Wednesday, January 27, 2010

jual ikan

assalamualaikum..

orang yg pentingkan diri sendiri nih mmg hampeh kan?? kalau tiba masa dia  susah bukan main baik lagi mintak tolong. manis mulut dari madu. lembut gigi dari lidah. kadang2 tu buat muka kesian macam dah terdesak sgt2. kalau tgk pun lebih kesian dari pengemis kat pasar malam serdang tu. tapi bile smpi time kite, dia buat tak tau jer. buat bodo je (maybe dah mmg bodo kot). mcm takde pape je. bukan la nak mengharapkan balasan atas pertolongan yg diberikan. tapi tolong la pk sket. mmg la kite buat keje masing2 tapi kite buat bende yg sama. apa salahnya aku tlg ko, ko tlg aku?? perjalanan masih jauh nih. byk lagi tak siap. tu pun tak leh pk ke?? tak ke mementingkan diri sendiri namanye tu???

p/s: aku sgt sakit hati smpi tak lalu nak makan durian padahal aku nih sgt suka makan durian. demmit!!

Tuesday, January 26, 2010

Spring value

assalamualaikum.

hmmm. keje mmg tak penah abis kan? sepatutnya aku ade perbincangan dan semakan satu dokumen dari hari isnin smpi hari rabu. sepatutnya buat kat ofis jer. tp smlm ade bos2 yg tak selesa buat kat opis. tak leh concentrate lah. asyik pk nk balik lah. so they decided utk buat kat Nilai Spring Golf and Country Club. hari nih check-in lepas lunch. kene bayar sendiri dulu. claim kemudian. adoiyai. letih arr camni. nasib baik dapat rate yg aku boleh claim. sblm tu diorang ckp harga bilik twin sharing pun RM290 per head. terus aku ckp aku tak nak pegi. pastu ntah mcm mana diorang nego bleh dapat RM160 per room. hmmmm. terpaksa pegi gak. hari khamis baru balik. hmmmmmm.

p/s: seriusly letih gile and tension gile. cuti banyak tapi boss susah nak approve cuti. and tak adil!!!! arghhhhh!!!!!

Saturday, January 23, 2010

hectic

assalamualaikum

hari yg agak bizi. sgt bizi. dari pagi smpi ke petang. pegi refund celcom broadband aku yg dah seminggu takleh activate. terpaksa pegi branch kat taman connaught. menyusahkan betul. then gi amik adik aku kat uniten. pastu pi makan kat lot 10 abu bakar baginda. then gi servis kete cik yah kat seri kembangan. then pegi cari kedai kat reko sentral tapi tak jumpa sbb kedai tu dah tutup kot. pastu pi plaza metro kajang. 4-5 kedai gak la masuk tp tak berkenan. last2 pegi kat metro point kajang. kat situ je ade yg berkenan. wlupun over bajet tp amik jugak la sbb its worth it. sekali seumur hidup je. pastu pi hugo jap buat no plat and tukar wiper. then gi alamanda sbb nak register broadband utk adik aku. pastu gi makan then terus balik umah masing2. kul 8 lebih gak la aku smpi umah. huhuhu.

p/s: penat gile tp hepi. please pray for us.

Friday, January 22, 2010

artis arthritis

assalamualaikum...

aku baru balik dari klinik. lutut aku yg injured hari tu masih belum pulih lg. aku risau takut kene gout sbb ayah aku mmg ade gout and aku tahu yg gout nih penyakit keturunan. luckily doctor ckp aku bukan kene gout tp just arthritis. so dia bagi ubat tahan sakit and dia sarankan aku makan glucosamine. yg nih kene beli sendiri sbb hospital/klinik kerajaan mmg tak supply ubat nih.

p/s: hopefully this arthritis problem wont get worse.

Tuesday, January 19, 2010

macam macam

assalamualaikum...

aku tak tau nak citer ape sbnrnye tp aku nk citer jugak. tp aku tak tau nk citer yg mana satu sbb byk sgt bende nak citer. ape yg korang nak aku citer ek? ermmm. tak yah cite la sbb byk sgt bende yg nak citer. adehh. ape aku mengarut nih.

smlm adik aku hilang purse dia kat uniten. dah pegi wat report. IC ngan kad ATM je hilang. tp duit pun hilang gak. nasib baik xbyk duit dlm tu. and of course la purse dia pun ilang sama. sbb duit, IC ngan kad ATM tu dia letak dalam purse dia. ermmm. tp td aku dah bgtau yg dia ilang purse kan? adehhh. igt nk bawak dia gi wat IC baru arini tp tangguh dulu. biar dia cari dulu dekat sekitar tmpt kejadian kot2 si pencuri buang IC dia kat dalam longkang ke tong sampah ke. mana la tau kan. kompaun RM110 tau klu nk wat IC baru. huhuhu.

p/s: 3 weeks and 5 days. dugaan dan rintangan dah pelbagai ku lalui. mohon diberi kekuatan hingga selesai semuanya. amin....

Saturday, January 16, 2010

low yat pakistani

assalamualaikum

smlm aku cuti and aku pegi lowyat plaza sbb adik aku tergedik2 nak laptop baru. aku pegi dalam pukul 10 lebih time kebanyakan kedai baru nak bukak. so tak ramai crowd and aku pun tak pening sgt. lgpun aku mmg tak berape gemar klu crowd ramai2 and ditambah plak ngan keadaan kecederaan lutut aku yg masih belum sembuh menyukarkan lagi pergerakan aku.

eh. tp bukan pasal itu yg aku nk citer. aku nk citer pasal perubahan suasana kat lowyat tu. ye la aku pun dah lama gile tak gi sana. ape yg aku perhatikan, makin byk org pakistan yg kerja and berniaga kat situ. walaupun masih dimonopoli oleh kaum cina, kehadiran org2 pakistan mmg signifikan la. boleh perasan. hairan aku. org melayu dah tak ramai. kenape jadi mcm tu ek? hmmm. kalau tauke cina pun mesti pekerja dia org pakistan. nak jumpa org melayu mmg payah la. trend baru kot. ke aku yg ketinggalan zaman. huhuhuh.

p/s: netbook acer aspire one utk adik aku. white color. aku jugak yg kempunan. =)

Thursday, January 14, 2010

satu bulan

assalamualaikum...

dalam masa satu bulan nih banyak bende akan berlaku. byk mesyuarat, bengkel dan perbincangan. byk  jugak kene pegi outstation. nasib baik aku bleh lewatkan sket sebahagian tugas luar tu ke bulan 3 nanti. kalau tak, mmg pack gile jadual aku.

the most important thing so far will happen exactly 1 month from today. hoping that all the preparation will going as smooth as planned. do pray for it and please pray with me. thanx.

p/s: entri pendek jer. panjang2 nnt org bosan nk baca. hehehe

Monday, January 11, 2010

futsal dan kaki

assalamualaikum

sabtu lepas ade sambungan dari siri futsal yg aku buat bulan lepas. Road to South Africa Part 2. tapi kehadiran kali ini agak mengecewakan. cuma 8 org je dtg. memula tu ramai yg cakap boleh turun. tp ramai yg cancel last2 minit. ade yg demam, anak meragam, ade dinner company, ade kenduri baca yassin, keje. macam2 lagi la. yg bg alasan kakak ipar beranak pun ade.huhuhu. nak wat camne. korang mintak aku buat, so aku buat la. tp bile aku buat, korang plak susah nk dtg. so utk part 3 nnt mungkin lmbt sket la aku buat. tgk la mcm mana.

memula aku mmg nk dtg tgk jer sbb aku belum fully recover dari injury hari tu. tapi dah bilangan yg datang amat2 lah mengecewakan, aku terpaksa lah main jugak. main gol kecik jer. memula 3 vs 4. then member aku, RyCO dtg. boleh la 4 vs 4. tp dia main kejap je sbb baru lepas pekena nasik ayam man chong kam (betul ke aku eja nih??) kat setapak. sbnrnye dia pun dtg nak tgk jer tp aku paksa dia main. so smpt lah dia main kejap namun terpaksa berhenti sbb hampir2 terkeluar balik nasik ayam tu. heheheh.

back to the topic, kesudahannya kaki aku nih makin sakit gak la. salah sape?? salah org yg tak dtg dan menyebabkan aku terpaksa main or salah aku sendiri sbb main jugak?? tp aku terpaksa main sbb ramai tak dtg. tp kaki ni kaki aku, takkan aku nak salahkan org lain plak kan? so sama2 la kite renungkan. huhuhu.

p/s: klu aku pakai tongkat mcm faizal tahir guna masa AJL smlm tu ok kot. kan? hehehehe

Friday, January 8, 2010

tanah tinggi

assalamualaikum...

aku tak penah pegi tanah tinggi. rasa mcm jakun tak?? hahahaha. hari tu aku ade bengkel kat cameron. first time naik cameron. sejuk la jugak. tp takde la excited sgt sbb aku tau akan penat wat keje. penat drive tak abis lg tmbh lg penat keje sbb aku pun urusetia. first nite tu abis kul 1 pagi. then next nite tu abis kul 12.30am. on the way nak balik je sempat menyinggah nak beli souvenier ke ape. oleh sbb aku tak tau nak beli ape, aku beli jer strawberry. aku bg kat JMD, adik aku kat uniten, makngah yg dekat ngan umah aku tu, awek aku and adik2 aku kat umah aku tu.

letihnye toksah cakap la. aku smpi cramp blkg aku nih. dah la drive dlm 120kmj jer. klu naik kete aku bawak 120 tu mmg dah agak laju la. tp aku drive Toyota Fortuner. 120 pun rasa mcm 90. takleh nk laju sbb kete boss ade kat dpn. tp berjaya gak la berpakat ngan penumpang fortuner tu and buat trick so aku dapat potong kete boss and tekan smpi 140-160kmj. huhuhuhu. AMARAN: Do this at your own risk!!

lps nih ade bengkel kat JB plak. akan kebizian kerja sampai bulan februari nnt. tak tau la mcm mana aku nak uruskan personal matters aku. ade lebih kurang sebulan saje lg nih. semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku. amin....

p/s: bile la lutut aku ni nak baik nih. ade petua2 lain tak? huhuhu

Sunday, January 3, 2010

injury

assalamulaikum.

in the past few days, I've been hit by injuries. the first happened last wednesday when i was playing futsal with my fellow colleagues. i thought i damaged my knee ligament. so i went to see a doctor the very next day. i was relieved when the doctor said i wasn't the ligament. he just gave me a painkiller, something for the my swelled knee (which i dont think it swelled) and a cream to rub the knee. hope it will get better in time because i have another futsal game this coming saturday. hehehe.

and tonight, i went out with the JMDs. we went 'karaoke-ing' (is there such word??) at alamanda. when we're done, after paying the parking ticket, i accidentally hit something on the safety fence along the pavement. i hit it hard, on my head. as a result, i got a small cut on my forehead. right on my right eyebrow. it does hurt but nothing bad. just a small cut, little bruises, some blood and that's all. =)

what a week. maybe i'll write about what i do and felt on the first 2 days of 2010 later. maybe. can't promise that. =)

p/s: first time writing an entry with full english (or was it 'fool'??) huhuhu. hope i'm doing fine. care to drop your comments, please.