Wednesday, July 24, 2013

Raya makin dekat, ingatan makin kuat

assalamualaikum...

hari nih dah 15 Ramadhan 1434H. lagu raya dah mula berkumandang di corong2 radio. mood raya sudah semakin menggamit. dah terbayang suasana nak balik kampung. dah terbayang suasana di kampung.

tapi tahun nih buat pertama kalinya aku, isteri dan anak sekeluarga takkan balik kampung. isteriku bertugas on call pada minggu raya tu. hari raya ketiga baru dia selesai tugas. kalau cuti dia lulus, kitorang akan balik kampung pada hari raya ketiga. kalau tak lulus, tak tau lah lagi. redha jer....

tahun nih kali pertama beraya tanpa abah. tapi tak dapat peluang ziarah pusara abah pada hari raya pertama. last week aku balik kampung. sempatlah kami sekeluarga ziarah pusara abah....

...tak leh nak sambung...

p/s: Al-fatihah...

Tuesday, July 23, 2013

Iftar @ Shangri La Putrajaya

assalamualaikum.

selamat berpuasa untuk hari yang ke -14 pada Ramadhan tahun ini. last week aku attend satu event kat Shangri La Putrajaya. event untuk introduce satu product ICT security. event start kul 4 smpi kul 7 (tp aku dtg kul 6..heheh). after that terus bukak puasa. aku tak pegi sorang sebab event nih pun ade sorang member yang ajak join. pergi lah kami berlima.

beberapa tahun lepas aku pernah iftar kat Shangri La nih. tapi aku rasa tahun nih lagi happening dari tu. makanan dia mmg banyak and mostly delicious. siap ada satu stall untuk makan durian lagi. mmg stall durian la yang jadi tumpuan dari sebelum berbuka smpi habis durian2 tu. hehehe. tp agak kurang manis bila ada sorang non-muslim yang dengan selambanya makan durian di situ sedangkan orang lain sedang beratur mengambil makanan dan menunggu waktu untuk berbuka. mungkin dia terlupa yang orang lain sedang berpuasa. mungkin...

cuisine yang paling menarik perhatian adalah roti canai durian. first time rasa mmg sedap gile. aku siap kene perli ngan member2 sbb tambah smpi 3 biji. heheheh. tp yg kedua dan ketiga tu agak tak sedap. mungkin terlajak majerin.

overall puas hati. harga bufet kat situ aku tak sure berapa. tp rasanya tak sampai RM100 kot.

p/s: bukan selalu dapat buka puasa kat hotel. kalau nak harap duit poket sendiri mmg tak laa...hahahaha

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Kareem

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

syukur alhamdulillah dapat bertemu lagi ramadhan. tapi ramadhan kali ni tak sama macam yang lepas2. kali pertama sambut ramadhan tanpa abah. sayu jugak. masa2 ni la teringat waktu berbuka puasa ngan abah. teringat bersahur ngan abah. yang paling aku ingat kene marah ngan abah waktu sahur sbb makan telur masin yang merah je. yg putih tak makan sbb masin (nama pun telur masin. huhuhu) sejak tu aku dah pandai makan telur masin dan sahur akan rasa kekurangan kalau takde telur masin. 

kalau time berbuka biasanye abah tak duduk. bila dah dekat nak masuk waktu, dia akan berdiri kat meja makan. bila dah azan or masuk waktu, abah makan kurma or minum air sket pastu gi solat maghrib dulu. lepas maghrib baru dia duduk and makan makanan yang lain.

ade satu tahun tu (tak igt tahun bila), aku selalu ikut abah gi amik pak imam dan bawak ke masjid sbb rumah pak imam agak jauh dari masjid. habis terawih, lepas moreh plak hantar pak imam balik rumah. itu la rutin harian abah masa bulan puasa tahun tu. sekarang pak imam tu dah pindah ke daerah lain.

ermmm....

Al-fatihah.

p/s: Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Wednesday, May 29, 2013

Hari Bersama Keluarga

assalamualaikum..

sempena hujung minggu yang agak panjang pada minggu lepas, (sebab hari wesak jatuh pada hari jumaat) keluarga aku berjaya merancang dan meng'organize'kan satu event yang sangat happening. hari keluarga yang betul2 bersama seluruh ahli keluarga.

event nih dibuat di Melaka. famili yang terlibat ialah famili mak aku dari Rompin, Pahang (termasuk la famili aku walaupun aku dari Kajang je), makngah ku seorang diri (anak2 semua kat oversea), famili paklang dari Kedah, famili makteh dari Kuantan, famili pakcik dari Johor Bharu dan famili paksu dari Puchong. semua yang tersebut adalah adik beradik mak aku. sepupu sepapat semua ada. yang takde cuma anak2 makngah aku yg tgh study kat oversea dan 2 orang anak makteh aku yang tak dapat cuti.

jumlah semua lebih kurang 30 orang jugak la. sewa 2 unit homestay apartment duplex di Pangsapuri Pasir Puteri yang terletak di Portueguese Settelement, Ujong Pasir, Melaka. satu apartment ada 4 bilik siap dengan dapur dan satu lagi apartment ada 3 bilik siap dengan mesin basuh. sewa satu apartment RM250/malam.

acara kemuncak adalah pada hari sabtu. berkonvoi beramai2 ke Pantai Puteri yang terletak lebih kurang 15km dari homestay tu. dah dapat port terus setup untuk BBQ. tapi aktiviti bukan setakat makan2 aje. dah datang jauh2 takkan nak makan je kan. ada la telematch. group dah dibahagikan secara rawak pada malam sebelum tu. so, hari sabtu tu terus masuk group dan main game seperti yang diaturkan oleh pengadil telematch iaitu pakcik aku. dia sorang je jadi pengadil. yang lain semua kene main game. hehehe.

Monday, May 20, 2013

Rindu Abah...Al-fatihah..

assalamualaikum...

semalam aku tengok status adik aku kat facebook. dia tulis "rindu abah...al-fatihah". hari ni aku plak tiba2 rasa rindu kat abah. bila bukak blog, ade pulak entri aku pada tahun 2010 masa abah mula2 sakit jadi Weekly Most Read kat blog nih. almost menitik gak air mata bila baca balik.

Al-fatihah......

Friday, May 10, 2013

Al-fatihah

assalamualaikum..
hari ini genap 40 hari arwah abah pergi meninggalkan kami. terasa seperti baru semalam aku menyuap susu ke mulut nya....

aku redha tapi ada perkara yg aku kesal kerana tak dapat nak penuhi impian abah. aku berjanji pada diri sendiri bahawa aku akan tunaikan jua impian itu suatu hari nanti.

Al-fatihah untuk arwah abah, Saiyed Mohd Akhir bin Tuan Sulong.

p/s: Jalan Pekan-Rompin akan terus jadi jalan tangisan aku kerana ade memori aku dan abah yg aku xkan lupakan. Mata pasti berkaca, air mata pasti mengalir setiap kali melalui jalan itu. Semoga Allah meletakkan abah di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. amin.


Friday, March 29, 2013

[REPOST] Dream job

assalamualaikum.

korang mesti ade dream job kan? some sort of cita2 or ape yg kita betul2 impikan. dari kecik, dream job aku asyik berubah. masa sekolah rendah aku nk jadi peguam. masuk sekolah menengah i was totally lost. aku tak tau nk jadi ape. smpi la form 5 bila ade seorang cikgu, Miss Annezuleedia binti Mohammad (sorry teacher if i misspelled your name) tanya aku nk jadi pilot tak?  then aku apply utk jadi pilot MAS. disebabkan xde ape2 jawapan dari MAS, aku masuk la UNITEN dulu. then aku dapat offer utk buat psychomoto test. tapi aku tak tau pun smpi la mak aku bgtau aku yg tarikh test tu dah lepas. sbbnye mak aku nak aku duk je kat uniten tu. mungkin gak sbb sblm tu bekas pengerusi mofaz air marah ayah aku sbb nak aku jadi pilot. alasan dia sbb aku pakai spek. huhuhu.

masa isi borang UPU and UNITEN, aku pilih IT sbb masa tu IT baru berkembang and aku rasa akan ada byk peluang keje dalam bidang tu pada masa depan. during 2nd year kat UNITEN, aku realize yg aku minat pada programming. so aku mula berangan/mimpi nak keje ngan NISER (skrg CyberSecurity Malaysia). i work my way for it sehinggalah aku dapat buat internship kat NISER. masa internship tu aku tak enjoy pun keje kat NISER. maybe sbb aku distracted kot. so, after graduate aku start nak cari keje sbg programmer and attend a few interview. ade yg offer keje tp aku tolak atas sbb2 tertentu.

