Saturday, September 25, 2010

Kawan Kawin Kawan

assalamualaikum.

hari tu aku kawin pada hari raya kedua. majlis kenduri plak pada raya ke-3 dan ke-7. hari ni, raya ke 15. member aku plak nak kawin. sahabat dunia akhirat. salah seorang JMD. Layzree Nick. tahniah untuk anda. kepada tuan pengapitnya, encik Faizal Sky0ne, gud luck with all the tolls. hahaha. semoga cepat la smpi giliran mu pulak.

aku jenis yg jarang pegi kenduri. boleh kira berape je majlis kenduri yg aku penah attend. selain yg saudara mara la. itu klu tak dtg mmg nak kene leteran mak aku la. hehehe. setakat org kampung je mmg jarang la aku pegi. klu ada kawan2 yg jemput, aku cuba sedaya upaya untuk hadir tp selalunya keadaan tak mengizinkan. bukan sengaja tp kebetulan. klu aku dpt hadir kenduri tu kira satu keajaiban la jugak. hehehe. 

kali ni lain sket rasa sbb kali pertama pegi kenduri dgn isteri aku. kali pertama sbg sepasang suami isteri. sblm nih pernah pegi kenduri yg sama. tp pegi asing2. duduk pun meja jauh2. masa tu kenduri seorang JMD jugak, Encik Uzairizal a.k.a Zuzu, yg sekarang nih dah bergelar bapak org. huhuhu. so, untung la ko Layzree sbb kenduri ko yg pertama kami hadir bersama2 nih. hahahaha.

ini la rupa bakal pengantin [image cilok dari blog pengantin. hehehe.]
Layzree nikah hari nih. tp kami tak smpt nak hadir. tghari nih baru nak gerak ke JB. tdo umah pakcik aku kat skudai mlm nih. insya Allah esok akan berkonvoi bersama rombongan pengantin lelaki. tmpt berkumpul dan masa akan dibincangkan kemudian bersama tuan pengapit dia. hehehe. 

p/s: tahniah sahabat dunia akhirat!!

No comments: