Thursday, November 25, 2010

Ayahanda gering

assalamualaikum.

seminggu sebelum raya haji, bonda minta supaya ayahanda dibawa pulang ke kampung. untuk cuba berubat kampung dan ikhtiar lain. boleh jugak org2 kampung dan kawan2 ayahanda datang ziarah di rumah.

aku balik kampung pada hari jumaat. raya ketiga. aku tgk pernafasan ayahanda makin susah. turun naik dada dan bunyi dari paru2 pun makin kuat. aku rasa kahak byk ditekak ayahanda. bonda ckp baru sehari mcm tu. esoknya panggil MA di Klinik kesihatan utk dtg tgk keadaan ayahanda. dia suh bawak ke hospital. aku naik ambulan bersama ayahanda ke hospital. adik aku ikut naik kete.

Allah Maha Mengetahui. ambulan yg aku naik tu eksiden dalam perjalanan ke hospital. kuat jugak aku rasa hentaman tu. katanye langgar sebuah kereta yg nak masuk simpang. nasib baik tak terbalik. aku jatuh dari kerusi. ayahanda takde pape.

oleh sebab hospital rompin kurang kemudahan, ayahanda dirujuk ke kuantan. bonda naik ambulan bersama ayahanda. aku dan adik2 naik kereta. ayahanda dimasukkan ke wad kecemasan dan kemudian ke wad perubatan.

pernafasan ayahanda masih tak stabil hingga hari ini. buah pinggang dah ok sket. aku cuma mampu bersabar dan berdoa. begitu jugak dgn ahli keluarga yg lain. skrg nih keluarga aku tumpang umah makteh aku di Sg Lembing, Kuantan. aku plak terpaksa ulang alik putrajaya-kuantan skrg nih. cuti dah tinggal sket, so terpaksa la masuk keje. hmmmm. sabar je la.

p/s: speechless.

5 comments:

::LaYzR3e:: said...

banyak2 bersabar nirel....aku doakan yg terbaik utk ko...aminn

Saiyed said...

tq sahabat....

Sky0ne said...

aku pun kirimkan doa jugak dari jauh...

ainisya said...

byk2 bersabar..
and be careful time travel KL- kuantan tu..sgt jauh n boleh terlena..

Saiyed said...

sky: thanx..

maya: tq for the reminder...mmg sgt meletihkan...