Thursday, May 5, 2011

Pentingnye English Education

assalamualaikum.

Usop Wilcha mmg tak salah. English education mmg penting. kalau tak, akan berlaku lah kesalahan atau kesilapan yang boleh memalukan diri sendiri. apa yg aku nak citer nih adalah satu contoh yg berlaku pada aku. tp bukan aku yg buat. hehehe.

tahun lepas, aku disahkan mempunyai keretakan pada tulang lutut (tibia). aku juga disyaki mengalami kekoyakan (tear) pada Anterior Cruciate Ligament (ACL) dan kerosakan meniscus pada lutut kanan. so doktor suh aku berenti pegi gym sbb takut kecederaan tu makin teruk sementara menunggu MRI scan.

maka aku pun pegi ke gym tu untuk membekukan akaun aku. lepas isi borang dan settle semua, aku terus simpan borang tu. baru minggu lepas kot aku tgk borang tu semula. alasan aku bekukan akaun adalah medical reason. tp aku tgk ada satu lg check box pada borang tu ditandakan oleh staff gym tu. dia tulis kat situ DECEASED!! mungkin dia salah anggap DECEASED tu dgn DISEASE kot. huhuhu.

p/s: baru la namanya mati hidup semula. huhuhu.
Post a Comment