Friday, October 29, 2010

Ayahanda dah pulang

assalamualaikum.

hari rabu yang lalu ayahanda dah dibenarkan keluar dari hospital. skrg nih ayahanda tinggal di rumah aku di kajang. aku dan adik beradik yg lain bekerjasama menjaga ayahanda sbb dia masih belum boleh bergerak sendiri atau pun bercakap. masih lagi belum boleh makan. hanya minum susu yg dimasukkan melalui tiub setiap 3 jam. harga susu tu plak boleh tahan mahal nye. RM39.90 untuk 400gram dan RM74.50 untuk 900gram. tak tau la smpi bila kene bagi susu tu. susu tu pulak khas untuk pesakit diabetes. Nestle Nutren for Diabetics. 

masa discaj hari tu, doktor ada bagi ubat. bekalan ubat untuk 2 bulan. ada lebih kurang 7 jenis ubat dan 2 jenis suntikan insulin. setakat nih aku ngan adik lelaki aku yg bagi suntikan tu. dgn bekalan ubat byk mcm tu, mmg kene disiplinkan masa utk bagi ubat2 tu sbb tak nak keadaan ayahanda bertambah buruk. akan cuba sedaya upaya untuk pulihkan dan buat ayahanda rasa selesa.

p/s: tgh tunggu nak dapatkan tilam angin dan suction machine dgn bantuan dari hospital.

Friday, October 22, 2010

Ayahanda jatuh sakit

assalamualaikum.

dah lebih seminggu aku tak update blog nih. sbb busy. hari nih dah hari jumaat. dah nak masuk weekend dah pun. baru ada masa sket nak update. actually skrg nih aku kat hospital. temankan ayah aku yg kene admit kat sini since last saturday.

sabtu lepas, bonda call aku lebih kurang jam 0830. bonda cakap ayahanda jatuh. tp bonda nak bawak pegi klinik dulu. smpi kat klinik. doktor suruh bawak pegi hospital sbb katanye dah ada tanda2 nak kene stroke. bonda pun bawaklah ayahanda pegi hospital. Hospital Rompin nak refer kes ayahanda ke hospital Kuantan. tp aku tak bagi. aku suh bonda mintak doktor tu buat surat refer je. aku nak balik bawak ke Hospital Putrajaya.

aku gerak dari kajang lebih kurang jam 1030 dan smpi di kampung lebih kurang jam 1415. aku tgk tekanan darah ayahanda sgt tinggi. lps nurse bagi kebenaran utk balik, aku bawak ayahanda balik umah dulu utk berkemas. kami bertolak dari kampung lebih kurang jam 1630 dan smpi di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya lebih kurang jam 2030. terus buat scan otak dan kene admit ke wad.

bahagian kanan badan ayahanda sangat lemah. doktor kata ada darah beku di otak. tp itu kesan dari stroke pada 2008. tp tekanan darah sgt tinggi dan kencing kotor/berkuman. skrg ni ayahanda hanya minum susu yg dimasukkan melalui tiub je. mula2 dulu nurse yg bagi minum. then nurse ajar bonda. aku dan adik2 tgk jer. skrg nih semua dah boleh bagi sendiri susu tu kat ayahanda.

doktor ckp, once darah ayahanda dah stabil and kencing dia dah kurang kuman, ayahanda dah boleh balik umah. so, dia suruh prepare la apa2 yg patut kat rumah tu. dia suggest utk beli tilam angin. tilam nih boleh elakkan luka kat badan akibat terlalu lama berbaring. so skrg nih aku tgh survey2 tilam angin tu dan jugak kerusi roda utk ayahanda. kalau sape2 ada info, boleh la tlg kongsikan dgn aku yer.

kepada rakan2 dan sedara mara yang datang menziarah, terima kasih banyak2 ku ucapkan.

p/s: semoga Allah mempermudahkan urusan kami sekeluarga. amin.

