Tuesday, August 10, 2010

Ramadan o Ramadan

assalamualaikum.

hari nih tak leh puasa sunat. sbb hari nih nak tgk anak bulan ramadan. hari nih hari last utk bersarapan pagi. hari last utk berlunch atau berbrunch. hari nih hari last utk makan dan minum di siang hari. insya Allah semua umat Islam akan mula berpuasa esok. klu esok jadi puasa, malam nih dah start solat sunat terawih. so, kat mana nak solat malam nih? kat umah? kat surau? atau kat masjid? hehehe.
imej hasil 'google'an

kepada semua umat Islam, Selamat Menyambut Ramadan Al - Mubarak. semoga ramadan kali ini lebih baik dari yang lepas. sama2 kita perbaiki amalan semoga mendapat lebih keberkatan. bab bukak puasa tu jgn la gelojoh sgt. berpada-pada la kita ye. bulan puasa 30 hari. so, rotate la juadah tu setiap hari. jgn hari pertama dah nak beli semua. membazir tu. hehehe.

jgn malas bangun sahur. bangun sahur tu kan sunnah. dapat pahala. dapat berkat. klu malas sgt nk masak or nak kuar cari mkn, bangun minum air seteguk dua pun cukup la. amik berkat. heheheh.

kepada para wanita yg tak boleh nak puasa, sorok2 la sket ketidakbolehan berpuasa anda itu. jgn la berbangga dgn ketidakbolehan berpuasa anda itu. jgn la makan atau minum di tempat terbuka atau tempat yg orang boleh nmpk. hormatilah orang lain yang berpuasa. hehehe.

kepada yang rajin pegi klinik atau hospital pada bulan puasa, kurang2 kan lah. org gastrik skrg pun dah boleh puasa. itu doktor yg ckp ye. ade kuar tv pun hari tu. so, jgn la mencari alasan yg tak baper munasarawak utk tinggalkan puasa. sesungguhnya org yg meninggalkan satu hari puasa ramadan tanpa alasan yg sah, takkan dapat menggantikannya walaupun dia berpuasa selama satu tahun. na'uzubillah.

akhir kata, selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat berterawih, selamat bersahur dan selamat semuanya, insya Allah.

Friday, August 6, 2010

Hectic Weekend

assalamualaikum.

tak tau ape nak buat weekend nih? kat sini ada bbrp perkara yg akan berlaku di sekitar lembah klang pada hujung minggu nih. yg aku tau je la.

Jom Makan Buah @ Putrajaya

PC Fair @ KLCC
maklumat lanjut di Laman Web PIKOM

Karnival Inovasi Islam @ Putrajaya
Flyers tentang acara nih boleh didapati di sini

p/s: satu pun aku takleh pegi. sbb kene balik kampung lg. huhuhu

Thursday, August 5, 2010

Filem dan Air Mata

assalamualaikum.

aku tak suka tgk cite leleh2. movie yg jalan cite sedih2. rasa mcm poyo jer. tak tau la nape kan. huhuhu. aku lebih suka tgk filem genre action and comedy or combination of both. kadang2 layan gak la movie jiwang ngan cik wife-to-be. kadang2 jer. tu pun jenis jiwang yg happy2. bukan sedih2. 

tp aku prefer citer yg berkisar ttg sukan. tak kisah la sukan ape pun. sbb aku suka semangat yg diorang tunjukkan dalam citer tu. kadang2, tgk citer2 mcm nih pun boleh buat aku terharu. terharu dgn semangat perjuangan dan tak menyerah kalah. poyo ke aku? hahaha. well, setiap org ade minat yang berbeza. antara filem yg pernah buat air mata aku tumpah spt berikut (hahaha):
 
Remember The Titans 
 (sport: american football)
citer pasal bagaimana org kulit putih dan kulit hitam boleh lupakan permusuhan mereka kerana futball (american football)

The Longest Yard  
(sport: american football)
citer pasal semangat perjuangan, setiakawan, persahabatan dan kesetiaan.

Forever Strong 
(sport: rugby)
citer pasal sorg budak yg talented tapi bermasalah. sukan ragbi dan kesungguhan coach telah mengubah dia jadi seorang pemain dan kapten pasukan yg hebat. (muka hero dia mcm Cristiano Ronaldo. hahaha)

ada lagi bbrp movie mcm nih tp aku takleh nak recall. Forever Strong nih yg paling latest aku tgk kat channel HBO bbrp hari lepas. Remember the Titans dan The Longest Yard aku dah lama tgk dan aku masih igt smpi skrg. namun, ada gak movie yg aku rasa sekadar nak cari untung. takde soul (soul?? huiyoo) dalam movie tu. amik kesempatan atas populariti sesuatu sukan dan buat movie. tp jalan cerita agak hampeh. contohnya:

Goal! Dream Begins
(sport: soccer/football)
Goal II: Living The Dream
(sport: soccer/football)
 dua movie pasal sukan yg paling aku minat, bola sepak. tp jalan citer agak hampeh. aku tak igt byk pasal movie nih. aku tak igt mcm mana jalan citer dia. tidak meninggalkan kesan di hati. huhuhu.

p/s: bila la malaysia nak ade filem2 mcm nih yg sehebat 3 filem kat atas tu. hmmmm.

Monday, August 2, 2010

ada apa Ramadan ini?

assalamualaikum.

dalam tak sedar, hari nih dah 21 Syaaban. dalam seminggu lagi Ramadan pulak akan datang. dah kene puasa sebulan bagi yang boleh. huhuhu. ramadan kali nih pastinya agak lain daripada yang lain. sekurang2nya lain utk aku la. sbb aku bukan sibuk nak buat persiapan utk sambut raya. tapi sibuk buat persiapan nak kawin. hehehe.

majlis pernikahan insya Allah pada malam hari raya kedua dan kenduri pada raya ketiga. majlis sebelah lelaki pulak pada raya ketujuh. kami pilih buat kenduri masa raya nih sbb senang nak kumpul sanak saudara mara yg kebanyakkannya mmg susah nak balik kampung kecuali raya. tp kawan2 la pulak susah nak dtg sbb nak balik raya kat kampung masing2. kecualilah klu kampung diorang dekat2 ngan kampung kami. so boleh la dtg kan? hehehe.

citer pasal puasa, raya and kenduri nih, mak aku la yg paling sibuk. last weekend aku balik kampung. terkejut aku tgk mak aku renovate umah tu. mcm2 dibuatnya. siap buat garaj kat luar lagi. lupa plak aku nak snap gmbr rumah aku tu. pastu masuk2 dlm umah dah ada set bilik pengantin. tp bilik pengantinnya takde lagi. betul2 surprise la aku kan. huhuhu. weekend nih maybe kene balik kg lagi. nak kemas lagi pape yg patut. tak abis kemas lg. ntah2 tiap2 weekend aku kene balik lps nih. huhuhu. penat la weh.

p/s: dapat cuti kawin + cuti raya 2 minggu setengah..huhuhu

Sunday, August 1, 2010

Walimatul Urus

assalamualaikum.

ketika umat Islam sedang menghitung hari untuk menyambut Ramadan dan Syawal, aku pula menghitung hari menanti hari bahagia dan paling bersejarah dalam hidupku. oleh itu, dengan penuh rasa rendah diri dan kesyukuran ke hadrat Illahi, aku ingin menjemput semua pembaca blog ini yang berkesempatan untuk hadir ke majlis aku yang tak seberapa ini.

Majlis Perempuan:
Tarikh : 12 September 2010 (Ahad)
Tempat : Kampung Baru, Labok, Machang, Kelantan

Majlis Lelaki:
Tarikh : 16 September 2010 (Khamis)
Tempat : Batu 7, Kampung Janglau, Rompin, Pahang.

Sila klik gambar2 di bawah untuk maklumat lebih terperinci.

Semoga kehadiran kalian akan memeriahkan lagi majlis ini. Tolonglah doakan kelancaran majlis ini dan kehidupan kami kelak. wallahu'alam.

p/s: =)