkan aku terjebak ialah Sky0ne, Layzree dan RyCO. hahahaha. bukan sekali, tapi 2 kali dalam tempoh 3 hari. bukannya selalu. berkaraoke nih bagus sbnrnye sbb boleh gak melepaskan rasa tensi di hati selain mengeratkan lagi hubungan sesama kawan2. lagu2 yg dinyanyikan bukannye lagha sgt. lagu nasyid dan berunsur nasihat pun kitorang balun. hehehe. lg pun kami pegi sesama lelaki jer. tiada pergaulan bebas dgn yg bukan muhrim. huhuhu.

p/s: aku tak pandai nyanyi. cuma 'menyumbangkan' lagu.hahahah.

Thursday, December 24, 2009

when roman....

when roman abramovich buy chelsea, i was and i knew chelsea could go further and win titles.
when roman sacked claudio ranieri, i was mad bcoz he is a very good manager.
when roman hired jose mourinho, i was excited. he is a different kind of manager. he bring excitement in english premier league.
when roman sacked jose mourinho, i was pissed off. i care less about chelsea. i didnt watch chelsea match that often anymore.
when roman hired avram grant, i couldn't hate him more becoz avram is an israeli.
when roman hired luiz felipe scolari, im not confident he will be a big success. and i was right when he was sacked after just 36 matches.
when roman asked guus hiddink to be an interim manager after that, i thought chelsea had chance to win something and he did win the FA Cup. but hiddink couldn't stay bcoz of his commitment to the Russian national team. i'm a lil bit dissappointed then.
when roman hired carlo ancelotti, i was brimming with confidence. chelsea will be back as a force to be feared across the world. hehehehhe

p/s: ni entri saje2. bukan entri sampah. hehehe

tidurkan aku

assalamualaikum..

aku ade masalah tdo ke? kebelakangan ni, especially sejak 2-3 hari nih aku susah nak tdo. padahal aku rasa sangat penat. badan aku sangat2 penat. sangat2 letih. mata pun letih. tp aku susah nak tdo. klu aku masuk tdo awal pun aku tak leh tdo. mesti selepas kul 12 baru aku boleh lelap. contohnye smlm. aku dah ready nk tdo dah dalam kul 10 tu. tp tak bleh tdo. puas berpusing2, bergolek2, bertukar posisi tp mata still tak leh lelap. tgk2 jam dah pukul 11.30. last2 aku bgn layan spiderman kat tv2. smpi kul 12 lebih kot. then aku masuk bilik semula. baru lah boleh lelap. itu pun setelah puas dipaksa. betul ke org kata klu penat sgt pun kite susah nak tdo? bukan ke klu penat tu lg buat kite nak tdo?? hmmmm. aku tak nak makan ubat tido. nak pegi klinik pun malas. sbb tensen ke? takkan la kot. maybe i just need a vacation kot. away from work. away from KL. away from kampung. away and alone. spending time just for myself. huhuhu.


p/s: tdo la pukul berape pun, aku tetap akan terjaga sblm kul 6.30 pagi. padahal aku set alarm  tepat kul 6.30. so, tunggu alarm berbunyi la baru bangun. huhuhuh

Wednesday, December 23, 2009

kenape byk keje??

assalamualaikum..

kenape aku byk keje ek? org lain pun byk keje jugak ke? especially dekat akhir tahun nih la. kenape begitu ye? yg betul2 byk keje and buat keje nmpk la busynye. yg sepatutnya byk keje tp nmpk mcm relax nih mcm mana plak? kadang2 tgk diorang relax tu mcm jeles la jugak. nak tanye kang takut dikata laser la plak kan? tp seriusly diorg nih wat keje ke tak? ermmm. klu org lain yg kene buat keje yg sepatutnya dia buat, maksudnya dia tak buat la keje yg sepatutnya dia buat kan? klu dia buat keje yg sepatutnya dia buat, takde la org lain kene buat keje yg sepatutnya dia buat, kan? make sense tak? ke aku dah mengarut dah nih?? hahahaha.

moral of the story: buat la keje yg diamanahkan. klu pun org kat dunia nih tak tanya or tak berkira sgt, kat akhirat nnt kene jawab jugak. wallahu'alam.

p/s: keje tu keje jugak, ibadat jgn lupa. nak kejar dunia, kene bawak akhirat sama. klu tertinggal salah satu, takde maknanye hidup.

Saturday, December 19, 2009

Emas milik Malaysia!!!

assalamualaikum

Keputusan Final : 
Malaysia 1 Vietnam 0

yahuuu. tahniah buat pasukan Malaysia. penantian 20 tahun pingat emas bola sepak sukan sea akhirnya tamat. malaysia menampilkan permainan mantap separuh masa kedua sehingga memaksa pemain vietnam menjaringkan gol sendiri utk gol kemenangan malaysia. aku nk ckp padan muka kat coach vietnam yg sombong lagi bongkak itu. dia ckp malaysia adalah laluan mudah. memperkecil2kan pemain2 malaysia. keeper dah injured pun tak nak bawak keluar. punya la berlagak. hah. padan muka ko. TAHNIAH MALAYSIA!!


aku tgk game nih kat umah. menjerit sorg2. bila wisel penamat ditiupkan, aku pun melompat sama. haahahha. tgk pemain malaysia menangis, aku pun menangis. bile nyanyi lagu negaraku, aku pun berdiri tegak kat dpn tv tu. ahahaha. poyo je kan? lantak la ape org nak kata. dah lama tak merasa dan meraikan kejayaan pasukan malaysia. harap2, ini bukan yg terakhir. dan harap2 kite tak menunggu lama lagi utk silverware yg seterusnya. HIDUP MALAYSIA!! MALAYSIA BOLEH!!!

p/s: aku nk balik kg nih. ade hal emergency. selasa baru balik sini semula kot. take care semua. =)

Thursday, December 17, 2009

meeting tak kira masa

assalamualaikum...

masa itu emas. masa mencemburui kita.

itu la yg selalu kite dgr. tak cukup masa la. tak sempat nak buat la. masa singkat sgt la. dan mcm2 lagi la. disebabkan kesuntukan masa ni jugak lah yg menyebabkan aku kebizian di hujung2 tahun ni. dan mungkin smpi bulan 1 nnt. nak kejar KPI org atas2 tp org bwh2 yg kene tekan.

smlm terpaksa buat meeting kat PD. pukul 8.30 malam sbb nak kejar boss2 yg ade bengkel brainstroming kat sana. boss plak suh datang sana lps zohor. ape nak buat lama2 pun tak tau. klu dpt bilik takpe jugak. nih terpaksa la menumpang bilik org. abis meeting kul 10.30, aku ngan ofismate aku terus balik. tak kuasa dah nak menunggu lama2. aku smpi umah kul 1. hari nih aku masuk opis lmbt sket. kul 9 baru smpi. klu tak sebab ade keje and bende nak kene buat, aku pun nk meng'EL'kan diri hari nih. huhuhu.

next week maybe kene tour ke cawangan di negeri2 di utara sbb ade penghantaran PC. jadual tak finalize lg so tak tau lg la. awal bln januari plak ade bengkel lagi. maybe kat cameron. bunyi mcm best je dpt gi cameron kan? klu pegi mcm tu je takpe gak. tp tidak sebegitu. kene siapkan something untuk dibentangkan masa bengkel tu nnt. some sort of draft of a document. wlupun aku kene buat satu or dua bab jer, still a lot of work need to be done. huhh!

lps bengkel tu pun tak leh relaks lg. sbb kene siapkan dokumen tu by end of januari. so aku sure lps pada bengkel kat cameron tu nnt akan ada lg sesi2 mini bengkel, perbincangan dan mesyuarat. hmmmmm.

bile nak rehat?? bulan februari?? ermmm. bulan feb nnt ade perkara lain plak yg perlu dipikirkan. korang nak tau ape dia?? nnt aku bgtau once dah betul2 confirm. insya Allah. hehehe =)

p/s 1: smlm tertengok cite cucu betong masa tgh layan cendol kat teluk kemang. tertarik dgn quote ini "Yang sedikit itu masa, yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah". Renung2kan dan selamat beramal (baca dgn nada Prof Izzy Haji Ali) heheheh

p/s 2: hari nih final bola sepak sukan sea. malaysia lwn vietnam. live kat tv3. Go Malaysia Go!!!!

Tuesday, December 15, 2009

Malaysia menang!!

assalamualaikum...


Keputusan Semi Final:
Malaysia 3 Laos 1

tahniah buat pasukan malaysia kerana layak ke perlawanan akhir. last time malaysia layak final ialah pada 2001. kat KL. klu tak silap aku masa tu m'sia lawan indonesia. malaysia kalah sbb gol sendiri azmin azram aziz. lps tu nama azmin terus tenggelam. pastu pindah team pahang pakai jersi no 7. ntah pape2 keeper pakai no 7. hahaha.

back to topic. mmg dah lama aku tak tgk live game malaysia. aku tgk game smlm malaysia main ok. cuma bile dah leading 1-0 tu player mula main2. sambil lewa. bile laos dah samakan kedudukan 1-1 baru la kelam kabut nak cari gol lagi. alhamdulillah menang jugak 3-1 hasil 2 jaringan Baddrol Bakhtiar (Kedah) dan 1 gol safiq rahim (Selangor). overall performance malaysia mmg ok tp kene improve lagi lawan vietnam kat final nnt sbb vietnam dah penah kalahkan kite masa group game hari tu.  striker kene improve lagi sbb smlm striker malaysia tak menyerlah. midfielder yg score semua gol. harap2 zaquan adha bleh main final nnt and improve overall performance malaysia.

player yg mencuri tumpuan aku smlm ialah right back malaysia, Kunalan. ntah dari mana dia datang tp aku tgk dia main semangat giler. stamina mantap, laju, tackle tepat dan bersih. hopefully team nih bleh improve lg dan bawak balik pingat emas. aku rasa coach rajagopal pun patut dikekalkan walaupun malaysia kalah final nnt (harap2 menang laa...). jgn lepas satu tournament terus nk pecat n cari coach baru. kene pk masa depan. squad yg ade skrg masih muda dan perlu dikekalkan dan diberi lebih byk pendedahan antarabangsa supaya lebih mantap.

heheheh. sekian dulu. dah macam penulis ruangan sukan plak. nanti lepas final aku update lagi.

p/s: majulah bola sepak untuk negara.

Monday, December 14, 2009

Sukan Sea 2009 [update semi final]

assalamualaikum...

kalau cerite pasal sukan sea, selalunye aku amik tau pasal bola sepak jer. kali ni Malaysia satu Group dgn Timor Leste, Vietnam, Kemboja dan juara bertahan, Thailand. opening game lawan Timor Leste aku mmg yakin takde masalah. M'sia menang besar, 11-0 rasanye. 2nd game lawan Vietnam kalah 1-3. siap ade insiden yg memalukan sbb pemain serang pengadil. ade tanda2 m'sia nak balik tgn kosong lg tahun nih. lepas tu lawan kemboja kite bangkit kembali dgn kemenangan 4-0. Perlawanan terakhir dan penentuan mendebarkan menentang Thailand. Vietnam dah layak ke semi. Thailand hanya perlu seri dgn M'sia tapi kita kene menang utk layak. ntah dari mana datangnya semangat yg berkobar2, malaysia menang 2-1 dan layak ke semi. dah lama rasanya m'sia tak kalahkan Thailand. kemenangan tu sesuatu yg bermakna.

hari ini. Malaysia vs Laos. kelebihan seharusnya milik tuan rumah. tapi doa rakyat malaysia akan tetap bersama pasukan kita. sama2 lah kite berdoa. nak pegi laos dah tak sempat dah sbb game pukul 8 malam nih. nasib baik ada live kat tv2. jom tgk dan berikan sokongan.

p/s 1 : coach Thailand, Steve Darby ckp. "Malaysia Boleh!!"
p/s 2 : wahai team malaysia, tolong la bawak balik pingat emas bola sepak sukan sea. aku tak sanggup tgk bola sepak malaysia diperlekeh dan dicerca lagi. huhuhu

Tuesday, December 8, 2009

Futsal World Tour Road to Africa Part I

assalamualaikum

last saturday, perancangan nak buat futsal ngan member2 uniten akhirnya menjadi jugak. at first mcm tak ramai org je dpt dtg. aku jadi bengang giler bile ade org buat last minit cancelation. sakit hati giler. tp nasib baik la epon ngan hairul datang bawak member2 diorang. so boleh la main sejam. ngam2 cukup org and ade sorang sub. huhuhu.

tukang gambar, rafiqin, tak smpt nak snap gmbr masa tgh main. pancit katanye. so dia snap masa kitorang tgh minum minam kat kedai mamak berhampiran. tu pun tak semua dapat join. ini je yg ada:


tuan punye kamera a.k.a fiqin yg perasan comel...
 
epon dgn kepoyoannye.
 
hairul dgn muka konon ganasnya.

tokan the otromen. heheh.
 
last but not least, organizer yang berjaya. hahahaha

nantikan sambungan Futsal World Tour Road to Africa Part II yg akan datang. mungkin dalam bulan Januari atau Februari.

Wednesday, December 2, 2009

korban dan kawin

assalamualaikum.

hari raya korban yg lalu biasa saje. yg buat luar biasa sket sbb makngah, paksu and their family beraya kat umah aku. jarang2 berlaku tu. hehehe. tahun nih tak wat korban and tak pegi pun tgk korban. sgt2 penat sbb baru balik dari lumut hari tu. pagi raya je pegi berjalan2 ke rumah sedara mara. ptg jumaat and the whole saturday duk umah jer. ptg2 sabtu tu ade buat bbq sket. makan tak igt. maklumlah daging korban byk. huhuhu.

hari ahad. kenduri kawin sepupu aku, Mohd Hairul Fiza bin Musa a.k.a fiza. aku pegi umah dia kat keratong dari pagi. ramai gak sedara mara jauh and dah lama tak jumpa yg dtg. fiza nih sebaya ngan aku. so bile dia dah kawin, automatically diorang akan tanye bile plak giliran aku. semua yg kenal akan tanye aku atau mak aku. ade yg aku jawab dgn senyuman atau sekadar perkataan insya Allah. ada jugak yg aku kabarkan insya Allah tahun depan kalau ade rezeki. letih gak nak menjawab. lebih2 lagi bile ditanye di depan pengantin. huhuhu. kalau ade rezeki nnt ade la. tolong la doakan sama ye. heheh.

p/s: aku tgk fiza kurus keding je. lupa nak pesan kat wife dia suh bg dia mkn byk2 bagi kembang sket. hahahah.