Sunday, March 20, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

assalamualaikum.

aku tunggu movie nih dari tahun lepas lagi. mcm gempak giler sbb dah jual kat luar negara walaupun masa tu filem nih tak siap pun lagi. hebat sgt bunyi nye kan? aku agak kagum gak la ngan KRU sbb dapat jual filem nih smpi ke luar negara.

baru semalam aku dapat menonton filem nih. mulanye igt nak gi tgk kat alamanda je tp mcm bosan je asyik ke alamanda. so aku ajak la wife aku tgk kat time square. aku pun dah lama gile tak gi time square tu. showtime kul 11.50am. mmg saje amik show paling awal sbb nak pegi awal sbb malas nak berasak2 dalam jem. hehehe.

secara keseluruhannya mmg tak mengecewakan. quite impressive. walaupun tajuknya macam mengupas sejarah lama, kalau korang tak faham or tak ingat sejarah pun still boleh enjoy movie nih. scene fighting dia pun mantap jugak. CGI nampak mantap untuk sebuah filem dari Malaysia tp sudah tentunya masih ada ruang untuk dibaiki. pelakon2 tambahan yg jadi askar2 tu pun patut dititikberatkan jugak. ada yg nmpk macam tak real jer kene serang. especially time kene tembak dgn senjata ajaib Achimedes tu. huhuhu.

kesimpulannya aku puas hati dan aku beri 8/10 bintang untuk filem nih. syabas KRU. harap2 filem nih boleh pegi ke anugerah berprestij di luar negara.

p/s: sempat tgk Nicol Ann David practice sblm aku masuk panggung...

Post a Comment