Wednesday, February 25, 2009

Edisi Rempit berakhir dengan kecederaan

assalamualaikum

hari ni hari malang aku kot. pagi td hujan. aku dah terpk nk ponteng dah tp malas la pulak sbb ade meeting and tak smpi hati nak menipu boss aku. so aku pegi la mcm biasa. at first hujan dah benti dah. tp smpi kat flyover bangi tu aku terpaksa gak benti utk pakai baju hujan. then nak jadi citer, b4 naik ke parking, aku tanggalkan dulu baju hujan tu. then baru bawak moto naik parking. masa nak naik tu la aku terjatuh sbb kelicinan simen itu yg digenangi air. luka kat tangan and lutut. aku buat biasa je masuk ofis. baju kotor sket tp org tak perasan. suar pun tak koyak. bile tanye aku kenape aku nmpk suram je baru aku bgtau aku jatuh motor. then beria2 la akak2 tu suh aku gi klinik. memule tu malas gak tapi last2 aku gi je la. cuci2 luka, amik ubat, dapat MC. so boleh la balik umah. hehehe.

nak dijadikan cerite yg lebih menarik, on the way balik tu aku lupa nak isi minyak motor. kesudahannya, aku menolak la motor tu dari roundabout kat uniten tu smpi la ke petronas dekat situ. huhuhu. dah la sakit lutut, kene jalan jauh plak tu. aduss. sabar je la. cobaan. hehhe.

hari ni kete aku dah siap. jap lagi nk gi amik so pasni naik kete semula. edisi rempit berakhir dengan kecederaan. huhuhuu.

p/s: aku terpaksa solat secara duduk bersila. sakit lutut nak sujud. :(

Monday, February 23, 2009

Maturity

assalamualaikum..

maturity. what defines maturity? what makes a person matured? age? looks? life experience? hmmm. i have no idea. just today, someone said that i seems to be more matured than a 30 years old guy. errmmm. i'm only 26 this October. am i look that old? older than my age? what makes her said that? its not that im offended, im actually flattered.

its not the 1st time people said that to me. most people who starting to know me would ask me twice when i told them my age and im not yet married. there are also person that asked how many children i had. i just smile and said im still a bachelor. heheh.

if you know me, you would have sumthing to say about this right? if you dont, its okies. let me just tell you why i think they thought im older than my age. ermmm. but on second thought, i think i shouldn't. im afraid there would be misunderstanding if i spill my thought.
so, thats it. why people said my maturity doesn't suit my age? i'm still wondering.....

salam.

Sunday, February 22, 2009

Edisi Rempit bermula

assalamualaikum...

aku baru sahaja menghantar kereta kesayanganku ke bengkel utk dibaikpulih. ye betul. kesan kemalangan slps hari raya aidilfitri yg lalu masih belum aku baiki. bukannya ape, tak cukup modal. hehehe. setelah bbrp bulan menabung, akhirnya modal yg diperlukan pun mencukupi utk mengizinkan aku menghantar kereta ku itu ke bengkel. tauke tu ckp dalam 3-4 hari siap lah. nasib baik lah tak lama sgt.
so mulai esok aku akan merempit dgn egonye. eh. eh. silap. dengan Yamaha Ego yg baru itu. hehehe. lepas kete aku siap nnt, Ego tu akan ku kirimkan ke kampung. sbb Ego tu sbnrnye utk adik aku. tapi sbb pakai nama aku, so, aku la yg rasmi and lenjan dulu. hehehe.
alang2 aku dah menaip nih, meh la citer panjang sket. hari rabu hari tu aku balik kg. aku cuti 3 hari. aku balik kg sbb nak anta adik pompuan yg tinggal ngan aku tu. dia cuti semester sebulan. so dgn happy nye aku anta la dia balik. sbb lepas nih aku merdeka lone ranger sebulan. tak yah bgn awal2 nk anta dia gi kolej pagi2 and tak yah bersesak sesak dgn jem nak amik dia balik dr kolej. dan jugak tak payah susah2 nak pk makan minum dia kat umah. hehehe. dapat la aku relax walau hanya sebulan. penat woooo. kalau korang duk tempat aku korang tau la. tp bagi yg dah kawin tu maybe perkara biasa la kan? cuma aku nih bujang lagi. single lagi plak tu (eh. terpromote plak). hehehe. tp tanggungjawab yg aku pikul nih rasa dah macam bapak org dah. huhuhu. bukan nak merungut atau menyesal dgn takdir. cuma sekadar melepaskan dan meluahkan apa yg terbuku di hati. harap korang semua paham and jgn lah salah paham.

berbalik pada cerite kampung aku td. terkejut aku bile tgk tiang terpacak kat tepi rumah. rupa2nya mak aku nak besarkan rumah. hari tu ckp ngan aku nak sambung dapur jer. tup2 aku balik tgk2 bukan saja dapur, tapi smpi ke ruang tamu. ish ish ish. mak mak. buat persediaan nak sambut menantu ke? huhuhu. errr. bukan aku tau. adik lelaki aku. aku belum ada calon lagi. hehehe. tak kisah la. asalkan mak bahagia.

petang2 mengisi masa lapang bermain badminton ngan adik2 aku. dah lama rasanye tak pegang raket. raket aku masa zaman sekolah dulu pun ade lagi. teringat masa kecik2 dulu bermain badminton dgn pagar rumah sbg net. heheheh.

itu jelah aktiviti aku selain anta and amik adik bongsu aku tu sekolah agama. selebihnya aku cuma tdo jer. maklumlah tak baper sihat sgt. batuk tak habis2. ubat batuk mak aku pun smpi licin sebotol aku hirup. heheheh. aku balik nih siap dibekalkan madu ngan ubat sakit tekak lagi. sbb suara aku dah tenggelam timbul. betapa teruknya batuk aku smpi menjejaskan peti suara aku. smpi takde suara. huhuhu.

hari sabtu malam plak pi melepak kat area2 Gombak. kat Mali's Corner. dgn geng2 JMD & WiSE. aku call hairul ajak lepak sekali tp malu2 kucing plak mamat tu. pekene char kuey teow kat situ mmg masyuk ler. lepak situ dari kul 9.30 smpi kul 11. pastu gerak pi Danau Kota plak. dgr2 cite kat situ ade burger stall yg masyuk. Zam Burger nama dia. mmg macam2 ada. burger king lah queen lah. pastu hot dog foot long. perghhh. mmg terliur la. aku pekene burger queen dia mmg sedap lah. lain kali boleh pi lagi. hehehe. kul 12.30 baru gerak balik. dekat kul 2 pagi baru smpi rumah. huhuhu. mmg happening lah kawan2 aku. aku sayang korang semua. hehehe.

tapi.........ermmmm. takpe lah. takyah lah cite yg syahdu syahdan tu. biarlah tak siapa yg tahu gejolak di dunia batinku. zahir kau lihat bukan segala gala.

chewah. madah berhelah plak aku di hujung minggu nan kesepian nih. hahahaha. layankan ajer.

salam.

Friday, February 13, 2009

C.i.n.t.a. dari kaca mata R.i.n.o

assalamualaikum...

cinta. minggu nih dgr hotfm asyik ckp pasal cinta jer. pagi nih duk pasang plak lagu2 cinta. maybe sbb esok hari kekasih kot. so tema minggu nih pun pasal cinta jer. smpikan aku tgk Ally hari tu pun citer pasal cinta sejati. tp aku tak tgk sgt sbb masa tu aku dah mkn ubat batuk and dah ting tong dah. tp smpt la dgr si Jue Aziz ngan Wan Nor Azlin tu bercerita smpi nangis2 pasal cinta lah ape lah. actually topik nih mmg menarik utk diceritakan. tp memandangkan aku skrg nih kat pejabat, so tak leh ar nak gebang2 sgt. kalau aku rasa nak citer nnt aku citer la. klu aku dah takde mood nak citer tu maknanye sampai setakat nih je lah kisah cinta kita. hehehe.

*****************************************************************

Ada apa dgn cinta?
mengapa harus cinta?

menyayangi seseorang hanya kerana rasa hati yg ingin menyayanginya tanpa dapat menyatakan sbb yg khusus?
dapat merasai apa yang dirasakannya tanpa perlu si dia menyatakannya?
cemburu bila mendgrnya bercerita pasal lelaki lain walau hanya seorg kawan?
cemburu bila si dia melayan lelaki lain walau hanya seorg kawan?
sanggup melakukan apa saja utk membuatnya gembira/bahagia?
sanggup korbankan rasa hati sendiri demi menjaga hati si dia?
sentiasa ingin bersamanya?

apa sahaja yang anda fikirkan cinta, maka itulah cinta. cinta untuk aku mungkin tidak sama dgn cinta yang kamu ada. namun, hakikat bahawa cinta mampu mengubah manusia tak pernah berubah. perubahan yang bagaimana? bergantung kepada sang pencinta itu sendiri. bergantung kepada bagaimana dia mentafsirkan cinta dari kaca mata, rasa hati dan akal fikirannya. cinta itu luas. terokailah ia.

cinta pernah mengubah aku. dan aku percaya hidup setiap orang pernah disentuh oleh cinta. bagaimana ia menyentuh dan disentuh yang mungkin berbeza. dan bagaimana ia merubah seseorang juga berbeza. cinta telah banyak kali mengubahku. bagaimana ia mengubahku, biarlah tak siapa yang tahu. aku cuma insan biasa yang kadang2 perlukan cinta sesama insan untuk terus membelah kehidupan penuh berliku di dunia fana ini. cinta mengajar aku mengenali dunia. cinta mengajar aku mengenali hati budi manusia. cinta mengajar aku mengenali pe'el adam dan hawa. cinta mengajar aku mengenali fitrah insan. cinta itu adalah fitrah manusia. cinta itu adalah kita. cinta tidak buta tapi pencinta yang buta. cinta tidak merana tapi pencinta yang memilih untuk merana. cinta itu suci dan mampu menyucikan hati nurani. cinta yang luhur lahir dari hati yang kudus. sucikan hatimu dan insya Allah cinta itu akan hadir tanpa kau sedari.

terima kasih cinta.

Wednesday, February 11, 2009

more pain

assalamualaikum...

demam dah kebah. pening kepala pun dah hilang sket2. tp skrg nih aku menderita batuk dan migrain plak. batuk yg sgt teruk. setiap kali batuk aku akan rasa migrain. Hanya Tuhan yang tau apa yang aku tanggung ini. mmg sudah lama aku tak sakit seteruk ini. ujian kali ini betul2 mencabar kesabaran dan ketahanan ku.

aku ngaku sblm2 nih aku penah mintak utk sakit. dan skrg Allah dah tunaikan permintaaan aku tu. baru aku tau betapa sepatutnya aku bersyukur bila dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. kenapa aku mintak sakit? ermmm. ntah la. sbb nak tau kot sapa yg sbnrnye care or peduli ttg aku nih. dan sepanjang aku sakit seminggu dua nih, aku dah tau dan dapat rasa sapa sbnrnye yg betul2 amik berat pasal aku. huhuhu. sadis je aku nih kan? hehehe. but its true. kalau aku tak sakit, i would never know. rite? kalau setakat ckp, or tanya, sape2 pun bleh ngaku. when it really happens, you'll know who's telling the truth and who's just saying it for the sake of saying it. bak kata Nabil Raja Lawak, Lu pikir la sendiri!!

p/s: Gud Luck to sape2 yg amik exam SPA this or next week, especially to Tina and Lels.

Saturday, February 7, 2009

perpisahan ini menyakitkan

assalamualaikum....

yer. hari yg agak menyedihkan buatku. setelah lebih 7 tahun bersama mengharungi suka duka hidup bersama, aku terpaksa jua merelakan permegiannya pada hari ini. bukan atas kehendak ku namun aku harus memaksa diriku utk menerima hakikat bahawasanya hubungan kami tidak lagi berpanjangan. semuanya atas kehendak ibuku. kerana menghormati kedudukannya sebagai seorang ibu, aku turutkan jua kehendaknya agar kami berpisah.

lebih sadis lagi, kami bkn sahaja berpisah tetapi tmptnya telah digantikan dgn pilihan hati ibu. aku tak mampu mahu menolaknya kerana ibuku yg akan mengeluarkan dan menanggung segala persiapan dan perbelanjaan termasuk bayaran hangus. kerana dia ibuku, aku redha. aku tak mampu lagi menolak kehendak ibuku apatah lagi melihat dia begitu bersungguh2.

aku pasrah.


- akan ku kenang segala jasa baktimu selama ini. (*sori takde gmbr terbaru waktu kite berpisah...huhu)


inilah pengganti barunya. red and black. but its not mine for long. kene anta balik kg. its for my sister. huhuhuh.



p/s: jgn marah aaaa. heeheehee

Friday, February 6, 2009

weak week

assalamualaikum..

minggu nih aku tak pegi keje. demam dan kesakitan kepala yg melampau. hari selasa aku amik emergency leave, rabu aku MC, khamis dan hari nih sekali lagi EL. demam aku dah kebah hari rabu hari tu tp sakit kepala aku tak hilang2 lg. makin teruk plak bile aku tak leh mkn ape2. bile aku nk mkn jer terasa nak muntah. even mkn kerepek 2-3 keping pun rasa nak terkeluar balik. klu mkn nasik, aku boleh paksa makan sesudu jer. tu pun sbb nk mkn ubat. pastu dah rasa nk muntah dah. mlm td mak sedara aku antakan mihum sup. aku dpt rasa 3-4 sudu jer sblm rasa nak muntah. agak kronik gak masalah kepala aku nih. igt nak pi klinik lg jap lg. itu pun klu larat la nk drive jap lg. sgt2 pening.

Monday, February 2, 2009

worst ever

assalamualaikum...

it has been 3 days since i've been hit by this fever. as i remember, this is the worst ever fever that i had suffered. the headache is killing me. after taking meds, i felt better but after a few hours, its getting worse again. all i can do is lying on bed for the whole day. its really tiring but i can't get up that easy so i only get up for prayers and meals. i force myself to take some meals coz i had to take the meds. thats wut a friend of mine had advice me. i thought i could go to work tomorrow but with my situation here, i don't think i'll be able to do that. i'll went to another clinic tomorrow coz the doctor said if the fever isn't decreasing in 4 days, i have to take a blood test. just to make sure dat i didn't get dengue. hopefully not.

Lels, aku mintak maaf sgt2. mmg aku tak smpt beli ape2 souvenier pun. family aku yg kirim bermacam2 pun aku tak smpt nak belikan. kasihi dan kasihanilah abg mu yg sedang terlantar sakit ini.

Sunday, February 1, 2009

Demam

assalamualaikum...

aku baru balik dari Sarawak bbrp hari lepas and semalam aku dilanda demam yg amat teruk smpi ke hari ini. aku rasa dah sgt lama aku tak kene demam seteruk ini. sgt2 lama. ntah kenape aku bleh demam smpi mcm nih sekali. mungkin kene hujan kot. kepala sgt sgt sgt sakit smpi tak mampu nak bangun. seriusly tak larat nk bgn. aku yg selalunye malas nk pi klinik terpaksa jugak pegi klinik kerana tak tertanggung rasanya sakit ini. terpaksa lah aku seorang diri memandu mencari klinik yg bukak pada hari ahad nih. dapat lah 3 jenis ubat. huhuhu.

about my trip to sarawak. wasn't the best. no time for leisure. ye la, pegi pun sbb keje kan so buat keje je la. tp mmg betul2 keje like hell. penat gile. tak smpt nk pi mana2 or beli ape2. huhuhu. pics nnt aku post ye.

salam