Thursday, March 17, 2011

Botol Susu Polikarbonat Membahayakan

assalamualaikum.

berita ini mungkin berguna untuk para ibu bapa terutamanya kepada mereka yang bakal menjadi ibu bapa macam aku nih. hehehe. beberapa hari lepas, Kementerian Kesihatan Malaysia mengharamkan penjualan botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA).

apa itu BPA? BPA ni adalah sejenis bahan yang digunakan utk menghasilkan botol susu dan menjadikan botol susu itu lebih lutsinar. hasil kajian menunjukkan BPA nih memberikan kesan negatif kepada sistem hormon dan boleh mengganggu fungsi badan. ini boleh menyebabkan bayi/kanak2 terdedah atau lebih mudah dijangkiti penyakit.
Beza botol susu polipropilene dan botol susu polikarbonat dengan BPA.
Sumber: Berita Harian Online


so, kepada semua ibu bapa dan bakal ibu bapa, berhati-hati lah semasa memilih utk membeli botol susu untuk anak2. ni aku pastekan info ttg BPA dan mcm mana nak kenal botol susu polikarbonat mengandungi BPA daripada Berita Harian Online:

INFO: Bisphenol A (BPA)
  • Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
  • Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
  • Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
  • Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
  • Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
  • Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
  • Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca
walaupun kerajaan umum utk mengharamkan penjualan botol susu ni bermula 1 Mac 2012, eloklah kita haramkan terus daripada membelinya. sbg pengguna, kita ada kuasa untuk memilih. gunakanlah kuasa kita.
p/s: nasib baik aku tak beli lagi. hehehe.

No comments: