Showing posts with label music. Show all posts
Showing posts with label music. Show all posts

Monday, April 26, 2010

Akademi Fantasia vs American Idol

assalamualaikum.

i used to watch AF. tapi semakin lama aku semakin muak nak tgk AF. byk  sgt drama dan cite yg mengarut2 yg dipaparkan melalui diari. pengacara pun makin bosan. kalau ade peminat AF yg marah dgn statement aku nih pun aku tak kisah. aku cuma menyuarakan betapa dangkalnya cara program realiti hiburan di malaysia mengaut keuntungan. aku merujuk khusus kepada AF. sbb AF la antara yg paling popular pun. 

amatlah berbeza bila aku tgk American Idol. mmg program nyanyian semata2. takde drama2 bercinta la apa2 laa. i was so amazed with the talent the have and the way the show is presented. ok la. klu korang cakap American Idol tak leh nk banding ngan AF sbb itu kat Amerika, kita kat Malaysia. cuba tgk Malaysian Idol. tak jauh beza dgn American Idol. konsepnye sama. takde drama2 bercinta la itu la ini laa. naik muak la tgk mcm tu. klu nak tgk kisah2 tu baik tgk Cerekarama ke, Akasia ke. drama Adamaya tu lagi layan. huhuhu.

p/s: MyStarz LG ok gak tapi bakat yg masuk tu tak seberapa la aku rasa. sori la yer. just my 2 cents opinion. hehehe.


Wednesday, March 11, 2009

Sahabat Sejati - Tribute to JMD

Assalamualaikum...
a tribute to my friends...
teman ketika senang dan susah....
teman ketika suka dan duka....
teman ketika bahagia dan lara...
teman sejati......

Terima kasih JMD, sahabat sejati dunia akhirat.


Sahabat Sejati by Sheila On 7


Sahabat sejatiku, hilangkah dari ingatanmu
Di hari kita saling berbagi
Dengan kotak sejuta mimpi, aku datang menghampirimu
Kuperlihatkan semua hartaku
Kita s’lalu berpendapat, kita ini yang terhebat
Kesombongan di masa muda yang indah
Aku raja kaupun raja
Aku hitam kaupun hitam
Arti teman lebih dari sekedar materi

Pegang pundakku, jangan pernah lepaskan
Bila ku mulai lelah… lelah dan tak bersinar
Remas sayapku, jangan pernah lepaskan
Bila ku ingin terbang… terbang meninggalkanmu
Ku s’lalu membanggakanmu, kaupun s’lalu menyanjungku
Aku dan kamu darah abadi
Demi bermain bersama, kita duakan segalanya
Merdeka kita, kita merdeka

Tak pernah kita pikirkan
Ujung perjalanan ini
Tak usah kita pikirkan
Akhir perjalanan ini

Tuesday, January 20, 2009

AJL 23 - dari halwa telingan dan kaca mata ku

assalamualaikum...

Anugerah Juara Lagu ke 23. memandangkan hari ahad yg lalu aku hanya terperuk di rumah, maka dapatlah aku melayan AJL tahun nih. tahun lepas tak sempat layan live. layan ulangan jer. komen aku? sepanjang aku menonton persembahan AJL saban tahun, aku rasa persembahan2 tahun ini adalah yang terbaik secara keseluruhannya. dari segi perjalanan aturcara juga byk berubah dan tidak lagi meleret2. itu yg aku suka.

keputusan? hmmmm. kemenangan kepada Farahwahida melalui lagu ciptaan Julfekar, Persoalan Cinta bagi kategori etnik kreatif adalah di luar jangkaan aku. aku igt Doa Dalam Lagu dari Zahid dan Heliza boleh menang. mungkin sbb lagu tu je yg aku biasa dgr berbanding Persoalan Cinta dan Dusta Berkala nyanyian Aiman. no harm done.

persembahan terbaik milik Faizal Tahir. aku rasa mmg layak dia dapat sbb aku rasa penyampaian lagu Sampai Syurga tu mmg diberikan 100% dan disampaikan dgn penuh penghayatan. aku yg duk kat umah tu pun rasa sampai ke hati la dgn cara dia sampaikan lagu tu. siap bagi standing ovation lagi padahal aku tgk sorg2 je kat umah. huhuu. keesokannya aku dgr HotFM AM Krew yg membincangkan soal AJL nih. ade pendengar kata Meet Uncle Hussain(MUH) or Stacy yg patut menang persembahan terbaik. pada aku, Stacy boleh menang kalau AJL ialah pertandingan nyanyian. tapi AJL adalah pentas utk mencari LAGU TERBAIK, bukan sekadar nyanyian. MUH jugak boleh menang jika Lan (vokalis) menghayati lirik lagu itu dan menyampaikannya dengan penuh perasaan. namun Lagu Untukmu adalah lagu genre rock dan wajarlah disampaikan dengan penuh semangat dan kesungguhan. so, pada aku kemenangan Faizal Tahir bagi persembahan terbaik adalah tepat.

Vokal terbaik juga milik Faizal Tahir. agak mengejutkan sbb aku ingat Ziana Zain boleh mng kategori nih. tapi mmg tak dinafikan vokal Superman Malaysia nih mmg antara yg terbaik.

Kategori Balada, Sampai Syurga by Faizal Tahir. hatrick utk beliau. tahniah dan sememangnya inilah lagu favourite aku utk menang kategori ni dan juga sbg pemenang AJL. mungkin kemenangan ini mampu membalas rasa terkilan tidak dapat menyampaikan lagu sendiri di pentas final AJL 22 tahun lepas. bravo Faizal Tahir.

Last but not least, pemenang kategori Pop Rock dan juga pemenang AJL 23, Lagu Untukmu by MUH. mula2 terkejut jugak tp bile diimbas kembali mmg selayaknya diorang menang. lirik mantap dan melodi segar yg membawa nafas baru dalam industri muzik tanah air. semoga lebih byk lagi indie band yg akan terjun ke arena mainstream bagi memeriahkan lagi dunia muzik negara yg aku rasa semakin suram.

TAHNIAH utk semua pemenang. Anda semua adalah pemenang. tiada pengalah. huhuhu.

p/s: tak pasal2 aku jadi orang seni hari ni. huhuhu