Monday, March 19, 2012

my daughter is unwell

assalamualaikum.

dah seminggu dah anak aku demam and muntah2. last few days nih start cirit birit pulak. dah 3 kali pegi klinik and 2 kali pegi hospital.

semalam paling merisaukan aku. mula-mula pegi klinik swasta (Poliklinik An Nur Putrajaya). then dia nak refer ke hospital utk admission sbb tgk anak aku dah pucat sbb dehydrate. wife aku mintak refer ke Hospital Putrajaya. smpi ke hospital, triage suruh tunggu doktor tgk dulu. tunggu dalam 2 jam baru jumpa doktor. sempat laa anak aku muntah sekali lg. lps jumpa doktor, kene tunggu lagi sbb nak amik darah. lepas lebih kurang sejam baru dipanggil untuk amik darah. anak aku kene tahan kat observation ward untuk masuk air and minum air garam. wife aku teman kan dia. almost 2 jam jugak diorang duk dalam ward tu. then baru result darah keluar. syukur alhamdulillah doktor kata darah anak aku ok lg. paras air dalam badan pun masih ok. doktor ckp anak aku akan terus muntah and cirit birit tp just teruskan bagi ubat, makan dan minum macam biasa.

lega sket tapi still kesian kat dia sbb asyik muntah jer. kalau kita dewasa nih pun penat kalau dah 3-4 kali muntah, ini kan pulak baby. sabar jer lah.
rindukan wajah ceria ini

p/s: thanx to all friends and families whom pray for my daughter's wellness.
Post a Comment