Friday, April 29, 2011

Obesiti: Salah siapa?

assalamualaikum.

skrg nih tgh kecoh pasal obesiti di kalangan pelajar. ramai yg menuding jari kepada kantin sekolah dan penjaja di luar kawasan sekolah. sampaikan ada cadangan nak larang orang jual nasi lemak di kantin sekolah. WHAT THE FISH!! 

soalannya: budak2 sekolah duk kat sekolah tu berapa lama? 24 jam ke? berapa kali dia makan kat sekolah? 6 kali sehari? sekolah asrama mmg la ade kat skolah 24 jam sehari. tp dewan makan akan sediakan makanan yang lengkap. skrg nih mmg isu sekolah harian yang waktu belajar nye pagi hingga tghari dan waktu rehat cuma sekali. so, takkan nak salah kan kantin sekolah, ye tak?

cikgu kene ajar budak2 cara pemakanan yang sihat tp bukan setakat cikgu je. sbb cikgu tak bagi makan kat budak2. ibubapa yg bg makan kat anak2 dia. so, ibubapa kene amik tanggungjawab dalam mendisiplinkan pemakanan anak2. jgn la semuanya nak harapkan pada sekolah jer.

lagipun aku rasa budak2 skrg dah kurang aktiviti luar. maklumlah dunia dah makin maju. teknologi makin canggih. main bola guna jari jer. macam2 game bola ade. PC, laptop, playstation, XBox, PSP, Ipad dan macam2 lagi la. jari je yg bergerak. mcm mana nak sihat. 

kesimpulannya, obesiti boleh diatasi dengan pengamalan tabiat makan yang betul dan penglibatan dalam aktiviti kecergasan seperti sukan atau senaman.

sekian, terima kasih.

p/s: kesimpulan macam buat karangan PMR plak. hahaha.

Friday, April 22, 2011

1 Malaysia 1 Emel: My Point of View

assalamualaikum.

aku dah lama tak baca paper. tp isu ni agak menarik perhatian gak la utk aku membaca berita. hangat gak isu pasal emel nih. ada yg setuju dan ada yang tak setuju. of coz la ada mcm2 pandangan dan pendapat. bak kata pepatah Romania, "if you like to eat roti canai, doesn't mean i will like it too." get wut i mean? hahahah.

utk yang blur2 lagi, sbnrnye aku pun blur gak pasal projek nih. here's what i understood and please correct me if I'm wrong. I can stand to be corrected. =) Projek Emel 1Malaysia adalah projek bagi membangunkan satu portal emel supaya setiap rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai satu akaun emel bagi memudahkan komunikasi antara rakyat dan kerajaan. projek nih diumumkan oleh Perdana Menteri sebagai salah satu projek di bawah Plan Trasformasi Ekonomi (ETP) dan melibatkan pelaburan sebanyak RM50 juta. so, bila PM yang umum, of coz la semua akan sangka bahawa projek ini akan melibatkan pelaburan dari wang kerajaan yang merupakan juga duit rakyat. betul tak? aku mula2 dengar pun marah jugak. satu pembaziran nih. tambahan plak bila ada satu syarikat dinamakan sebagai champion untuk projek nih. haihh. ada pape ke? i can smell something fishy here. eheheh.

but then, PM kita dah pun bagi penerangan bagi menjelaskan isu nih. katanya bahawa projek emel ni tak melibatkan pelaburan wang dari kerajaan. Ia adalah inisiatif swasta. maksudnya mcm syarikat tu yang keluar modal dan melabur untuk projek nih. so pandai2 dia la mcm mana nak dapat balik modal tu mcm mana, kan? PM kata lagi bahawa projek nih adalah voluntary. tiada paksaan untuk mereka yang terlibat. sapa tak nak akaun emel tu, tak dapat la. PM jugak kata yang syarikat tu akan bangunkan portal emel dan kemudiannya portal untuk check online bill, online payment dan sebagainya. itu yang aku paham la.

