Monday, April 5, 2010

popular ke??

assalamualaikum

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH) dah pun berakhir smlm. Bintang Paling Popular jadi milik Dato' Siti Nurhaliza Taruddin. satu kejutan bagi aku sbnrnya. aku bajet Nabil yang menang lagi. tapi Dato' CT plak yg menang. takpe lah. well deserved gak la. still popular rupanya dia. hehehe.

aku tgk live ABPBH sekejap je sbb lps tu ada tugasan luar sket. ape yg aku tgk (and dgr kat radio) rasanya ok la kot. biasa2 jer. persembahan pun boleh tahan la. paling best masa opening ngan closing. faizal tahir & bunkface open pastu wings black & jac tutup. best ar. sbb tu je yg smpt aku tgk pun. heheheh. One Nation Emcees ngan Dato' M Daud Kilau pun performance ok lah tp aku rasa over sket la. malas ar nak komen.

host plak dah ok dah. tapi aku rasa diorang over la sket masa sindir2 nabil tu. sket2 dah la. ni smpi berulang2 sindir dia. klu aku jadi nabil rasa malu ar gak. irma hasnie pun mesti terkena tempias dia. nasib baik la diorang nih professional and jenis tebal muka. klu tak, mau diorang balik jer masa tu. hahahaha.

tahniah la pada pemenang. yang tak menang cuba undi sendiri byk2 sket tahun depan. melabur la sket. dapat hadiah pun berbaloi2. hehehehe.

p/s: terharu dgn ucapan Aznil, nabil and Faizal Ismail yang mendedikasikan kemenangan mereka kepada Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri a.k.a Din Beramboi.

Friday, April 2, 2010

kenape menangis sayang??

assalamualaikum.

aku bukan seorang yang penangis. namun, aku harus mengaku bahawasanya aku mempunyai jiwang yg agak sensitif atau halus atau apa2 sahaja perkataan yang sewaktu dengannya. aku ckp aku bukan seorang penangis sebab aku jarang menangis walaupun sepatutnya situasi atau kejadian itu boleh membuatkan org lain menangis. kadang2 aku rasa aku dah kering air mata. tapi, pada satu2 ketika yang tidak disangka, aku boleh mengalirkan air mata. atau setidak2 nya ada genangan air di mata ku. 

contohnya, aku menangis tgk iklan susu budak kat TV. susu anmum kot. yang anak dia telefon mak dia kat ofis and mainkan lagu Happy Birthday utk mak dia guna piano thru the phone. contoh lain iklan raya petronas yg anak2 dia bawak balik lembu seekor kat mak dia tu. ade lagi kot iklan2 lain tapi aku tak igt dah. tapi ade satu kejadian yg buat aku menangis dan aku rasa korang akan gelakkan aku. huhuhu. takpe. aku nak citer jugak.

aku minat bola sepak. pasukan antarabangsa yg aku sokong sejak dulu adalah Argentina. pemain yg aku puja dulu adalah Gabriel Omar Batistuta. Batistuta bermain untuk sebuah kelab di liga Serie A di Itali. nama kelab tu ialah Fiorentina. namun setelah terlalu lama di kelab itu dan kurang memenangi kejuaraan liga, piala domestik mahupun peringkat benua, Batistuta terpaksa berpindah kelab dengan rasa yg sgt berat. dia berpindah ke sebuah kelab itali yang berpengkalan di Rome, iaitu AS Roma.

jadi, selepas berpindah, dia terpaksa berdepan dengan bekas kelab yang dia sgt sayang itu. sebagai seorang pemain professional, dia melakukan yang terbaik untuk kelab barunya. dalam perlawanan pertama antara Fiorentina dan AS Roma, Batistuta berjaya menjaringkan gol kemenangan pasukan Roma. kebiasaannya, pemain akan meraikan jaringan gol mereka terutamanya jika gol itu sangat penting utk pasukannya. tetapi Batistuta tidak meraikan gol tersebut sebagai tanda penghormatan kepada bekas kelab yang telah melonjakkan namanya. malah dia menangis sehinggakan rakan2 terpaksa memujuknya. melihatkan detik itulah membuatkan mataku berkaca dan tangisan ku gugur setitik dua.

ok. korang boleh gelak sekarang. sekian, terima kasih.

p/s: kenape aku sokong Argentina?? insya Allah aku akan ceritakan nanti.

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

assalamualaikum and a very good day to all fellow readers.

oopss. feeling like giving out a speech pulak. heheheh. well, mind the title. i'm not going yet but i really do want to go. that is why i'm writing this entry. did anybody remember how jealous i am knowing that a friend of mine and many other bloggers have been invited to the event? if u haven't read it, u can read it here.

to tell you the truth, i thought my chance was over. but FaizalSky0ne told me that the contest is still open. so, without further a due, i'm going to give my best shot. hehehhe.

after reading the GATSBY STREET FAIR advertorial at Nuffnang, I will feel so badly if i couldn't make it to the event. there are a lot of fantastic and bombastic prizes to be won. lucky draw prizes of RM 15,000 worth of gadgets and vouchers should be the main attraction besides GATSBY goody bags and products. the best of all, you can bring a friend with you to share the excitement that GATSBY have to offer.

but, that's not all. what is a street fair without fun games, right?? a lot of games will be held from a simple Throw-A-Ball to the hilarious (yeah, i'm sure!!) sumo wrestling. don't worry if you're small because they can make you big with an airbag to wrap your whole body and you don't have to wear the cawat (me for sure don't want to). you'll be bigger than Afdlin Shauki. heheheh. but remember, size doesn't matter.bigger doesn't mean stronger. as for me, i would really love to try this game since the first time i saw it on Charlie's Angels: Full Throttle movie (if im not mistaken laa. hehehe.)

so, there you are. i really hope i can get the invitation. (i'm not begging, just asking nicely. LOL). if you 're  not convince with me, check this out. for GOD sake, i'm telling you the truth. huhuhu.

that's all. thank you.

p/s: hope i'm not to little to late to submit this. hehehe.

bila rasa ku ini rasa mu

assalamualaikum

hari nih takde ape nak update kat blog nih. sbb minggu nih rasa mcm sgt2 busy and sibuk. mcm sgt byk keje. mcm ade je bende nak kene buat. rasa mcm terkejar2 nak siapkan keje. kadang2 rasa tensi gak. tapi ntah la. tak tau la nk ckp mcm mana. aku sendiri tak paham dgn apa yg aku rasa nih. korang paham tak ape yg aku cuba sampaikan nih?? kenape ek mcm nih?? kadang2 tu bile kuar ngan tunang aku pun aku byk senyap jer. risau gak kalau dia pikir aku tak suka kuar or marah ngan dia. aku rasa nk berkongsi cerite ngan dia tapi aku tak tau mcm mana or ape yg aku nak citer. apa la masalah aku sbnrnye nih?? ada sape2 bleh bagi diagnosis tak??

p/s: aku takde masalah ngan tunang aku ye. harap maklum. =)

Thursday, April 1, 2010

April Fool

assalamualaikum

kenape tarikh satu April dipanggil hari April Bodoh(April Fool)?? bodoh sgt ke april smpi satu dunia nak celebrate kebodohan dia. apa yg aku dgr or tgk, 1 April nih mesti ada yg buat joke yg terlampau. penah aku dgr org buat joke April Fool ada bom dalam kapal terbang yg dia naik. tak ke bodoh namanya tu? sia2 je kene masuk penjara sbb kebodohan april. opps. kebodohan diri sendiri. 

jadi, boleh tak kalau aku buat kesimpulan bahawa org yg buat lawak April Fool nih yg sbnrnye FOOL?? April tak salah pun. diri sendiri yg salah sbb buat lawak bodoh yg kadang2 memperbodohkan diri sendiri. heheheh. marilah kita sama2 fikirkan.

p/s: dah bulan April dah rupanye. cepat betul masa berlalu. huhuhu.