Friday, March 18, 2011

[INFO] Botol Susu Polikarbonat

assalamualaikum

sekali lagi aku post berkenaan botol susu nih sebagai peringatan kepada diri aku jugak sbb tak lama lagi aku pun akan terlibat dengan hal ehwal keibubapaan. kepada yg sudi membaca, silalah baca. sekadar berkongsi apa yg aku baca. semua maklumat nih aku dapat daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia

Botol susu yang mengandungi BPA bersifat lutsinar dan keras. Ia boleh dikenali melalui kod identifikasi plastik yang biasanya boleh didapati di bawah botol. botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA mempunyai kod berikut:

Nombor 7

Nombor 7 dan PC (Polycarbonate)
Nombor 7 dan OTHER
Kalau nak tau kod2 plastik yang lain, boleh download di sini.

Botol susu yang tidak mengandungi BPA biasanye dilabelkan dengan 'BPA free'.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Download risalah tentang botol susu bebas BPA di sini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments: