Thursday, October 7, 2010

Sukan Komanwel: Hari ke 5

assalamualaikum.

sedar atau tak, sukan komanwel sedang berlangsung sekarang di New Delhi, India. hari nih dah masuk hari ke elima dan ketika entri ini diterbitkan (chewaahh), Malaysia menduduki tangga ke 5 dengan 3 Emas, 5 Perak dan 3 Gangsa.
Pingat Emas Malaysia disumbangkan oleh Amirul Hamizan Ibrahim (angkat berat), Aricco Jumitih (angkat berat) dan Josiah Ng (lumba basikal trek - keirin).

Pingat emas Josiah agak kontroversi kerana pingat emas itu sepatutnya milik Azizulhasni yg dibatalkan penyertaan setelah dibantah oleh kem New Zealand. Azizul dikatakan menghalang pelumba lain ketika membuat pecutan.

Pasukan badminton Malaysia layak ke suku akhir sebagai juara kumpulan dan akan cuba mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Melbourne 4 tahun lalu. Malaysia akan menentang New Zealand di peringkat suku akhir hari ini.

Pasukan memanah recurve lelaki dan wanita Malaysia layak ke separuh akhir. Malaysia turut melangkah ke separuh akhir compound berpasukan wanita. Pasukan compound lelaki tewas di suku akhir.

Pasukan hoki lelaki tewas 1-4 di tangan Pakistan malam tadi. Pada perlawanan pertama, Malaysia turut tewas 2-3 di tangan India. Malaysia perlu menang ke atas Scotland dan Australia selepas ini untuk menghidupkan peluang ke separuh akhir.
Hoki wanita pula akan menentang Wales hari ni. Menang 3-2 dgn Kanada tapi tewas 0-5 kepada New Zealang sebelum ini. Selepas Wales, Malaysia akan menentang England. Malaysia perlu menang untuk layak ke separuh akhir.

p/s: nnt kalau rajin aku update lagi. hehehe.

No comments: