Tuesday, January 20, 2009

AJL 23 - dari halwa telingan dan kaca mata ku

assalamualaikum...

Anugerah Juara Lagu ke 23. memandangkan hari ahad yg lalu aku hanya terperuk di rumah, maka dapatlah aku melayan AJL tahun nih. tahun lepas tak sempat layan live. layan ulangan jer. komen aku? sepanjang aku menonton persembahan AJL saban tahun, aku rasa persembahan2 tahun ini adalah yang terbaik secara keseluruhannya. dari segi perjalanan aturcara juga byk berubah dan tidak lagi meleret2. itu yg aku suka.

keputusan? hmmmm. kemenangan kepada Farahwahida melalui lagu ciptaan Julfekar, Persoalan Cinta bagi kategori etnik kreatif adalah di luar jangkaan aku. aku igt Doa Dalam Lagu dari Zahid dan Heliza boleh menang. mungkin sbb lagu tu je yg aku biasa dgr berbanding Persoalan Cinta dan Dusta Berkala nyanyian Aiman. no harm done.

persembahan terbaik milik Faizal Tahir. aku rasa mmg layak dia dapat sbb aku rasa penyampaian lagu Sampai Syurga tu mmg diberikan 100% dan disampaikan dgn penuh penghayatan. aku yg duk kat umah tu pun rasa sampai ke hati la dgn cara dia sampaikan lagu tu. siap bagi standing ovation lagi padahal aku tgk sorg2 je kat umah. huhuu. keesokannya aku dgr HotFM AM Krew yg membincangkan soal AJL nih. ade pendengar kata Meet Uncle Hussain(MUH) or Stacy yg patut menang persembahan terbaik. pada aku, Stacy boleh menang kalau AJL ialah pertandingan nyanyian. tapi AJL adalah pentas utk mencari LAGU TERBAIK, bukan sekadar nyanyian. MUH jugak boleh menang jika Lan (vokalis) menghayati lirik lagu itu dan menyampaikannya dengan penuh perasaan. namun Lagu Untukmu adalah lagu genre rock dan wajarlah disampaikan dengan penuh semangat dan kesungguhan. so, pada aku kemenangan Faizal Tahir bagi persembahan terbaik adalah tepat.

Vokal terbaik juga milik Faizal Tahir. agak mengejutkan sbb aku ingat Ziana Zain boleh mng kategori nih. tapi mmg tak dinafikan vokal Superman Malaysia nih mmg antara yg terbaik.

Kategori Balada, Sampai Syurga by Faizal Tahir. hatrick utk beliau. tahniah dan sememangnya inilah lagu favourite aku utk menang kategori ni dan juga sbg pemenang AJL. mungkin kemenangan ini mampu membalas rasa terkilan tidak dapat menyampaikan lagu sendiri di pentas final AJL 22 tahun lepas. bravo Faizal Tahir.

Last but not least, pemenang kategori Pop Rock dan juga pemenang AJL 23, Lagu Untukmu by MUH. mula2 terkejut jugak tp bile diimbas kembali mmg selayaknya diorang menang. lirik mantap dan melodi segar yg membawa nafas baru dalam industri muzik tanah air. semoga lebih byk lagi indie band yg akan terjun ke arena mainstream bagi memeriahkan lagi dunia muzik negara yg aku rasa semakin suram.

TAHNIAH utk semua pemenang. Anda semua adalah pemenang. tiada pengalah. huhuhu.

p/s: tak pasal2 aku jadi orang seni hari ni. huhuhu

No comments: