Wednesday, August 17, 2011

Berbuka Puasa bersama Sanak Saudara

assalamualaikum.

selepas 15 hari berpuasa, akhirnya aku, isteri dan anak berbuka puasa di luar. tapi bukan kami bertiga jer. bersama adik2 aku, keluarga paksu dan makngah aku. sebenarnya, makngah aku yg belanja. tu yang on makan kat luar tu. hehehe.

lokasi yang dituju ialah Restoren Cina Muslim Mohd Chan Abdullah di Bandar Baru Bangi. makanan yang disediakan pula adalah secara ala carte. takde buffet2. masa aku smpi dalam kul 7 malam tu, makanan dah sedia terhidang sbb makngah aku dah order awal2. sila la enjoy gambar2 hidangan di bawah nih. hehehe.
order list for the day
sebelum: tu diaaa...
selepas: ada satu nasi tak abis. huhu


kepala kerapu sesudah selesai diratah.
itu semua untuk 10 orang makan tu. tak baper nak habis gak la. pada aku secara keseluruhannya makanan kat sini biasa2 jer. ada tempat yg lagi best kot. tp ok la. boleh la nak makan. harga aku tak tau sbb bukan aku yg bayar. payah sket nak agak. hehehe.

anak aku? mula2 tu dia tak buat perangai sgt. aku pun makan la dulu seround pastu gi solat maghrib. lepas aku selesai je solat, aku tgk dia dah merengek2 dah. wife aku dah bagi susu setengah botol dah. so, aku take over pulak. bagi wife aku makan pulak. aku bawak 'Aisya Qaisara jalan2 smpi ke kereta. mula2 ok tp pastu dia nangis plak. aku masuk kete, start kete, bukak aircond pastu aku sumbat susu. terus diam. lepas 10 minit, wife aku join. sambung susu badan sket pastu baru dia relax sket. masuk balik kedai. sambung makan. sambung borak. lebih kurang kul 9 baru kitorang balik. hehehe.

pastu kononnya nak pegi cari durian tp hampa sbb kat area2 bangi tu takde dah org jual durian kawin. durian kampung je ade. dah lewat kot. yg meniaga tu gi solat terawih kot. huhuhu.

p/s: family bonding, bukan selalu. heheheh

No comments: