Sunday, April 12, 2009

Port Dickson, Nightwatch & Nasi Lemak

Assalamualaikum...

smlm sepatutnya aku pegi family day wise kat bagan lalang. tapi aku tak leh pegi. sbb aku kene pegi PD. MKN NSDK organize training OpenOffice.org. mahu atau tidak, terpaksa atau rela, aku kene pegi jugak. bertolak dari putrajaya jam 7.45am. smpi di Corus Paradise Hotel, lokasi training jam 8.40am. training dari pagi smpi ke petang. aku bertolak balik kira2 jam 4.30pm dan tiba di putrajaya jam 5.30pm. lps anta layzree yg pinjam kete aku ke bagan lalang, aku balik umah tdo. mlm aku kene masuk keje semula sbb kene bertugas bilik gerakan. tp aku tdo je kat bilik gerakan tu. bangun pagi balik umah. terasa nak makan nasi lemak. rasa mcm nk masak sendiri. so, aku beli bahan2nya dan memasaklah aku pagi ini. resepi?? malas nk menaip. heheheh.

ptg nih nk pi JJ Cheras Selatan. JMD Box-Office TT. tgk citer Fast & Furious 4. dah lama gile aku tak tgk wayang. last movie aku tgk kat panggung citer Pengembaraan Bermula: Upin & Ipin. bukan takde citer best. bukan tak mau tgk wayang tapi takde masa dan org yg mahu menonton bersama. huhuhu.

ok lah. nasi lemak aku dah masak. aku mau makan. hehehe.

salam.
Post a Comment