Thursday, December 31, 2009

azam berazam

assalamualaikum.

dalam masa bbrp jam lagi, tahun 2009 akan berlalu dan tahun 2010 akan datang bertamu. setiap kali tiba tahun baru, orang akan sibuk bercakap pasal azam tahun baru. aku?? hmmm. aku tak igt aku pernah ada azam tahun baru ke tak. pada aku, setiap kali tahun baru sama je mcm hari2 biasa. lepas hari isnin hari selasa. lepas tu hari rabu diikuti hari khamis dan jumaat. then hari sabtu and lastly hari ahad. bukannye bertukar pun nama2 hari tu or ade tambahan jadi 8 hari seminggu (macam tajuk lagu plak. heheh). same je kan? hehehe.

bile hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, semestinye umur kita pun semakin meningkat. so, secara tak langsung cara pemikiran dan cara kita melihat dunia juga akan  berubah serta terkesan dengan peningkatan usia kita (fuhh, bahasa. huhuhu). jadi aku rasa tahun ni aku nak buat satu azam baru. satu jer?? yer, satu je. cukup la satu sebagai permulaan. kalau nk buat list mmg la byk. tapi boleh ke tercapai semuanya? haaa. itu yang kita tak tau. hehehhe.

azam aku utk tahun 2010 ini ialah untuk menamatkan zaman bujang aku. insya Allah.
sekian, terima kasih.

p/s: tolong doakan agar dipermudahkan urusan kami ye. amin.

malaysia menang lagi

assalamualaikum.

aku rasa ramai yang tak aware nih. mlm td ade perlawanan persahabatan kat stadium bukit jalil. Malaysia lawan Syria. perlawanan ni sbg persediaan before lawan UAE pada 6 januari nnt untuk Kelayakan Piala Asia. harapan malaysia untuk layak mmg amatlah tipisnye sbb game2 sblm nih asyik kene tapau jer. tapi as people always said, anything can happen in football. bola tu kan bulat. hehehe.

by the way, game mlm td Malaysia menang 4-1. dua gol sepakan penalti jaringan Safiq Rahim, satu gol jaringan Zaquan Adha dan satu gol cantik 'cip' ala francesco totti oleh Gurusamy. hehehe. gol saguhati Syria pun hasil jaringan penalti jugak. walau bagaimanapun, zaquan adha sekali lagi kene buang padang hasil kad kuning kedua sbb celebrate yg melampau kot. lepas score plak tu kene buang padang. huhuhu.

apa2 pun, tahniah buat Skuad Kebangsaan Malaysia. teruskan lah membanggakan peminat bola sepak tanah air mcm aku nih. hehehe.

p/s: ade harapan ke malaysia layak world cup 2018??

Wednesday, December 30, 2009

wajah baru

assalamualaikum...

memandangkan hari ni aku takde keje melainkan menge'test' 20 bijik laptop yg baru sampai kat opis td, maka aku membuang masa dgn mencari2 template baru dan mengeditnye. inilah hasilnya. aku dah lama mencari and nak guna template 3 column mcm nih. cuma sblm nih takde masa nk mengedit. hari ni aku mmg determine nk siapkan jugak dan akhirnya berjaya.

hope you'll enjoy it as much as i do. =)

p/s: yes i am a coffee/caffeine addict. hehehe.

Tuesday, December 29, 2009

layan movie

assalamualaikum...

smlm aku pi tgk wayang ngan sahabat2 dunia akhirat. heheh. dah lama gak aku tak tgk wayang. last hari tu rasanye citer senario. so, bila diorang ajak layan sherlock holmes, aku pun setuju saja. lagi pun mmg takde ape nk buat ape mlm smlm kecuali menonton televisyen. tp takpe, NCIS ngan awan dania tu lain2 kali bleh tgk. hahaha.

aku mmg suka citer bercorak penyiasatan nih. especially cerite yg digarap sebegini. mmg class. dipaparkan ceritanye sepintas lalu kemudian diflashback dengan penerangan yg begitu detail about the mystery. ade action. ade comedy. ade saspen. ade sedih. romantik?? errr..xde sgt kot.. hehehe. nak suh aku review?? sorry. pegi tgk sendiri kat panggung. hahahaha. tp pada aku citer nih mmg best and tak menyesal klu ke panggung untuk menontonnya.

p/s 1: org kata citer avatar best gak. aku layan dvd je. tp sherlock holmes lg mabeles. heheh.
p/s 2: agak2 nnt ade movie detective conan plak tak?? hahaha

Monday, December 28, 2009

karok giler

assalamualaikum...

cuti panjang 3 hari weekend nih bosan gak ar. tak byk aktiviti boleh buat memandangkan musim hujan yg tak menentu skrg nih. wlu bagaimana pun, selain pegi dating dan mengemas rumah, the most notable activity of the weekend ialah berkaraoke. hahahaha.

dah lama meninggalkan aktiviti masa lapang nih. dulu2 rajin gak ar. lokasi ialah superstar karaoke @ alamanda putrajaya. org2 yg menyebabkan aku terjebak ialah Sky0ne, Layzree dan RyCO. hahahaha. bukan sekali, tapi 2 kali dalam tempoh 3 hari. bukannya selalu. berkaraoke nih bagus sbnrnye sbb boleh gak melepaskan rasa tensi di hati selain mengeratkan lagi hubungan sesama kawan2. lagu2 yg dinyanyikan bukannye lagha sgt. lagu nasyid dan berunsur nasihat pun kitorang balun. hehehe. lg pun kami pegi sesama lelaki jer. tiada pergaulan bebas dgn yg bukan muhrim. huhuhu.

p/s: aku tak pandai nyanyi. cuma 'menyumbangkan' lagu.hahahah.