nak dijadikan cerita, lecturer aku offer jadi research assistant for an engineering project in UNITEN. dia cakap projek tu cari sorang programmer untuk programkan chip. aku terima la. tp lepas 3 bulan aku berenti sbb aku goyang kaki jer. chip yang dikatakan tu tak sampai2 dari US.

lps tu aku terima offer keje sbg management trainee dari satu company kat Technology Park Malaysia. supervisor aku mat salleh from Sweden. enjoy gak keje kat situ. tp jodoh tak lama sbb aku TERPAKSA terima offer keje gomen and i has been a loyal government servant until now. heheheh.

syukur dengan apa yang ada, jujur dengan apa yang dirasa..

p/s: paling best keje 6 bulan dengan DKSH CSSC under the supervision of Mr. Sven Maushake. i wish i could go back there. hehehe.

Morning Sickness

assalamualaikum...

sejak kebelakangan nih aku selalu sakit kepala. rasa mcm berpusing-pusing. kadang2 sakit sebelah, kadang2 sakit kat depan. tapi pagi nih aku rasa the worst. memula sakit sebelah kiri je. then sakit kat bahagian depan. rasa nak muntah pun ada. mcm mual2 gitu. 

tak tau la sama ada ini takdir atau kebetulan (mcm lagu la pulak) sbb skrg nih wife aku tgh pregnant. baru nak masuk 2 bulan. adakah kemungkinan morning sickness dia dah berjangkit kat aku? kalau betul, aku rasa ok la sbb aku tak tahan tgk dia tak bermaya and lemah longlai masa pregnant anak pertama dulu. kurang sket seksa aku tgk dia mcm tu tanpa aku boleh bantu apa2. huhuhu.

kalau kebetulan je maknanya aku ada penyakit lain laa. nak pegi klinik tapi malas. klu dapat mc pun bukan boleh mc. meeting bersepah-sepah. huhuhu. sabor je laa.

p/s: kalau pegi klinik confirm dapat mc. hehehe

Tuesday, March 5, 2013

Pray For Sabah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

sekarang tengah kecoh pasal kes pencerobohan di Sabah. bermula di Lahad Datu, kemudiannya dikatakan telah merebak ke Semporna dan Kunak. setakat nih dah dah 8 orang anggota pasukan keselamatan Malaysia yang telah terkorban. semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang beriman dan diterima sebagai syahid.

aku tgk kat facebook macam2 org post pasal keadaan kat sana. aku pasti ada yg betul tapi banyak yang khabar angin dan penipuan. pada aku, ada saluran yang sahih untuk dapatkan maklumat. so, xpayah lah nak reka2 cerita dan mengusutkan lagi keadaan. ada jugak yang bangga bgatau kedudukan2 askar dan polis walhal diorang tak sedar yang diorang secara tak langsung dah mendedahkan rahsia pertahanan negara dan membantu pihak musuh.

ramai yang confuse kenapa polis yang bertindak, bukan askar. kat facebook tu pun ramai yang beri penjelasan. so, baca dan fahamilah. percayalah dengan keupayaan pasukan keselamatan kita.

p/s: malam nih ada majlis solat hajat di Masjid Putra, Putrajaya. semua dijemput hadir.

#PrayForSabah

Saturday, February 9, 2013

I'm a rider again

assalamualaikum.

I'm a rider again.....

My FZ150i


Friday, February 8, 2013

more from london

assalamualaikum.

more photos from london. these photos taken using camera phone.







...was in London

assalamualaikum.

this post has been overdue for a long time. lately, i just can't find time to blog anymore. hopefully, i will be able to go back to my previous blogging habit after end of this March. hopefully.

anyway, I was presented with an oppurtunity to attend a course in London last september. oooppss...apsal aku menaip bahasa london nih? hahahah. sori.

by the way, trip to London ni bukan pegi makan angin tapi pergi training. semua bayaran ditanggung beres. tapi yang tak best nye sbb kene pegi sorang2. hajat nak bawak anak bini tp tak mampu nak beli tiket. huhuhu.

memandangkan aku berkelana seorang diri, so kaki pun tak jauh melangkah. huhuhuhu.