Tuesday, October 12, 2010

1st Monthiversary

assalamualaikum.

actually dah lepas. tp nak post jugak. dan actually aku dah mention dalam post aku dah tua sblm nih. tp nak jugak buat post sendiri.

pada tanggal 11 Oktober 2010, genaplah sebulan perkahwinan aku dan isteri. kepada isteriku, Shamsiah binti Mat Seman, Selamat Ulang Bulan Perkahwinan yang pertama. semoga ikatan kasih sayang ini kekal hingga ke akhir hayat dan abadi selamanya.

p/s: one month had passed, another lifetime to go. =)


Monday, October 11, 2010

aku dah tua

assalamualaikum.

pic from google search
hari ini, tanggal 11 Oktober 2010, genap lah usia ku yang ke 27 tahun. dah tua dah aku. alhamdulillah, syukur kepada Yang Maha Esa kerana memanjangkan usiaku buat sehari lagi.

pada usia 27 tahun ini, kali pertama menyambut hari lahir sebagai seorangs suami. betul2 sebulan selepas melangsungkan perkahwinan. buat isteriku yg tercinta, I will love you till the end of my life.

terima kasih kepada semua kawan2 yg meng'wish' birthday aku melalui facebook dan sms. terima kasih atas ingatan dan doa2 kalian. aku amat2 menghargainya.

apa aku nak untuk birthday ini? hmmm. tough question. rasanya aku cuma inginkan kebahagiaan dalam hidup bersama isteri dan keluarga. semoga kehidupan kami dirahmati dgn kasih sayang dan dan kemurahan rezeki yang berpanjangan. amin.

p/s: doa kalian juga hadiah yg bermakna buatku. TQ. =)

Friday, October 8, 2010

Proton panggil balik Gen2 dan Neo

assalamualaikum.

kalau korang memiliki kereta Proton Gen2 atau Satria Neo, korang mungkin perlu baca berita ini. aku cedok terus dari sumbernye. malas nak komen byk. hehehe.
 

Kerosakan dikesan pada komponen 'clock spring' 15,911 unit keluaran 2004 hingga 2008

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.

Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.
Katanya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada ‘clock spring’ menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.

Beliau berkata, panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan.

“Meskipun bilangannya kecil, keselamatan pelanggan kami sangat penting dan kami memohon maaf berikutan masalah itu.

“Kami berharap pelanggan memahami bahawa panggilan semula ini perlu untuk memastikan keyakinan berterusan terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Pemilik kenderaan yang terbabit boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma.

Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian ‘clock spring’ akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara.

Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu.

Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing.

Sumber: Berita Harian Online

p/s: aku rasa ini first time berlaku pada proton. sebelum2 nih tak penah ade masalah ke??

Thursday, October 7, 2010

Sukan Komanwel: Hari ke 5

assalamualaikum.

sedar atau tak, sukan komanwel sedang berlangsung sekarang di New Delhi, India. hari nih dah masuk hari ke elima dan ketika entri ini diterbitkan (chewaahh), Malaysia menduduki tangga ke 5 dengan 3 Emas, 5 Perak dan 3 Gangsa.
Pingat Emas Malaysia disumbangkan oleh Amirul Hamizan Ibrahim (angkat berat), Aricco Jumitih (angkat berat) dan Josiah Ng (lumba basikal trek - keirin).

Pingat emas Josiah agak kontroversi kerana pingat emas itu sepatutnya milik Azizulhasni yg dibatalkan penyertaan setelah dibantah oleh kem New Zealand. Azizul dikatakan menghalang pelumba lain ketika membuat pecutan.

Pasukan badminton Malaysia layak ke suku akhir sebagai juara kumpulan dan akan cuba mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Melbourne 4 tahun lalu. Malaysia akan menentang New Zealand di peringkat suku akhir hari ini.

Pasukan memanah recurve lelaki dan wanita Malaysia layak ke separuh akhir. Malaysia turut melangkah ke separuh akhir compound berpasukan wanita. Pasukan compound lelaki tewas di suku akhir.

Pasukan hoki lelaki tewas 1-4 di tangan Pakistan malam tadi. Pada perlawanan pertama, Malaysia turut tewas 2-3 di tangan India. Malaysia perlu menang ke atas Scotland dan Australia selepas ini untuk menghidupkan peluang ke separuh akhir.
Hoki wanita pula akan menentang Wales hari ni. Menang 3-2 dgn Kanada tapi tewas 0-5 kepada New Zealang sebelum ini. Selepas Wales, Malaysia akan menentang England. Malaysia perlu menang untuk layak ke separuh akhir.

p/s: nnt kalau rajin aku update lagi. hehehe.