assalamualaikum.
aku rasa skrg nih DSLR dah jadi trend. skrg nih mmg musim DSLR kot. bebudak U and even budak sekolah pun dah pakai kamera DSLR. samada diorang beli pakai duit PTPTN atau pun mak bapak diorang mmg kaya dan boleh beli apa saja yg diorang nak. hehehe.
aku nih suka gak la amik2 gmbr nih. tp setakat guna kamera biasa je la. dulu pun pakai kamera film yg mak aku beli. harga pun tak smpi RM100. smpi rosak la kamera tu aku kerjakan. pernah gak terdetik nak beli DSLR nih. tp aku simpan je niat aku tu sbb harga yg boleh tahan mahal dan aku takde masa nak belajar guna kamera DSLR nih. whats the point beli kamera DSLR tp guna setting Full Auto, kan? thats why la aku kata kene belajar. belajar ape itu shutter speed, ISO, aperture and so on.
lately, aku rasa teringin plak nak beli DSLR nih. so aku research la sket2. buat la pembacaan sket2. tanya orang sket2. masuk forum dan bertanya pada yg pakar. and finally aku berjaya gak la memiliki sebuah DSLR entry level untuk beginner mcm aku nih.
memula niat aku ke lowyat nak beli Nikon D3100. tp dek kerana racun mamat tu, aku beli Canon EOS 550D nih. tp dia bukan saja2 suggest aku beli 550D. tp dia terangkan kat aku apa beza EOS 550D dan Nikon D3100. aku duk bersembang lebih sejam dengan dia pasal kamera and dia pun ada ajar aku sket2 pasal DSLR. rasa mcm dapat free introduction class dari dia.
setakat seminggu ni aku rasa kamera nih ok la. senang je nak control. aku rasa quite puas hati dan tak menyesal la dengan pilihan yg aku buat walaupun ramai member aku guna Nikon. hehehe.
for those yg berminat nak beli kamera DSLR atau aksesori lain, boleh search Fanpage Digital Rabitah kat Facebook. harga diorang quite competetive la. mamat yg aku deal hari tu nama dia Andy Sugiyanto. dia melayu malaysia. aku rasa la sbb dia ckp mcm melayu kita jer. hehehe.
p/s: buah cempelak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya bulak balu belajar, kalau salah tolong tunjukkan. hehehe.