walaupun inisiatif swasta yang tak melibatkan wang rakyat, aku masih rasa bahawa projek ini tak perlu. skrg ni byk email provider percuma yang ada di internet. yahoo, gmail, ymail, hotmail, you name it. free je. ikut suka la nak pakai satu ke, semua ke. dan aku rasa orang dah selesa pakai emel2 nih. tu belum campur emel jabatan/syarikat lagi. so, kalau nak wujudkan satu lagi emel, aku rasa perlukan satu mekanisme change management yang mantap untuk menarik orang menggunakan emel 1 Malaysia tu. tentang portal utk online bill dan online payment segala bagai tu aku rasa website MyGovernment sekarang pun dah boleh buat mcm tu. kenapa nak ada satu portal lain? improve je la MyGov tu. 1 Malaysia 1 Portal cukup la. tak gitu?

just my humble opinion.

p/s 1: tibe2 panjang plak aku menaip pagi nih. huhuhu.

p/s 2: dengarnya projek ni guna domain myemail[dot]my. cthnye; nirelwof@myemail.my. hmmm. mcm tak best je bunyi dia. hehehe.

Wednesday, April 13, 2011

Keluar Stesyen

assalamualaikum.

keje ngan gomen mmg tak lari dari kene pegi keluar stesyen atau dalam bahasa pasarnye outstation. paling takde pun dalam setahun tu mesti kene gak 2-3 kali. mmg la best sbb boleh claim dan boleh gi jalan2 keluar dari norma keje harian. tp bergantung jugak kepada keadaan.

contohnye, aku. hehehe. dulu sebelum kawin, mmg suka la klu dpt outstation. kalau boleh mmg aku nak pegi belah2 utara sbb aku dah familiar area sana. sekali pegi mau 3-4 hari jugak. lebih best lagi sbb aku ada 'lesen' bawak kete ofis (part time driver ofis). lenjan la pajero ke fortuner ke ape ke. tp untuk tujuan rasmi je la. bukan pegi mengulor naik kete ofis. salah tu. hehehe. cukup bulan, claim hotel or claim lojing. masyuk la jugak termasuk duit makan minum lagi kan. hehehe.

sekarang dah lain. zaman dah berubah. zaman bujang aku dah tamat lama dah. kalau nak outstation kene pikir byk bende jugak. especially sekarang nih sedang menantikan kehadiran cahaya mata yang pertama. serba salah jugak dibuatnya. tapi nasib baik lah isteri aku sangat2 memahami tugas aku. (chewah, mcm keje askar jer. huhuhu.) walaupun dengan berat hati, aku tinggalkan lah dia kat umah kak dia untuk 2 hari nih sbb aku kene pegi kursus kat PD. nasib baik la dekat jer. kalau jauh maybe aku bawak dia skali. heheh.

apa2 pun, fahami dan hargailah pasangan anda, orang yang anda ingin hidup bersama buat selama-lamanya, bukan seketika cuma. renung-renungkan dan selamat beramal. heheheh.

p/s: layan blues di pagi rabu. huhuhu

Monday, April 11, 2011

Tips Beli Stroller

assalamualaikum.

memandangkan tak lama lagi aku akan terjebak dengan dunia kebapaan, maka aku nak buat la satu entri yang berkaitan dengan dunia kebapaan itu. tujuan aku buat entri ni sbnrnye untuk mengingatkan diri aku sendiri jugak. takut lupa nnt. sumber2 nye aku pun dah tak ingat dah aku dapat kat mana. aku search kat google pastu aku print. so, kalau ade tuan punye tips nak tuntut credit, please leave a comment. hehehe.

ada stroller yg sesuai untuk newborn hingga 3 atau 4 tahun tp tak semua stroller yg sesuai untuk newborn. so, tgk betul2 sblm buat keputusan nak beli stroller. jadi di sini adalah antara ciri2 untuk ditimbang sebelum beli stroller.

Ruang tidur baby
kalau boleh, beli stroller yang boleh adjust tempat duduk/tdo (backrest) tu. utk newborn baby, pastikan boleh recline backrest tu sehingga 90 degrees supaya baby boleh tdo.

Saiz/Berat
kegunaan stroller adalah untuk dibawa berjalan. so, kene la muat dalam bonet kete. pastikan saiz stroller setelah dilipat tu tak terlalu besar hingga penuh ruang bonet kete. nnt barang2 shopping nak letak mana? ambil kira jugak berat stroller tu sbb nak kene angkut selalu. hehehe

Basket
ada stroller yg ada basket kat bawah tu. ada yg besar, ada yg kecik. so, pilih la yg terbaik ikut keperluan anda.

Handle
pada aku, ini antara yg paling penting. kalau boleh, beli stroller yang handle dia boleh adjust untuk forward facing atau baby facing. nak baby tu mengadap kite atau mengadap depan. pilihan di tangan anda.

aku dah tgk banyak jenis stroller tp aku rasa yg satu nih menarik minat aku untuk membelinya nnt.
http://www.sweetcherry.com.my
Model: A516E 2 in 1 Rockie Stroller
Berat : 8.3 kg
  • Suitable from newborn to 4 years old
  • Easily convert to a CRADLE and/or ROCKER
  • Reversible handle for forward facing or baby facing positions.
  • 3 positions adjustable backrest for better comfort
  • Removable front tray with cup holder
  • Folding canopy with viewing window and sun visor
  • Big and easy access shopping basket
  • Easy and compact fold for easy storage
p/s: bila agaknya masa yg sesuai untuk beli stroller ek? heheh

Saturday, April 9, 2011

Maharaja Lawak

Assalamaualaikum

it has been a while since i last updated this blog. chewahh. speaking london plak. hahaha. as usual, kesibukan di tempat kerja dan kepenatan di waktu malam membuatkan aku agak kemalasan dan ketiadaan masa utk menulis walaupun sbnrnya aku ada banyak cerita untuk dikongsikan. so, 1st of all, let me start with Maharaja Lawak sbb baru je tgk last nite. still fresh in memory.

my expectation are very high on this program. aku rasa org lain pun mcm tu sbb peserta2 semuanya finalis dari musim pertama hingga kelima. ada yang best, ada yang ok2 jer dan ada yg sgt teruk, sgt mengecewakan. setakat 2 minggu maharaja lawak bersiaran, belum lagi ada penyingkiran. tp aku rasa sepatutnya dah ada yg patut disingkirkan atau patut2 lah tarik diri. huhu.

berikut senarai peserta favourite (tanpa mengikut ururtan) pada pandangan aku:
  1. Jozan
  2. Nabil
  3. Sepah
  4. R2
  5. Jambu (Yus + Tauke)
berikut senarai peserta paling teruk (tanpa mengikut ururtan) pada pandangan aku:
  1. Wai (Idlan + Kecik)
  2. Amir
yang lain2 nih ok2 je la:
  1. Jihan
  2. Balas
  3. Man
  4. Alex
  5. XN3
yang favourite tu sbb diorang nih dah ada pengikut masing2 dan peminat masing2. diorang dah lama dan dah byk berlakon drama/siri komedi kecuali R2 yang baru graduate dari Raja Lawak 5. tp R2 nih mmg best dan favourite aku dalam RL5 hari tu. sayang diorang tak menang.

yang ok2 aje tu maybe sbb diorang nih tak berapa nak popular jika dibandingkan dengan favourite especially Man dan Balas yg baru jugak graduate dari RL5. tapi diorang nih pun ada outside chances kalau diorang berjaya buat orang tergelak terguling2. hehehe

yang teruk. hmmmm. tak tau la mcm mana nak kata. aku rasa amir tu tak layak pun ada dalam rancangan nih. tp ntah la. dia pun ada peminat dia sendiri. so aku takleh la nak kutuk dia lebih. of coz la peminat2 dia akan suka dengan lawak2 dia tp aku tak. aku rasa yg kat studio tu pun gelak tak ikhlas ngan dia. hehehe. Wai pun sama. gabungan nih mmg tak menjadi langsung. paling ketara persembahan semalam. sampai sunyi sepi studio dibuatnya. org tak gelak langsung. satu perkara yang aku rasa amat memalukan untuk seorang pelawak. the worst comedy performance ever!!

dah 2 minggu takde tema. tp minggu dpn Juri dah bagi tema musical comedy. mesti best. inilah tema favourite dalam raja lawak. hehehe. kepada juri, tolong la singkirkan 2 peserta yng teruk tu. kurang sket org. boleh tambah masa persembahan yg lain2. hehehe.

p/s: Juri terbaik - Mamat Khalid. hahahah