Friday, September 24, 2010

Cerita Kawin

assalamualaikum.

bukan senang nak kawin sbnrnye. byk dugaan yg datang melanda. tp itu semua adalah cubaan dan rintangan yg perlu dihadapi dgn redha. cerita kawin aku jugak penuh suka duka.

2 hari sblm raya, aku eksiden sekali lagi. kali ini dgn sebuah motosikal. memula nak settle sendiri jer. aku bayar la repair moto dia. dlm RM80. pastu dia nk mintak RM300 untuk kecederaan dia. aku nak bawak dia gi klinik tp dia tak nak. so dia pegi sendiri. dia tunggu aku dtg. aku ajak member aku. member aku nih pulak ajak lg 2 org member dia. dua2 polis berpakaian preman. pendek cite, dia nak RM50 utk settle. rupa2nye dia takut ngan polis tu. polis tu bgtau aku budak nih selalu kuar masuk balai. mat pit. huhuhu. kete aku kemek sblh kanan plak. adui. smpi skrg tak gi buat lagi. hmmm.

itu satu part. yg ni part nikah plak. memula dulu pak imam dah setuju nak dtg umah. menikah lepas maghrib. tp last2 minit dia cancel plak. dia suh gi nikah kat surau sbb ade 4 pasangan nak menikah pada hari tu. so, dia nak buat semua kat surau. senang keje dia. first come first serve. bincang punye bincang. last2 kitorang serbu surau tu kul 6.30 ptg. tok imam yg umah kat sblh surau tu pun tgh mandi agaknye masa kitorang smpi. huhuhu. so aku la yg pertama dinikahkan. tp lps selesai tu, tak nampak pun bayang pengantin lain. hmmm. diorang on the way kot. takkan la tok imam nak menipu, kan? hehehe.

seterusnya part yg agak menyayatkan. hari kenduri tu, kereta pakteh aku hilang. hilang kat parking homestay yg kami duduk tu. kereta wira aeroback jugak yg dicurinya. walhal sebelah menyebelah tu ade kete BMW ngan sentra lg. hmmm. aku serba salah jugak la. kete dia ilang sbb dtg kenduri aku. tp aku tak mampu nk buat ape2. diorang gi buat report je la. nasib baik ade anak sedara dia yg tinggal dekat2 situ bg pinjam kan kete utk diorang balik. smpi skrg masih tiada berita pasal kete tu. hmmmm.

lagi satu ni berlaku kat umah mentua aku plak. malam lepas kenduri tu baru sedar rupanye purse kakak ipar aku kene curi. dan pencuri tinggalkan handbag curi org lain kat umah tu. purse kakak ipar aku nih plak dijumpai di sebuah rumah yg dimasuki pencuri di Kota Bharu. bila pegi balai polis, baru la tahu kisah sbnrnye. ade satu kumpulan pencuri (1 pompuan, 2 lelaki) dtg mencuri di majlis kenduri kawin. yg lelaki tunggu dlm kete. yg pompuan masuk umah. yg pertama berlaku di kuala krai. handbag yg dicuri di kuala krai, ditinggalkan di machang (umah mentua aku). purse yg dicuri di machang pulak ditinggalkan di kota bharu. tp rumah yg di kota bharu tu umah seorang ASP dari Bukit Aman. dia yg cam pencuri tu. hmmmm. kakak ipar aku tu cuma kehilangan duit RM400. IC dan kad2 lain semua dpt balik. hmmm. mcm2 kan?

last but not least kat umah aku sendiri la. tekanan air rendah. smpikan mak aku terpaksa sewa 1 tangki besar dgn JBA. tu pun tak cukup. malam sblm kenduri, aku tumpang mandi kat bilik hotel member aku yg dtg dari KL, Ryco & Fendiz. hari kenduri tu pulak, pagi2 smpt la mandi kat umah. tp tghari sblm bersanding tu, aku pegi mandi kat masjid. kelakar la pulak rasanya. hahahaha. penah ke pengantin mandi kat masjid sblm bersanding? huhuhu.

itulah kisah di balik tabir perkahwinan aku dan isteri. mcm2 kan? hehehe.

p/s: panjang plak entri nih. layan kan aje la. huhuhu.
Post a Comment