Tuesday, March 5, 2013

Pray For Sabah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

sekarang tengah kecoh pasal kes pencerobohan di Sabah. bermula di Lahad Datu, kemudiannya dikatakan telah merebak ke Semporna dan Kunak. setakat nih dah dah 8 orang anggota pasukan keselamatan Malaysia yang telah terkorban. semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang beriman dan diterima sebagai syahid.

aku tgk kat facebook macam2 org post pasal keadaan kat sana. aku pasti ada yg betul tapi banyak yang khabar angin dan penipuan. pada aku, ada saluran yang sahih untuk dapatkan maklumat. so, xpayah lah nak reka2 cerita dan mengusutkan lagi keadaan. ada jugak yang bangga bgatau kedudukan2 askar dan polis walhal diorang tak sedar yang diorang secara tak langsung dah mendedahkan rahsia pertahanan negara dan membantu pihak musuh.

ramai yang confuse kenapa polis yang bertindak, bukan askar. kat facebook tu pun ramai yang beri penjelasan. so, baca dan fahamilah. percayalah dengan keupayaan pasukan keselamatan kita.

p/s: malam nih ada majlis solat hajat di Masjid Putra, Putrajaya. semua dijemput hadir.

#PrayForSabah

No comments: